Dec 14, 2013

Pasir-Pasir di Pasir Salak

Pasir-Pasir di Pasir Salak.
Nak taip tajuk ni ja aku dah letih. Sebab banyak sangat kronologi dan kisah-kisah di sebalik tabir.
Dari bergelak tawa, bermasam muka, kata-mengata, dimaki hamun semua ada.

Sebenarnya, drama ni merupakan salah satu kerja dalam subjek minor aku. Sepanjang sem ni, kena datang latihan yang boleh dikatakan tiap-tiap malam sampailah pada hari pementasan. Letih tu tak payah cerita la. Masa-masa santai pada waktu malam memang terpaksa dilupakan sem ni.

Sebenarnya, dalam kelas aku pementasan drama  dibahagikan kepada dua team. drama Renjong dengan Pasir Salak. Drama Renjong ni drama baru, pasal politik. Pementasan kat Dewan Besar Upsi, 7 Disember. Pasir Salak pulak untuk kali ni kali keempat pementasan dan pada kali ni buat kat Dewan Bahasa & Pustaka, KL. Tarikh pementasan sehari selepas Renjong.

Pengalaman? huh! walaupun aku bukanlah pelakon utama mahupun extra tapi cukup aku katakan, aku angkat bendera putih kalau ada lagi kena amek subjek ni sem depan. Gila weh. Stress. Kena marah, kena maki, letih nak gaduh dengan orang pasal benda-benda remeh. Tapi overall, memang lah best sebab buat benda ni for the first time. dapat merasa benda yang tak pernah buat. At least ada pengalaman. Lastly macam biasa, aku malas nak melalut panjang. Just  go through the photo. Tapi gambar-gambar ni setakat pementasan kat Dewan Besar Upsi ja. Sebab gambar pementasan kat DBP ada masalah.

p/s : gambar dalam susunan berselerak. Kreatif namanya

Banner Pasir Salak
Renjong + Pasir Salak
1. Latihan pertama di DBP. Dua hari sebelum pementasan perdana di DBP

Latihan kat DBP
Orang Kg. Tanjung Tualang

Masa nak balik dari latihan singgah tengok Seniman Jalanan

Nyah celop
2. Photoshoot untuk team PPDPS. Tarikh tak ingat

Skrew




3. Flashmob dan promosi PPDPS. Dua hari sebelum pratonton di Dewan Besar Upsi











4. Pratonton pertama di Dewan Besar Upsi. Lima hari sebelum pementasan di DBP









































Untuk pementasan kat DBP, kalau gambar dah sihat boleh la aku buat entri yang lain.
Syukur sangat dah habis. Boleh tarik nafas panjang-panjang.
Tapi tak lama. Sebab lecturer aku cakap time pementasan kat DBP tu ada pihak Istana Budaya datang. Kononnya depa bagi tawaran untuk kami pentaskan pulak kat Istana Budaya.

adakah ini berita gembira atau bala?

aku doakan agar prof tak terima tawaran tu.

No comments:

Post a Comment