Dec 15, 2013

Bersangka baik

Baru balik dari reunion KeFB. Back to school, katanya.
Nanti aku buat entri asing pasal tu.

Waniey dah lama dibuai mimpi.Aku ja yang masih segar bugar matanya. Mungkin sebab lepas balik kelas pagi tadi aku tidur. Lepas tu petang tadi pon aku tidur lagi.

******

Tahu tak apa benda yang baik, tapi paling susah manusia nak buat? Manusia tu as in AKU. 
Jawapannya, berbaik sangka. Benda yang nampak senang macam ni lah sebenarnya paling susah untuk dilakukan. Dan aku tak terkecuali. Tahu apa itu husnuzon?

Husnuzon ialah perkataan lain bagi bersangka baik. Menurut Syeikh Abdul Kadir Al Jailani :

" Jika engkau bertemu dengan seseorang, makan yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hati, Mungkin kedudukannya disisi Allah lebih baik dan lebih tinggi dariku "

Bukan lah nak kata aku nak berlagak alim nak tulis entri pasal benda-benda macam ni. Cumanya nak berkongsi dan untuk mengingati diri aku sendiri. Umur makin meningkat. Pemikiran makin matang. Tapi  sebenarnya still macam budak budak lagi. Pantang nampak kesalahan orang sikit, mula la nak buruk sangka. Paling teruk, bukan setakat tu, siap kutuk-kutuk lagi. Free-free ja tambah dosa.

Ramai yang tahu, seharusnya kita ni sebagai manusia, hendaklah sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Tapi sebaliknya yang berlaku. Kenapa??

Tepuk dada, tanya hati. Bagi aku, mungkin sebab benda ni dah jadi kebiasaan. Mungkin ada sifat tak puas hati, iri hati dan rasa kurang senang yang menebal walaupun orang tu sebenarnya tak buat apa-apa salah pon. Ya, semuanya datang dari hati. Mungkin sebab tu jugak lah orang selalu kata, jaga hati kita. Once hati dah gelap, bahaya.

Sampai sekarang, aku pon kadang-kadang tak dapat nak jaga hati aku. Buktinya, tengoklah entri aku yang sebelum ni. Banyak yang maki orang. Ya Allah. Berdosanya aku. 

Jadi, sementara masih hidup ni, pupuklah hati agar sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain. Bukan sebab diri berlagak baik, sebab diri ni rasa banyak sangat dosa kat orang lain dan rasa sedar benda ni harus diperbetulkan. It is never too late to make a change. Ya, susah. sebab tu la kita mesti cuba. Memang kita tak sempurna. Banyak flaw. In fact, tak ada orang pon yang sempurna dalam dunia ni. Tapi tak salah untuk kita bantu diri kita untuk jadi lebih baik. 

Moga aku sentiasa akan beringat untuk itu.




No comments:

Post a Comment