Dec 25, 2012

JELAJAH KUALA LUMPUR


Aloha.

Tengok ja caption aku ne mesti rasa aku ne seorang yang jakun. Eleh! setakat pergi Key El pon nak heboh. 

Oh tidak sama sekali!! 

Actually uolls, memandangkan aku tak balik study week ne, maka ada la kawan-kawan orator yang ajak pergi book sale kat Serdang. Tambah pulak pada hari-hari terakhir ne, sale memang meletop la. 


75% -90% OFF uolls

BIG BAD WOLF BOOK SALE 2012

U SEE?

Tajuk dia pon dah menggerunkan.Ntah apala sangat big bad wolf tu, aku pon tak faham.Tak pon aku ne terlalu bengap nak paham.

  OK, CUT THE CRAP!

Nak diceritakan, pagi tu kami berkumpul dalam pukul lapan. Yang pergi pon aku, najwa, zul ngan Abang Fawiz je.tak de la sampai satu batalion pergi. Dari sini ke Puduraya, kami pegi naek bas.Then amek LRT sampai KL Sentral sebab Kak Aini ada kat sana.


Gambar Najwa tak de sebab dia photographer. Tiada unsur diskriminasi


Memandangkan dia sifu, dia yang beli tiket. Boley?

Dalam pukul 10 lebih-lebih tu kami dah sampai KL Sentral.Tapi time tu Kak Aini tengah bersenang lenang lagi kat rumah dia. So, kami pon bincang-bincang and then decide nak amek brunch terus. Senang. Nanti pergi Book Sale tak de la mangsa-mangsa kebuluran. Aku bajet bila makan kat Food Court boley la jimat sikit..Tapi HAMPEH!! mahal jugak. Aku order sizzling pon sampai lapan hinggit. Pink Guava Juice je dah tiga hinggit. Bankrupsi aku sebelum sampai serdang.Okay fine dah harga mahal, ingatkan rasa marveles. Alik-alik..........memang tak habis la aku makan. Bukti?



Jangan terpedaya dengan gambar semata-mata
   
                                                           
                 Si zul ne order mee hailam, pon tak habis!
Elok-elok ja kami habis makan, Kak Aini pon sampai. Then kami teruskan perjalanan ke Serdang naik LRT jugak. Huh penat!!


Bergambar itu harus!! Gambar Najwa tak ada lagi



Oh, not to forget,time tu kat KL Sentral pon MPH buat book sale tapi tak la ramai orang pon. Sampai kat stesen serdang, kami kena jalan kaki pergi ke The Mines. Asalnya kak Aini cakap nak amek teksi.Tapi disebabkan nk enjoy the view n reduce the cost kami berjalan kaki jer...Serius penat weh..naseb baek boley jugak posing...


Jauh perjalanan luas pemandangan..

And finally, sampai jugak.Disebabkan kepenatan, aku malas nak cerita.So, layan ja..




Ne baru satu part je..tu pon dah nak termunth tengok buku banyak sangat

Ne antara buku yg abg Fawiz beli.Almost pasal travel uolls
Yang ne aku malas komen. Overreacted 
Gila khusyuk minah ne baca.puii

Ne namanya buang tebiat

okay.. ne hasil belian kami bersama, not included najwa's 
                                     
At last, gambar Najwa ade jugak
RED 1. Kau hader?


Batman punya..tersesat di Malaysia
Pemilik dikehendaki. 


Kat book sale ne bukan stakat boley beli buku je, ada pameran kereta lagi. Sebab tu la kot nama dia Big Bad Wolf. Not to forget, ada je gerai-gerai jual cupcakes and button badge..

GAMBAR SEPERTI DI ATAS.

Agak dekat-dekat pukul 3.00pm, kami beredar. Next agenda, lepaking kat The Mines. So benda pertama yang kami buat,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BERGAMBAR
.
 .
.
.
.
.
pemenang BARBIE contest..


lokasi : Luar The Mines.


River cruise tengah2 mines...rasa nak menyelam je terjun terus.senang cerita
Elok je berjalan-jalan, tetiba rasa lapar LAGI. Haha ingatkan boley kawal nafsu makan. Sekali tengok deretan kedai-kedai jual makanan memang tak boley kawtim. TEWAS. Cakap je apa kau nak makan. Semua ada,nak. Dari MCD, KFC, BIG APPLE, TAKO and POPEYE pon ada. rambang mata nak pilih. Lastly pilihan kami :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Little Wok Kitchen

Khusyuk pilih menu

Kak Aini punya : Black paper beef rice

Aku ngan najwa  punya : Tomyam steamboat

Telan air liur aku dikala ini

Abg Fawiz punya : Thai Sauce Fish Fillet ngan Chinese tea

Zul punya : Cripy Chiken chop with apa entah
Aku yang kelaparan
Japanese roll
Apa yang menarik kat restoran ne, kebanyakan makanan dimakan dalam kuali kecil or periuk. Harga dia standard la tapi memang berbaloi. Termengah-mengah aku nak habiskan steamboat tu. Nasib baik kongsi, kalau sorang memang membazir sebab takkan habis.

Lepas makan, kami pon berjalan- la meronda kat Mines tu..Cuci mata orang kata. Nak beli belah duit dah licin

Dah rasa-rasa puas hati, kami pon balik.



