Oct 27, 2013

Sentap menyentap

Jarum jam hampir menginjak ke angka 1 pagi.
Tapi mata aku masih lagi segar walaupun dikelilingi lingkaran gelap yang overdose.
Ni lah padahnya tidur sepetang tadi.

Oh ya, hari ni aku ada seminar. Seminar memartabatkan bahasa, sempena bulan bahasa katanya. Agak grand. Sebab menteri-menteri turun. Nanti la kalau rajin aku buat entri lain pasal seminar tu.
Kisahnya, pada malam tadi bila cek facebook dekat group tu ramai la orang post. Majoritinya post berkenaaan kekecewaan terhadap kehadiran semasa seminar sebelah petang. Kecoh sebentar. Rasanya, tak perlu aku mention siapa dan apa yang dipost, tapi cukup aku menyatakan bahawa mungkin ramai yang tersentap dengan sesetengah orang yang membuat post. Al maklumlah, hati orang lain-lain.

Macam dalam rumah aku pon agak kecoh, sebab tersentap dengan sesetengah individu yang melemparkan perkataan yang kurang elok untuk didengar apatah lagi diterima. Hai la cik siti, apa sudah jadi?

Bagi aku, bila aku baca post tu, agak sentap juga. Okay, bukan agak, memang sentap pon. 
Aku sentap bukan sebab pasal aku terasa apa yang dicakapkan, tapi aku sentap dengan sesetengah ayat dan gelaran yang sesetengah individu itu berikan untuk orang-orang yang berkenaan. Bagi aku, agak keterlaluan. Memang, kalau dinilai masing-masing ada kesalahan masing-masing. Mungkin betul apa yang dicakap oleh si A ni.Tapi kadang-kadang, dalam melahirkan apa yang kita rasa terhadap kesalahan orang lain, terkadang kita pon tak sedar yang secara tidak langsungnya kita kembali membuat kesalahan terhadap orang tersebut. Yakni, seperti ayat yang telah kita gunakan.
Jadi bagi aku fair and square lah kan? 

Aku buat salah - kau kata aku - aku sentap - aku kata kau balik

Haha. Kalau nak cakap  "hang tau apa. Bukan jadi kat hang pon."

Hello. Sapa kata aku tak pernah rasa, kita buat program,bertungkus lumus bagai nak mati,tapi last -last orang tak pergi. Aku pernah lalui semua itu. Bukan sekali. Tapi banyak kali.Perasaannya? tak payah cakap la. rasa macam nak tumbuk ja muka semua orang. rasa macam bangang ja.rasa macam nak cakap ja

 "weh bodoh! hangpa tau tak penat buat semua ni. hangpa apa tau? orang buat bagi pon bersyukur la"

Yes. Sampai bermaki-makian. Apa guna nak cakap berlapik kat orang yang tak paham bahasa kan? Tapi zaman untuk aku melalui itu dah berlalu. Sekarang, aku pulak yang kena maki.Tapi aku peduli apa. Aku bukannya budak kecil lagi yang perlu nak patuh kepada setiap arahan orang yang aku tak nak ikut. 

Tapi, demi menjaga hati, mengelak persengketaan, memberi sokongan dan memeriahkan majlis, aku turuti juga. Bukan sebab takut,bukan sebab kesian. Tapi sebab fikir aku pernah lalui semua ini.
Cumanya, nasihat aku, tak perlu menzahirkan kata-kata kasar terus kepada individu-individu yang berkenaan. Sebabnya kebanyakan kita ni berdarah panas. Lagi cakap, lagi nak buat. Jangan sampai nanti orang hilang respect. 

Ya, dan aku juga tidak sedar aku tak layak mengeluarkan kenyataan sebegini, sementelahan aku juga seorang yang bendul dan bangang.
Tapi inilah cara aku mengekspresikan diri. Ini ruang aku, hak aku.

Oh ya, malam ini rezeki aku murah. ada insan telah bermurah hati menghadiahkan aku baju dan keychain. Ole-ole dari pulau pangkor, katanya.


TERIMA KASIH  ENCIK MARDIYANTO. SEMOGA MURAH REZEKI.

