Dec 19, 2013

makan-makan Orator


Entri ini ditulis dalam keadaan aku dilimpahi kegembiraan yang melimpah ruah sebab dah nak balik kampung.
Lately ni aku sangat free sampaikan aku dah tak tau nak buat apa. Nak tengok drama korea macam dah bosan. Nak tengok runningman macam tak sampai hati sebab tak sanggup nak gelak sorang-sorang. Dan sebab dah lama tak ada kelas, aku terlupa yang aku ada kelas petang tadi meskipun pada asalnya aku bercadang nak ponteng kelas tu. Petang aku diisi dengan aku sengih sorang-sorang macam orang biul tengok AIM 20.

Malam khamis hari tu Orator ada buat makan-makan. Macam sem-sem yang lepas. Bezanya, makan-makan kali ni ramai lelaki, dan majoriti yang join makan-makan ni aku tak kenal pon. Nampak sangat aku dah tak rajin turun latihan or perjumpaan. Dan aku tak lah seramah Hasina nak beramah mesra dengan semua orang.

Makan-makan kali ni ala-ala western. Ada spaghetti, fries, cocktail and so on. Aktiviti, macam biasa, makan dan melantak seterusnya tukar-tukar hadiah. Cumanya kali ni tak sempat nak buat games. oh, makan-makan ni pon disekalikan dengan celebrate birthday Izat.

Disebabkan bajet tak cukup dan kami melancarkan kempen mari berjimat cermat, makanya segala menu pada malam itu seratus peratus dimasak menggunakan air tangan sendiri.

p/s : persetankan susunan gambar yang tak tentu arah. Aku susun atas dasar kreativiti aku sendiri.

Station Air dan Cocktail
Station Spagethi
Kalaulah mak aku tengok cara aku pegang pisau gedabak tu nak potong bawang, konfem beliau menangis sebab malu.

Muka yang pegang phone tu macam Mat Luthfi kan? or aku ja yang tersalah tengok?
Kek SR tu Abg Fawiz yang beli. Bersyukur gila dia tak beli red velvet


Birthday boy.
Tunggu dia datang ibarat tunggu Najib ngan Rosmah datang melawat tapak


Masa aku tengok ni, aku tertanya-tanya, sedap sangatkah spaghetti itu?


VVIP, katanya. Yang baju pink tu mulanya bukan main jual mahal tak nak join.
Last-last, datang jugak
Seterusnya, sesi tukar hadiah :

Sesungguhnya, patung yang Syafiq pegang tu memang dah lama aku nak.
Sayangnya tak dapat :'(
Akhirnya spongebob tu dapat kat Zuliana.
Bersusah payah aku fikir nak bagi apa hadiah malam tu
Pi mai pi mai dapat hadiah si zul ni jugak.
Punyalah kreatif dia balut akhirnya dijahanamkan oleh aku
Hadiah dari si Zul ni jugak yang aku dapat dalam ramai-ramai orang yang ada. Apalah nasib. Dah la aku tau dia bagi apa. Tak surprise langsung. Tapi, kira bernasib baik la aku sem ni, tak dapat biskut tiger dah. Dua tahun lepas, masa first time orator buat tukar hadiah, aku dapat biskut tiger as hadiah. Sedih gila u'olls. Aku penat-penat cari hadiah mahal-mahal kat pekan alih-alih aku dapat biskut tiger. Pek yang kecik pulak tu. Aku rasa aku manusia paling sadis time tu. 

Nak dibandingkan dengan sem ni, sepatutnya aku kena buat sujud syukur, tak gitu??



Ni buku yang aku dapat. Aku syak si zul ni tengah berkempen memartabatkan bahasa Inggeris.Kau mampu bagi hadiah kat orang buku bi? Buku semantik pon belum habis aku baca, apatah lagi spesies buku macam ni.

Zul dah pesan kat aku awal-awal suruh baca. Kalaulah dia tau yang aku ada lagi tiga novel BI yang aku beli guna voucher buku sem lepas dan belum habis khatam, mesti dia istighfar dulu nak suruh aku baca buku ni.

Apapon, terima kasih Zulhazli.





Ni la ahli-ahli orator sesi ni. Tu pun ada yang tak dapat datang. Nampak kan ramai lelaki?? Sangat berbeza dengan dulu.
oh yea, kalaulah abang Fawiz tengok gambar-gambar beliau ni dan komplen lagi pasal perut dia, aku dah prepare jawapan baik punya.

Tengok dia makan spaghetti dan kek berpinggan-pinggan, no wonder perut dia jadi macam tu.

oh yes, aku rasa makan-makan kali ni yang paling save. makanan boleh dikatakan semua habis. tak macam dulu. Mungkinkah disebabkan spaghetti buatan Hasina vavavoom?? (Sina, aku tengah promote ko ni) Atau kek coklat buatan Najwa buatkan orang tak sanggup untuk tak makan? Apapon, tahniah sebab berjaya elakkan pembaziran makanan.

Jujurnya, bila tengok balik gambar-gambar ni, aku teringat balik kenangan-kenangan dulu. Geng-geng orator yang lama. Rasa rindu. Kak min, kak mini, nina, zul, iwan, tomok, umairah, maziah, ain.
***THROW BACK***

p/s : Langkawi, hang tunggu aku pi!


7 comments:

  1. hahaha, terharu pulak aku baca entri kos yer..rindu kan mereka yg dulu , yg ala2 mat luhfi tu namnya AIMAN , orng penang naa..tq syeera promote aku..<3
    aku menghargai jasamu..

    ReplyDelete
  2. Ambe wondering, sape laaa yang kasi biskut Tiger tuuu. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Sina, ni aku bayar balik roti canai ptg tu punya..haha
    Abg Fawiz, biarlah rahsia~~

    ReplyDelete
  4. merindui saat bersama orators :'( sob sob sob

    ReplyDelete
  5. terima kasih sbb mention nama aq byk kali dlm entri kali nie,,,,,lgi best kalau ada entri special utk buku yg aq bagi ue,,,,hahahaha,,,,

    ReplyDelete