Oct 19, 2013

KISAH RAYA KAMI part II

Kalau dulu part I aku cerita pasal kejadian sehari sebelum raya, maka part II berkisahkan kejadian pada hari raya.
Walaupun kami bertiga tak balik raya korban, tapi kami bertiga tetap menyambutnya dengan cara kami sendiri. Kami pon berkorban jugak ; korban jiwa dan raga.

Pagi tu kami bangun agak lewat. tak sempat nak pergi masjid apatah lagi nak dengar takbir raya. Ini semua gara-gara tidur lewat malam tu. Mana taknya, pukul 4 pagi masih lagi dok buat audition vokal bukan sekadar rupa. Berapa ribu lagu kami bantai. Tapi suara tak jugak nak bertukar jadi macam suara Siti Nurhaliza.

Bila bangun pagi tu handphone masing-masing bunyi tak berhenti. Kalah menteri besar. Kononnya family pakat buat salam perantauan. Bersembang masak apa, makan apa, beraya kat mana, korban berapa ekor lembu dan bla bla bla  Aku lagi la, ayah aku call time tu aku mamai lagi. Dapat la bebelan free di pagi raya. Adik aku pulak, pagi raya tu, kot la dia nak ucap selamat hari raya kat aku. Ni tak. Dia mintak suruh aku beli birthday present kat dia. Sebabnya masa birthday dia semua pakat lancar mogok tak mau bagi hadiah. Kakak aku pulak lagi sengal. Malam sebelum raya tu dia siap mesej aku semata-mata nak bagitaw yang dia akan mesej aku pagi raya sebab nak buat salam perantauan. Nama ja dah tua tapi perangai kalah dik mat aku. Lepas ja ayah aku call pagi tu terus dapat mesej dia. bersungguh-sungguh dia hantar mesej nak bagi aku jeles. Yang aku tak tahan, boleh pulak dia mengadu yang dia sesorang ja kena buat kerja rumah. Adik aku yang lagi sorang tak nak tolong. 
Dia bajet aku nak buat ayat kesian kat dia kot. 

" kesian kat hang akak, tak patut sungguh mimi tu"

Memang tak la aku nak cakap macam tu. Aku gelak ja. Padan muka dia. Baru dia tau macam mana perasaan aku bila dia buat kat aku selama ni. Baru dia rasa betapa berharganya aku bila aku tak ada time raya. hahaha.

Lepas dah masing-masing dapat call dari parents, kami bertiga macam blurr kejap. Tak tau nak buat apa.Nak pakai baju raya, macam tak ada kerja sebab bukan nak pergi mana pon. Ada la dekat 10 minit duduk kat ruang tamu sambil termenung pikir nasib anak perantauan. Last-last decide nak masak. Duduk saja pon bukannya ada makanan nak turun dari langit untuk kami.

At least ada kuih, dapat jugak la feeling raya


Sambal kicap nun. TERIMA KASIH SITI HAINUN

Bihun goreng suka hati.

Kebetulan pagi tu aku dapat hidayah untuk offer diri nak masak. Before makan aku awal-awal lagi bagi amaran kat nun dengan Mas supaya makan ja apa yang ada. Jangan nak komplen banyak-banyak. Nampak tak permainan aku? punya la nak elakkan orang kutuk masakan aku. Ye la, aku ni bukan terror pon masak-memasak ni. Nasib baik budak berdua ni telan ja apa ada depan mata.

Lepas makan kami kembali buat latihan vokal, dan tidur.
nothing much nak cerita siang tu.
Biasa la, raya di perantauan

Malam tu, kami attend Jamuan Raya Sabahan. At least, ada jugak orang sudi jemput. Dapat jugak pakai baju kurung hari raya. Ada jugak jumpa geng nak bersembang, ucap selamat hari raya. Paling penting, tak la dok saling menatap muka sesama kami ja seharian tu.
Comey dak Kak Tons??
Saja ja letak gambar sendiri. Biar semak sikit
Sabahan vs Sarawakian
Jumpa geng satu kos

Sabahan vs Penang ians??
Ni makanan sabah yang sampai sekarang
 aku tak tau nama


Cewek Sabahan
Cewek Utarian





Nun dan kawannya
Setakat ini sahaja ya, belalang.
Esok tu we'olls beraya dekat Times Square, syurga warga asing. 
Nak cari hadiah kat Yang Amat Berhormat Dik Mat.

Nantikan progress Part III, kalau rajin lagi.

No comments:

Post a Comment