Terima kasih kerana sudi baca.

Oct 25, 2013

ADUAN DAN BEBELAN

Hari jumaat.
Selalunya hari jumaat aku agak rileks.
Sebabnya kelas satu ja. Tu pon kalau aku bagun awal, aku pergi. Kalau tak, hai hai bai bai.
Macam hari ni, aku berjaya gagahkan diri naik bas pukul 8. Petang ni pulak ada kelas ganti semantik. Oh mannn .. mesti ngantuk gila. Malam pulak ada latihan drama.

Tadi, time dalam bas nak balik kolej, ada dua orang mamat ni duduk kat seat belakang aku. Diorang berdua ni bersembang agak kuat, so aku pon dengar je la apa la yang rancak sangat.
Nak tergelak pon ada. Si mamat A ni mengadu kat si Mamat B yang hari ni dia kena pergi jumpa lecturer dia untuk dapatkan pelepasan kuliah sebab dia ada seminar esok. dalam hati aku agak puji la beliau sebab jujur sangat. Kalau aku jadi dia, aku tak kuasa dah nak mencari lecturer. Jangankan kata mintak izin, silap-silap hari bulan kelas tak pergi, seminar pon tah ke mana. 

Dari cara percakapan, aku dah boleh agak budak berdua ni student baru sem 1. Sebab macam skema semacam. Aku tahan je nak gelak. Yang mamat B ni pulak merungut pasal assigment. Kononnya dia dapat group partner yang tak okay. Group partner dia tuduh dia tak bagi komitmen bila buat assigment. Lepas tu dia tension. Katanya, kawan dia tu macam mengadu kat lecturer la yang dia ni tak buat kerja. Dia pulak dok bercerita sambil backing diri la. Serius lawak!!
Aku macam nak cakap ja 

"dik, korang baru sebulan lebih dok sini. Bayangkan lah kalau korang dah bertahun-tahun. Apa nak jadi agaknya."

Aku rasa majoriti student kat sini pernah melalui apa yang budak berdua ni rasa. Cumanya bagi orang yang dah lama, situasi macam ni dah biasa. So, dah macam lali ja nak berhadapan dengan masalah macam ni. Dengar diorang bersembang, macam rasa kesian. But at the same time nak tergelak pun ada. Sebab aku bajet budak perempuan ja stok-stok duduk dalam bas, bersembang tak ingat dunia mengutuk orang. Rupanya lelaki pon ada. Siap semangat lagi.

Rugi pulak rasanya tak toleh belakang tengok rupa budak ni macam mana. Kalau tak boleh ajak dia buat kawan bergossip sekali dengan waniey dan zul !

Kerlass.



Oct 24, 2013

PROGRAM KEMBARA BAHASA

Mengantuk.
Walaupun hari ni ada satu kelas ja, energy aku seolah-olah seperti orang yang ada kelas dari pukul 8 pagi. Ni mesti sebab semalam aku tidur awal !

Selasa hari tu aku ada ikut satu program anjuran FBK dengan PERBAYU. Program Kembara Bahasa katanya. Melibatkan 40 students SMJK Ave Maria Convent. Main activity : explorace

Macam biasa, aku malas nak taip panjang-panjang. Just go through the pictures.

Yang lelaki tu ialah pengarah program. Aku tak kenal sangat.
FB dia pon baru add
Pendaftaran
ini senaman katanya

Checkpoint 2 : waniey dengan Tina
Checkpoint 4 : Emma dengan Wana









Amir, the president








Sejujurnya, aku ingatkan budak-budak ni tak berapa nak faham bahasa Melayu. Sebabnya, sebelum ni aku pernah buat program dengan banyak sekolah yang majoriti student bukan Melayu, tak paham bahasa Melayu. Tapi kali ni dia punya student, gua boleh angkat tabik. Ada kat satu checkpoint tu aku tengok kemahiran diorang dalam simpulan bahasa agak impressive. Ok la tu. not bad for chinese student.

oh ya, gambar aku kali ni tak berapa nak ada. Sebabnya, aku yang tukang terkejar-kejar nak ambil gambar orang!

terima kasih kerana sudi baca. :)





Oct 23, 2013

SAMAN

Sekarang ni kat Tanjung Malim dilanda musim hujan. Aku rasa bukan Tg. Malim ja. Area-area utara pon dengar cerita banyak tempat dah banjir.

