Jarum jam hampir menginjak ke angka 1 pagi.
Tapi mata aku masih lagi segar walaupun dikelilingi lingkaran gelap yang overdose.
Ni lah padahnya tidur sepetang tadi.
Oh ya, hari ni aku ada seminar. Seminar memartabatkan bahasa, sempena bulan bahasa katanya. Agak grand. Sebab menteri-menteri turun. Nanti la kalau rajin aku buat entri lain pasal seminar tu.
Kisahnya, pada malam tadi bila cek facebook dekat group tu ramai la orang post. Majoritinya post berkenaaan kekecewaan terhadap kehadiran semasa seminar sebelah petang. Kecoh sebentar. Rasanya, tak perlu aku mention siapa dan apa yang dipost, tapi cukup aku menyatakan bahawa mungkin ramai yang tersentap dengan sesetengah orang yang membuat post. Al maklumlah, hati orang lain-lain.
Macam dalam rumah aku pon agak kecoh, sebab tersentap dengan sesetengah individu yang melemparkan perkataan yang kurang elok untuk didengar apatah lagi diterima. Hai la cik siti, apa sudah jadi?
Bagi aku, bila aku baca post tu, agak sentap juga. Okay, bukan agak, memang sentap pon.
Aku sentap bukan sebab pasal aku terasa apa yang dicakapkan, tapi aku sentap dengan sesetengah ayat dan gelaran yang sesetengah individu itu berikan untuk orang-orang yang berkenaan. Bagi aku, agak keterlaluan. Memang, kalau dinilai masing-masing ada kesalahan masing-masing. Mungkin betul apa yang dicakap oleh si A ni.Tapi kadang-kadang, dalam melahirkan apa yang kita rasa terhadap kesalahan orang lain, terkadang kita pon tak sedar yang secara tidak langsungnya kita kembali membuat kesalahan terhadap orang tersebut. Yakni, seperti ayat yang telah kita gunakan.
Jadi bagi aku fair and square lah kan?
Aku buat salah - kau kata aku - aku sentap - aku kata kau balik
Haha. Kalau nak cakap "hang tau apa. Bukan jadi kat hang pon."
Hello. Sapa kata aku tak pernah rasa, kita buat program,bertungkus lumus bagai nak mati,tapi last -last orang tak pergi. Aku pernah lalui semua itu. Bukan sekali. Tapi banyak kali.Perasaannya? tak payah cakap la. rasa macam nak tumbuk ja muka semua orang. rasa macam bangang ja.rasa macam nak cakap ja
"weh bodoh! hangpa tau tak penat buat semua ni. hangpa apa tau? orang buat bagi pon bersyukur la"
Yes. Sampai bermaki-makian. Apa guna nak cakap berlapik kat orang yang tak paham bahasa kan? Tapi zaman untuk aku melalui itu dah berlalu. Sekarang, aku pulak yang kena maki.Tapi aku peduli apa. Aku bukannya budak kecil lagi yang perlu nak patuh kepada setiap arahan orang yang aku tak nak ikut.
Tapi, demi menjaga hati, mengelak persengketaan, memberi sokongan dan memeriahkan majlis, aku turuti juga. Bukan sebab takut,bukan sebab kesian. Tapi sebab fikir aku pernah lalui semua ini.
Cumanya, nasihat aku, tak perlu menzahirkan kata-kata kasar terus kepada individu-individu yang berkenaan. Sebabnya kebanyakan kita ni berdarah panas. Lagi cakap, lagi nak buat. Jangan sampai nanti orang hilang respect.
Ya, dan aku juga tidak sedar aku tak layak mengeluarkan kenyataan sebegini, sementelahan aku juga seorang yang bendul dan bangang.
Tapi inilah cara aku mengekspresikan diri. Ini ruang aku, hak aku.
Oh ya, malam ini rezeki aku murah. ada insan telah bermurah hati menghadiahkan aku baju dan keychain. Ole-ole dari pulau pangkor, katanya.
TERIMA KASIH ENCIK MARDIYANTO. SEMOGA MURAH REZEKI.
Terima kasih kerana sudi baca.
No comments:
Post a Comment