Kalau nak diikutkan tarikhnya, memang post ini boleh dikatakan telah tamat tarikh luput.
Tapi aku nak jugak bercerita.
Sebabnya, inilah first program PERBAYU yang aku join.
Aku dah lupa tarikh program ni. Rasanya first or second week of kuliah la. Actually, ni program khas untuk semester satu. Kononnya nak memudahkan budak-budak semester satu kat sini la in case kalau ada masalah. To guide them katanya. So, ni la sebenarnya function hakak-hakak dan abam-abam senior. Aku tak pasti atas kriteria apa mentor-mentor ini telah dipilih. Sebabnya mula-mula bila tengok nama aku naik tu, aku tertanya jugak apa la bendanya sangat yang aku boleh guide bebudak sem satu tu. Kalau ikutkan kriteria :
- Rajin. Ini memang bukan sifat aku. Kalau betul-betul kenal aku, aku ni pemalas ya amat. Kalau da duduk, seboleh-bolehnya aku nak segala benda ja datang kat aku tanpa perlu aku gerakkan badan aku kemana-mana.
- Istiqamah ke kuliah. Ini pon tak. Aku rasa kalau la kena kira balik berapa kali aku pernah ponteng kelas, memang tak terkira banyaknya. Tambah kalau kelas seawal 8.00 pagi. Memang susah nak nampak muka aku. Bukan aku malas, cumanya kaki aku susah nak berjalan. Sebab tu jugak lah sampai sekarang aku macam kekok ja bila masuk library. Rasa macam student baru pulak kadang-kadang. Cumanya, bila dah tua-tua ni dah timbul kesedara nak jadik rajin sikit. Sekarrang aku dah cuba gagahkan diri untuk tidak ponteng. Macam selalunya kalau kelas satu jam aku suka ponteng, sekarang aku paksakan diri jugak pergi. Ambil berkat lecturer katanya.
- Buat Assigment awal waktu. Ini agak mustahil berlaku. Aku bukannya jenis yang dapat assigment hari ni, lepas habis kelas waktu tu ugak bergegas pergi library cari rujukan. BUKAN AKU! kalau la nampak aku buat macam tu, mungkin masa tu aku tersampuk oleh jin rajin. Paling rajin pon aku akan buat seinggu awal. Tak pon sehari awal. Tapi jangan salah anggap. Semalas-malas aku pon, tak adanya aku buat assigment aku cincai. Pandai-pandai la aku ni berhemah. Kata dah berpengalaman buat semua benda last minit. So, gua dah master. Adik-adik, sila jangan tiru perangai daku ini. Kalau masih amatur, buruk padahnya.
Banyak lagi sifat buruk aku yang memang tak boleh buat contoh. Saja malas nak cerita lebih. Cukup setakat ni. Nanti kata bangga pulak nak tunjukkan keburukan diri sendiri.
Paling penting, program tu berjalan lancar. Budak-budak tu pn bukannya taw siapa yang malas, siapa yang tak. bagi diorang. Kakak-kakak dan abam-abam semua rajin. semua ohsem. Siap mintak tips bebagai. Paling tak tahan suruh ajar buat assigment.
No comments:
Post a Comment