Macam pagi tadi, awal-awal pagi dah hujan. Walaupun tak lebat sangat, tapi dah cukup untuk menghapus kesan bedak yang aku pakai. 
Dah la hari ni kelas packed sedunia. 
Pukul 8 tadi kelas semantik. Belum sampai kelas dah lencun. Nasib baik En. Abdullah buat sejam ja kelas.
Lepas tu Bella request ajak pergi breakfast. Lagi pun time tu aku ada masa lagi sejam untuk nak pergi kelas KPD. So, memandangkan hujan renyai-renyai kami pergi makan kat library ja. Senang sikit Bella nak berjalan. Waniey pon parking la motor dia kat tempat yang slalu orang parking motor kat bawah library tu. Ye la sebab hujan kan. Haruslah cari tempat teduh nak letak motor. Kejadahnya pulak time hujan nak parking motor kat tengah-tengahh hujan.

Elok ja kami tengah makan tadi ada seorang kawan sekelas datang bagitau yang motor Waniey kena saman. Alahai.... apalah nasib.

Ya, mungkin ni salah kami sebab tak nampak petak tu line kuning, yang sememangnya khas untuk staff. Tapi bila aku fikirkan balik, bukan dulu petak tu untuk student ke? Sebab selama ni tak pernah pulak nampak ada orang kena saman letak motor kat situ. Ka, memang aku yang tak pernah peka, aku pon tak tau.

Tapi berdasarkan pemerhatian aku, tak ada satu pon parking untuk student yang berbumbung. Parking yang berbumbung semua untuk parking staff. Macam situasi kami tadi, kami parking kat situ semata-mata sebab hujan. Nak la cari tempat berteduh.Dah la lepas tu ada kelas lagi. Lagi pon parking tu kosong ja. Takkan la nak biar diri lencun masuk kelas. Kalau demam sapa nak tanggung?

Lepas kena saman tadi baru aku sedar yang dekat kampus lama  tu tak ada pon tempat parking untuk student yang berbumbung. Baik di  BE Learning, Library, TU, TS atau di Bitarasiswa sekalipon. Rasanya dah sampai masa untuk UPSI upgrade sikit kot bab-bab kebajikan pelajar ni. Dah la time student tengah pokai pak guard buat operasi saman-menyaman secara besar-besaran. Awal-awal dulu tak nak pulak buat. Tiap-tiap tahun macam tu.

UPSI oh UPSI



Oct 19, 2013

KISAH RAYA KAMI part III

Berjaya Times Square
Part terakhir kisah raya, katanya.
Walhal tak terasa sangat pon ra

So, pagi rabu tu pepagi lagi dah bangun.
Pengarah program, si Hainun dah warning awal-awal. Dia siap buat tentatif perjalanan lagi.

Macam biasa, kalau muka putih tersangat tu 360 la jawapannya.
Bukan pakai SKII
Kononnya, nak pergi Times Square tu salah satu sebabnya nak belikan Dik Mat hadiah birthday. Al kisahnya, hari jadi Dik Mat hari tu tak ada sapa-sapa bagi hadiah kat dia. Beli kek apatah lagi. Sebabnya ada something yang jadi so, dia punya birthday ni macam dilupakan sekejap. Bila aku call hari tu, rasa macam kesian pulak. Tapi bila aku tanya dia nak hadiah apa, requestnya macam aku ni dah kahwin dengan anak sultan brunei. 

" adik nak hadiah apa?"
"PSP"

                                                             krik krik krik krik

"hadiah lain?"
" B-daman"

Kejadah apakah Bdaman itu? Puas cari kat kedai mainan dalam Times Square ni. Kalau ikutkan, tak ada banyak aktiviti sangat pon yang kami buat. Dalam tentatif Si Nun, nak tengok wayang. Tapi tak jadi.
Nak main kat Times Square tu, tengok dia punya tiket masuk macam mahal sangat. So kami jalan-jalan, cuci mata. Lepas tu makan, jalan dan makan lagi.

