Pada ketika ini, diriku sudah bebas.
Bebas dari jadual kuliah yang packed. Hanya tinggal beberapa kelas sahaja lagi yang perlu dihadiri pada minggu hadapan.
Bebas dari drama dan teater. Tanggal 8 Disember hari tu, drama PPDPS dah diisytiharkan dalam kenangan, walaupun dapat tawaran buat pementasan kat Istana Budaya.
Bebas dari assignment. Ini yang paling hoyeah. Sangat-sangat melapangkan dada.
Pendek kata, sekarang rasa free ya amat sampai tak tentu arah nak buat apa. Rasa macam rindu nak buat assignment balik pon ada.
kejadah sangat.
walaupun sekarang free, ada tiga perkara yang merunsingkan aku.
1. DUIT
dah nama pon akhir-akhir sem, duit pon akhir-akhir sen. Pikir pasal duit sama macam fikir masalah negara palestin.
2. CARRYMARK KPD.
disebabkan KPD meliputi 6 jam kredit, nak tak nak kena risau. sebab effect gila-gila tang pointer. Ya, dan sekarang sememangnya carrymark aku agak teruk. Jadi, bersedia dengan pointer yang teruk jugak.
3. EXAM.
No comment. Walaupun risau pasal KPD, tak mampu untuk menaikkan semangat aku untuk study. Lagi nak balik cepat ada la.
okay, done. Lepas ni nak cerita pasal PPDPS pulak.
No comments:
Post a Comment