Jun 5, 2013

FIRST PAPER

Bahawasanya exam aku baru start hari ni.
Dan detik 11.00 am tadi tamatnya first paper aku.
BARU satu paper hokeyy..
buat entri macam dah habes semua paper.
5 paper menanti selepas ni.

reaksi aku jawab paper tadi??

owh no! ayat paling bawah tu macam over sikit...

kita tukar 


Ayat bawah pon macam x sesuai??

Kita tukar lagi

Yang ni sebetulnya.
Lebih kurang ni la perasaan aku time jawab exam tadi
Ya, sesungguhnya aku agak frust sebab soalan lagi susah dari apa yang aku ramalkan.
Tapi ramai je aku tengok makhluk-makhluk yang keluar awal.
probability ada dua

1  : boleh jawab dengan konfiden.yakin dapat A
2  : Sebab terlalu frust sampai tak boleh tengok dah paper. balik berdoa + tawakkal + berserah ja

Jenis aku, kalau aku tak boleh nak jawab, aku akan stay jugak sambil menggoreng jawapan. biar hangit. sebab aku takut nak keluar dewan awal. Malu bila jadi perhatian sebab mesti orang bajet aku boleh jawab. Padahal kalau boleh rasa cam nak tebalikkan ja meja exam tu

Kalau aku konfiden dengan jawapan, aku akan keluar awal kalau ada baki masa.

So, kiranya kalau aku pernah keluar awal time exam tu tandanya aku yakin A lah tu.
Tapi jarang aku keluar awal melainkan jawab EL

Tadi pon jenuh aku goreng. Soalan esei 10 markah pon aku tibai sampai 5 page. Padahal aku pon aku tak taw aku dok merapu apa. Doa ja prof Halim lembut hati  time mark paper aku.
Soalan objektif lagi la. Nasib baik tak bawak dadu ja tadi

Esok petang second paper. Paper ni paling aku takut. Aku tengah fikir esok nak goreng apa. minyak masak cap apa paling sesuai nak guna.

Moga-moga esok aku diberi inspirasi untuk keluar awal time exam.





No comments:

Post a Comment