Ni la rupanya natang B-daman tu.
Burn macam tu ja duit aku kat benda ni

Aku pakai baju tidur ja.Tu yang termampu
Yes. Dah selesai aku menjaja cerita raya sampai tiga part.
Lepas ni boleh buat kisah raya deepavali di rumah pulak.

p/s : gambar tak ada sebab nun tak bagi gambar lain kat aku

KISAH RAYA KAMI part II

Kalau dulu part I aku cerita pasal kejadian sehari sebelum raya, maka part II berkisahkan kejadian pada hari raya.
Walaupun kami bertiga tak balik raya korban, tapi kami bertiga tetap menyambutnya dengan cara kami sendiri. Kami pon berkorban jugak ; korban jiwa dan raga.

Pagi tu kami bangun agak lewat. tak sempat nak pergi masjid apatah lagi nak dengar takbir raya. Ini semua gara-gara tidur lewat malam tu. Mana taknya, pukul 4 pagi masih lagi dok buat audition vokal bukan sekadar rupa. Berapa ribu lagu kami bantai. Tapi suara tak jugak nak bertukar jadi macam suara Siti Nurhaliza.

Bila bangun pagi tu handphone masing-masing bunyi tak berhenti. Kalah menteri besar. Kononnya family pakat buat salam perantauan. Bersembang masak apa, makan apa, beraya kat mana, korban berapa ekor lembu dan bla bla bla  Aku lagi la, ayah aku call time tu aku mamai lagi. Dapat la bebelan free di pagi raya. Adik aku pulak, pagi raya tu, kot la dia nak ucap selamat hari raya kat aku. Ni tak. Dia mintak suruh aku beli birthday present kat dia. Sebabnya masa birthday dia semua pakat lancar mogok tak mau bagi hadiah. Kakak aku pulak lagi sengal. Malam sebelum raya tu dia siap mesej aku semata-mata nak bagitaw yang dia akan mesej aku pagi raya sebab nak buat salam perantauan. Nama ja dah tua tapi perangai kalah dik mat aku. Lepas ja ayah aku call pagi tu terus dapat mesej dia. bersungguh-sungguh dia hantar mesej nak bagi aku jeles. Yang aku tak tahan, boleh pulak dia mengadu yang dia sesorang ja kena buat kerja rumah. Adik aku yang lagi sorang tak nak tolong. 
Dia bajet aku nak buat ayat kesian kat dia kot. 

" kesian kat hang akak, tak patut sungguh mimi tu"

Memang tak la aku nak cakap macam tu. Aku gelak ja. Padan muka dia. Baru dia tau macam mana perasaan aku bila dia buat kat aku selama ni. Baru dia rasa betapa berharganya aku bila aku tak ada time raya. hahaha.

Lepas dah masing-masing dapat call dari parents, kami bertiga macam blurr kejap. Tak tau nak buat apa.Nak pakai baju raya, macam tak ada kerja sebab bukan nak pergi mana pon. Ada la dekat 10 minit duduk kat ruang tamu sambil termenung pikir nasib anak perantauan. Last-last decide nak masak. Duduk saja pon bukannya ada makanan nak turun dari langit untuk kami.

At least ada kuih, dapat jugak la feeling raya


Sambal kicap nun. TERIMA KASIH SITI HAINUN

Bihun goreng suka hati.

Kebetulan pagi tu aku dapat hidayah untuk offer diri nak masak. Before makan aku awal-awal lagi bagi amaran kat nun dengan Mas supaya makan ja apa yang ada. Jangan nak komplen banyak-banyak. Nampak tak permainan aku? punya la nak elakkan orang kutuk masakan aku. Ye la, aku ni bukan terror pon masak-memasak ni. Nasib baik budak berdua ni telan ja apa ada depan mata.

