Oct 25, 2013

ADUAN DAN BEBELAN

Hari jumaat.
Selalunya hari jumaat aku agak rileks.
Sebabnya kelas satu ja. Tu pon kalau aku bagun awal, aku pergi. Kalau tak, hai hai bai bai.
Macam hari ni, aku berjaya gagahkan diri naik bas pukul 8. Petang ni pulak ada kelas ganti semantik. Oh mannn .. mesti ngantuk gila. Malam pulak ada latihan drama.

Tadi, time dalam bas nak balik kolej, ada dua orang mamat ni duduk kat seat belakang aku. Diorang berdua ni bersembang agak kuat, so aku pon dengar je la apa la yang rancak sangat.
Nak tergelak pon ada. Si mamat A ni mengadu kat si Mamat B yang hari ni dia kena pergi jumpa lecturer dia untuk dapatkan pelepasan kuliah sebab dia ada seminar esok. dalam hati aku agak puji la beliau sebab jujur sangat. Kalau aku jadi dia, aku tak kuasa dah nak mencari lecturer. Jangankan kata mintak izin, silap-silap hari bulan kelas tak pergi, seminar pon tah ke mana. 

Dari cara percakapan, aku dah boleh agak budak berdua ni student baru sem 1. Sebab macam skema semacam. Aku tahan je nak gelak. Yang mamat B ni pulak merungut pasal assigment. Kononnya dia dapat group partner yang tak okay. Group partner dia tuduh dia tak bagi komitmen bila buat assigment. Lepas tu dia tension. Katanya, kawan dia tu macam mengadu kat lecturer la yang dia ni tak buat kerja. Dia pulak dok bercerita sambil backing diri la. Serius lawak!!
Aku macam nak cakap ja 

"dik, korang baru sebulan lebih dok sini. Bayangkan lah kalau korang dah bertahun-tahun. Apa nak jadi agaknya."

Aku rasa majoriti student kat sini pernah melalui apa yang budak berdua ni rasa. Cumanya bagi orang yang dah lama, situasi macam ni dah biasa. So, dah macam lali ja nak berhadapan dengan masalah macam ni. Dengar diorang bersembang, macam rasa kesian. But at the same time nak tergelak pun ada. Sebab aku bajet budak perempuan ja stok-stok duduk dalam bas, bersembang tak ingat dunia mengutuk orang. Rupanya lelaki pon ada. Siap semangat lagi.

Rugi pulak rasanya tak toleh belakang tengok rupa budak ni macam mana. Kalau tak boleh ajak dia buat kawan bergossip sekali dengan waniey dan zul !

Kerlass.



No comments:

Post a Comment