Jun 2, 2013

THE ANNUAL GRAND MEETING


Jejari ini tetiba rajin untuk menaip lagi
Tetapi kenapakah diri ini masih malas study?

Asalnya semalam aku dah berazam nak study.
but end up making this entry.

Before that jangan maki selepas baca entri ni.
Sebab gambar aku banyak. Aku punya blog, suka hati la

30 May hari tu KeFB telah melangsungkan AGM.
Simboliknya, pembubaran pimpinan lama dan pelantikan pimpinan baru.
Senang cerita, hari pencen we'olls.

Fokus pada tema : ELEGANT BLOCKING hokeyy

Kebanyakan exco-exco memang excited la nak tunggu malam ni. Mungkinkah excited sebab tema AGM atau excited nak lepas jawatan?? jawapan ada dalam hati mereka.

Achik punya outfit malam tu memang menarik perhatian ramai.
Sempoi ja

Berposing. Nak tengok sangat colour blocking kan???
mantan lama dengan mantan baru
barisan pimpinan KeFB 2011/2012 dengan pimpinan 2012/2013
Pimpinan KeFB 2012/2013
Pimpinan terbaru KeFB

Banyak jugak agenda rasmi malam tu. Contohnya, ucapan-ucapan, pembubaran exco dan pelantikan exco baru. Pelantikan kali ini adalah secara surprise. Makna kata, pimpinan yang baru ni belum tahu yang mereka pegang jawatan apa. Pengumunan dibuat melalui montaj. So bersedialah mereka-mereka ni kalau nak terkejut pon. 

Lepas tu ada juga penyampaian anugerah sebab KeFB dapat tempat ketiga masa Anugerah Keterampilan Pelajar hari tu.

buat-buat belagak serupa hadiah persendirian
Majlis ni habis dalam agak-agak kul 10.30. Then kami, geng-geng yang baru ja besara sambung dengan agenda kami sendiri. First, kami buat surprise birthday party kat Achik dengan Tini. Noora buat video and Mimi beli kek.Lepas tu kami main tukar hadiah. Kononnya romeo juliet gitu.

Bayangkan Acik dengan Tini yang dah sedia bulat dapat jugak kek
 tengah-tengah malam. Tambahkan lagi kebulatan sedia ada

Pasangan Exco LDK
Pasangan cantik manis Exco Kebajikan

Erkk.. Exco LPS???
Ni asalnya kena buat muka ganas. Tapi........

Then dalam kul 12 lebih tu kami balik. on the way nak balik, tetiba ja ntah sapa punya idea suruh pergi lepak kat kfc dulu.


Pakat pegang phone. upload gambarkah??

Tab tu sponsor. bukan sendirian berhad
sedar tak sedar,kami dah pon bergelar mantan.
tetiba bangun pagi keesokan harinya rasa macam something missing.
sebab slalunya mesti fikir pasal KeFB. asal hujung minggu tak lekat kat rumah.ada ja program
Asal malam ja, mesti ada meeting tak pon bincang pasal program.
Lepas ni mesti akan merindui saat berprogram sebab benda ne dah menjadi kebiasaan dah empat sem.
Tengok semua geng-geng exco pon pakat dok post kenangan masa berprogram.
Tu la, dulu masa banyak sangat program, asyik komplen letih, tak cukup rehat apa bagai
Bertelingkah sesama sendiri sebab tak sama pendapat
Lepas ni mesti teringat semua benda tu. Lepas tu rindu
Bak kata orang, pengalaman-pengalaman macam ni akan mendewasakan kita.


So, thats the end.
kan aku dah kata gambar aku banyak???






No comments:

Post a Comment