Lepas makan kami kembali buat latihan vokal, dan tidur.
nothing much nak cerita siang tu.
Biasa la, raya di perantauan

Malam tu, kami attend Jamuan Raya Sabahan. At least, ada jugak orang sudi jemput. Dapat jugak pakai baju kurung hari raya. Ada jugak jumpa geng nak bersembang, ucap selamat hari raya. Paling penting, tak la dok saling menatap muka sesama kami ja seharian tu.
Comey dak Kak Tons??
Saja ja letak gambar sendiri. Biar semak sikit
Sabahan vs Sarawakian
Jumpa geng satu kos

Sabahan vs Penang ians??
Ni makanan sabah yang sampai sekarang
 aku tak tau nama


Cewek Sabahan
Cewek Utarian





Nun dan kawannya
Setakat ini sahaja ya, belalang.
Esok tu we'olls beraya dekat Times Square, syurga warga asing. 
Nak cari hadiah kat Yang Amat Berhormat Dik Mat.

Nantikan progress Part III, kalau rajin lagi.

Oct 18, 2013

KISAH RAYA KAMI Part I

P/s : entry ini ditulis dalam keadaan otak aku yang sedikit bercelaru. 

Ramai orang tanya kenapa aku tak balik raya walhal kampung aku sekangkang beruk ja dari Tg Malim. Sampaikan aku dah malas nak jawab. Dah 22 tahun aku raya kat kampung, tak salah rasanya kalau aku beraya di perantauan pulak. Kebetulan time tu tiket dah habis, dan aku bukanlah spesies manusia yang suka tiap-tiap hari nak pergi mengadap kaunter tiket kat stesen bas tu semata-mata nak bertanyakan status tiket available ke tak.

Jadi, aku ambil keputusan nak beraya kat sini ja. Lagipun ada geng, apa nak risau? Belambak budak sabah dengan Sarawak yang tak balik raya. Budak semenanjung pon bersepah ja yang tak balik.Tapi yang aku kenal hanya tiga orang. HAINUN. MAS. KECIK. So, kami berempat dah decide nak beraya bersama-sama dan stay kat satu rumah ja. Rumah aku.Jadi, tak payah termengah-mengah naik tangga dan line tenet laju.

Al kisahnya kami pon buat la plan nak survive seminggu kat sini. Kononnya nak makan kat luar, beli barang dapur nak masak, nak berjalan-jalan, nak pergi piknik dan bla bla bla... Last-last tak jadi sebab kecik kena balik rumah mak saudara dia.Tinggal ka kami bertiga. But before that, ada la kawan aku yang lelaki tak balik jugak. Pastu kami merancang nak berpiknik sambil makan-makan. Mula-mula tu banyak jugak halangan. Kejap jadi pergi, kejap tak. Tapi akhirnya tercapai jugak hasrat nak berpiknik tu.

Bila dah nama pon berpiknik, haruslah ada makan-makan. Jadi nak bagi nampak sikit kemeriahannya kami pon decide nak buat ayam panggang. So sehari sebelumnya tu aku dengan mas pergi la shopping barang-barang nak ber BBQ. Maka malam tu aku, Mas dengan Nun pon sibuk mengalahkan buat kenduri untuk buat akikah anak.Sibuk proses ayam, prepare nak perap ayam dan bla bla bla. Kalau lah yang makan ayam kami tu tak terharu, tak taw nak kata apa.

Keesokannya, pukul sebelas kami dah gerak ke tempat kejadian.
oh, by the way hari tu kami bertiga jadi datin. Pergi berjemput dan balik berhantar. 
Thanks to EDDY and ZULHAZLI

ambil feel katanya

Sembang masalah negara.
Ketua propa : zul
Gigih dia nak nyalakan api
At last berjaya jugak
Dia ni paling banyak buat troll hari tu

 Lepas 45 minit baru boleh start bakar ayam


 Muka-muka dah tahap kebulur








Yan. Dia paling excited bab mandi manda
pelapis penerjun negara

jejak kasih


gegirl



Semakin lama semakin malas aku nak menulis. Hanya gambar yang mampu aku publish setakat ini. Sebabnya, hari kejadian bukan main banyak benda nak tulis,tapi bila dah bertangguh idea pon dah hilang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

pert II and III in progress, kalau rajin