Jun 15, 2013

dissatisfaction

Baru balik dari meeting.
Orang lain hujung sem sibuk berdating, kami pulak sibuk bermeeting.
Sangat berintegriti.

Dan pada ketika ini kaki aku sangat sakit.
gara-gara berjalan semalam yang ronda kampus lama tu.
Dah la esok exam. Malam tu pulak nak balik Kedah dah.
Doa ja la aku dapat berjalan dengan normal esok

Owh yea. tadi sekali lagi aku dengan Waniey pergi Hitz Cafe.
Syikin cakap dia nak try ABC kat situ.

Lepas tu pergi KFC sebab housemates pesan.
Nak dijadikan cerita, Waniey bengang dengan pekerja KFC ni

NO MANNER! WORST CUSTOMER SERVICE !

Dulu aku ingatkan drive tru Tg Malim ja yang poor service.
dia punya pekerja agak kurang ajar. Tapi sekarang macam dah okay.

Macam petang tadi, kami pergi kat KFC yang dekat pekan tu.Waniey order apa ntah lepas tu dia nak order air yang lain.Tapi dia tersasul cakap honey dew.Asalnya dia nak Mountain Dew. Ada ka patut budak tu gelakkan si Waniey ni. kalau ya pon lawak, agak-agak la hang nak bantai gelak pon. Respect la customer sikit.
Tu tak pa lagi..
Yang tak boleh blahnya, boleh pulak bila pekerja lagi sorang sebut mountain dew, budak tu kata

" Eh, bukan mountain dew la. honey dew. Ada istilah baru" 

Lepas tu dua-dua bantai gelak kuat-kuat. Pergh! aku yang dengar ni pon dah berapi, tambah la pulak orang yang kena perli. Memang sangat kurang ajar itu perempuan.
Lepas Waniey tu ada la sorang aunty india ni. Dia nak beli snack plate. Lepas tu perempuan tu tanya la nak spicy ka original. Aunty tu diam. lepas tu dia kata la nak yang pedas. Boleh pulak perempuan tu balas.
" Yela. pedas tu spicy la. Kalau original yang biasa".

Ya Allah! aku rasa macam nak bagi ja perempuan tu makan selipar aku. Kalau yang kes Waniey tu agak boleh ditoleransikan lagi la sebab maybe dia nak melawak tapi tak taw cara. Maybe jugak dia ingat kami ni bodo kot sampai tak reti nak order air. Yela, dia kan pandai. Sebab tu boleh dok perli-perli. Ni kalau dah tahap tak hormati warga tua, memang dah overboard. Setakat pekerja KFCpon dah berlagak . Sombong pulak tu. Aku tengok dia kecik besar ja tadi. Dah la manager dia buat tak taw ja. Kot la nak tegur. AKu hairan, mana la pergi adab pekerja kat situ? pekerja kat Hitz Cafe tu lagi bagus kot.

Kata customers is always right.

Btw, nama dia Fera kalau aku tak silap. Aku doa la kalau dia buat hal lagi kat customer, biarla dia kena buang kerja. Baru dia taw langit tu tinggi ka rendah. Nak kata tak belajar sivik, tengok macam dah habis sekolah. Dah nama pon kerja kena serve customer, hormat la sikit. Nak gelak pon berpada-pada la. Kalau betul la customer tu salah, tak payah la nak perli. Kalau la aunty tu or Waniey ni jenis yang suka balas depan-depan, aku rasa mau lebam jugak muka si Fera tu.




No comments:

Post a Comment