Oct 18, 2013

KISAH RAYA KAMI Part I

P/s : entry ini ditulis dalam keadaan otak aku yang sedikit bercelaru. 

Ramai orang tanya kenapa aku tak balik raya walhal kampung aku sekangkang beruk ja dari Tg Malim. Sampaikan aku dah malas nak jawab. Dah 22 tahun aku raya kat kampung, tak salah rasanya kalau aku beraya di perantauan pulak. Kebetulan time tu tiket dah habis, dan aku bukanlah spesies manusia yang suka tiap-tiap hari nak pergi mengadap kaunter tiket kat stesen bas tu semata-mata nak bertanyakan status tiket available ke tak.

Jadi, aku ambil keputusan nak beraya kat sini ja. Lagipun ada geng, apa nak risau? Belambak budak sabah dengan Sarawak yang tak balik raya. Budak semenanjung pon bersepah ja yang tak balik.Tapi yang aku kenal hanya tiga orang. HAINUN. MAS. KECIK. So, kami berempat dah decide nak beraya bersama-sama dan stay kat satu rumah ja. Rumah aku.Jadi, tak payah termengah-mengah naik tangga dan line tenet laju.

Al kisahnya kami pon buat la plan nak survive seminggu kat sini. Kononnya nak makan kat luar, beli barang dapur nak masak, nak berjalan-jalan, nak pergi piknik dan bla bla bla... Last-last tak jadi sebab kecik kena balik rumah mak saudara dia.Tinggal ka kami bertiga. But before that, ada la kawan aku yang lelaki tak balik jugak. Pastu kami merancang nak berpiknik sambil makan-makan. Mula-mula tu banyak jugak halangan. Kejap jadi pergi, kejap tak. Tapi akhirnya tercapai jugak hasrat nak berpiknik tu.

Bila dah nama pon berpiknik, haruslah ada makan-makan. Jadi nak bagi nampak sikit kemeriahannya kami pon decide nak buat ayam panggang. So sehari sebelumnya tu aku dengan mas pergi la shopping barang-barang nak ber BBQ. Maka malam tu aku, Mas dengan Nun pon sibuk mengalahkan buat kenduri untuk buat akikah anak.Sibuk proses ayam, prepare nak perap ayam dan bla bla bla. Kalau lah yang makan ayam kami tu tak terharu, tak taw nak kata apa.

Keesokannya, pukul sebelas kami dah gerak ke tempat kejadian.
oh, by the way hari tu kami bertiga jadi datin. Pergi berjemput dan balik berhantar. 
Thanks to EDDY and ZULHAZLI

ambil feel katanya

Sembang masalah negara.
Ketua propa : zul
Gigih dia nak nyalakan api
At last berjaya jugak
Dia ni paling banyak buat troll hari tu

 Lepas 45 minit baru boleh start bakar ayam


 Muka-muka dah tahap kebulur








Yan. Dia paling excited bab mandi manda
pelapis penerjun negara

jejak kasih


gegirl



Semakin lama semakin malas aku nak menulis. Hanya gambar yang mampu aku publish setakat ini. Sebabnya, hari kejadian bukan main banyak benda nak tulis,tapi bila dah bertangguh idea pon dah hilang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

pert II and III in progress, kalau rajin





1 comment:

  1. haha .. terbaik admin !!! .. hope sukses dlm blog ne -_-

    ReplyDelete