^0^

take a break. SMILE
Sampai kat KL Sentral, Kak Aini balik dulu. So, kami berempat ada banyak masa lagi. Then Abg Fawiz ajak jejalan kat Petaling Street  and Pasar Seni. Ambik gambar lagi.hehe


And kat sinilah satu peristiwa hitam berlaku kat aku. Tengah-tengah sengih tu tetiba ja ada burung berak kat tudung aku. Tak percaya, kalau zoom sikit gambar di atas boleh nampak bukti. Cess punya burung. Tudung aku ne nampak macam jamban ke?? tak beradab betul. Stress aku. Nasib baik dh nak balik

Dah habes round satu hape pon tak beli. Cuci mata lagi. 

Then terus pergi pudu. 

Sampai je kat pudu Abang Fawiz ngan Zul terus serbu kerusi urut gintell kat ruang menunggu kat Puduraya. Apakah??  Choiii betul la.. haha lastly aku pon join sama.


muka-muka lega
Dalam pukul 7.00pm tu kami baru nak beli tiket. So Abg Fawiz bajet nak solat siap-siap sekali ngan rehat dulu. Then kami beli tiket balik Tg Malim pukul 9.00 malam. Sementara nak tgu naik bas, kami melepak kat Marrybrown jap

mengigau apa dia semalam sampai order kiddy meal

Kanak-kanak ribena dapat hadiah

muka gigih jawab puzzle

~ ~

DONE!!

dia dan bukunya

dia juga dengan bukunya

Sesi buat hal masing-masing
Bila bas sampai, kami pon balik lah. Gila penat. Dalam bas masing-masing tidur. Agak-agak dalam pukul 10 tu baru sampai KZ. 



 -THE END-

Dec 23, 2012

Dec 21, 2012

Durian Crepe VS Oreo Crepe


My second trial. 

Petang tadi lepas kelas BI kawan aku berjemaah pergi borong durian crepe. Housemate aku pon siap bersemangat pesan sampai dua box benda alah tu. Aku?? oh memang kirim salam je lah sebab aku memang PANTANG sikit dengan durian2 ne...boley buat gue pitam hanya dengan membau buah itu. Asalnya dari semalam lagi roomate aku meroyan suruh cari motor sebab nak ikut pergi beli durian crepe. Aku pon tak dapat cerna lagi sebab utama dia ajak aku ikut walaupun taw aku ne fobia betul ngn benda alah tu ( durian la ). Naseb baik la at last tak dapat jugak motor. 

Dipendekkan cerita, dekat kafe KHAR memang ada jual adek bradek crepe ne. So memandangkan KHAR tu sekangkang beruk ja dari KZ, tambah plak klo merempit naek PKR MAS SYAHIRAH ( hoi Mas, nampak betapa baiknya aku mention nama hang) tu memang 10minit boleh sampai dah. Memandangkan jugak aku ne alergi durian, aku pon pesan la OREO CREPE.. Bagi orang yang macam aku yang tak pernah amek port pasal crepe ne memang aku tak taw la rasa crepe tu macam mana. tapi disebabkan roomate aku dengan Mas pandai promote, aku pon tergerak hati nak try. Sepuluh hinggit aku melayang semata-mata nak rasa OREO CREPE.. 

ni ha rupa cik oreo crepe :

RM10 per 6 biji..berbaloi??

ne dari jarak dekat. nampak cam plastik kan?



okay, sekarang kita tengok pulak rupa durian crepe :











Waktu nak amek gambar durian crepe ne, bersusah payah aku tahan nafas..gila ar gigih punya pasal.


Okay sekarang kira komen pasal makanan. Bagi aku yang beli oreo crepe ne, bila tengok ja rupa, aku dah taw dah bukan minat aku benda2 makanan macam ne.. sebabnya aku ne memang cerewet bab2 makan. Bagi aku memang tak berbaloi la. Kalau durian crepe tu, housemate aku makan 2 ketul ja terus pengsan. Penangan kuat sangat kot.. haha rasakan kau!!!  At last oreo crepe tu dua ketul je aku telan. Selebihnya, da disalurkan kepada orang-orang yang lebih lapar dan brminat. Kesimpulannya, memang aku tak beli dah lepas ne..baik aku beli KFC ja. Sodap pon sodap.

Actually kan, ramai orang terutama housemate aku cakap aku cerewet gila pasal makan. The First thing aku sangat pantang, DURIAN!! WHY?
nak diceritakan asal usulnya, menurut mak aku, dulu aku ne memamg penggemar tegar durian, pantang nampak memang aku belasah. But then ada skali tu Pak Teh aku beli durian. Aku pun makan dengan rakusnya. Tiba-tiba time tu aku muntah. Then sampai sekarang aku dh tak sentuh walau sekali pon durian or apa2 ja yang menggunakan durian-based. Tragik dan sadis kan?? and the worst, sekarang aku even tak leh bau durian.pening beb..So thats why la aku akan menjauhi orang yg bersama2 durian. BUT alhamdulillah, so far housemate aku sgt memahami. coz, diorang klo nak makan durian consider gak keadaan aku..bli time aku tak da kat rumah or kalau aku ada pon depa suruh aku tutup pintu, or tgu aku tidur n paling cikai pon paen akan hulur aku sebotoi minyak cap kapak kot2 aku termuntah sebab bau durian kuat.. LOVE UOLLS MATE~~~