Dec 19, 2013

makan-makan Orator


Entri ini ditulis dalam keadaan aku dilimpahi kegembiraan yang melimpah ruah sebab dah nak balik kampung.
Lately ni aku sangat free sampaikan aku dah tak tau nak buat apa. Nak tengok drama korea macam dah bosan. Nak tengok runningman macam tak sampai hati sebab tak sanggup nak gelak sorang-sorang. Dan sebab dah lama tak ada kelas, aku terlupa yang aku ada kelas petang tadi meskipun pada asalnya aku bercadang nak ponteng kelas tu. Petang aku diisi dengan aku sengih sorang-sorang macam orang biul tengok AIM 20.

Malam khamis hari tu Orator ada buat makan-makan. Macam sem-sem yang lepas. Bezanya, makan-makan kali ni ramai lelaki, dan majoriti yang join makan-makan ni aku tak kenal pon. Nampak sangat aku dah tak rajin turun latihan or perjumpaan. Dan aku tak lah seramah Hasina nak beramah mesra dengan semua orang.

Makan-makan kali ni ala-ala western. Ada spaghetti, fries, cocktail and so on. Aktiviti, macam biasa, makan dan melantak seterusnya tukar-tukar hadiah. Cumanya kali ni tak sempat nak buat games. oh, makan-makan ni pon disekalikan dengan celebrate birthday Izat.

Disebabkan bajet tak cukup dan kami melancarkan kempen mari berjimat cermat, makanya segala menu pada malam itu seratus peratus dimasak menggunakan air tangan sendiri.

p/s : persetankan susunan gambar yang tak tentu arah. Aku susun atas dasar kreativiti aku sendiri.

Station Air dan Cocktail
Station Spagethi
Kalaulah mak aku tengok cara aku pegang pisau gedabak tu nak potong bawang, konfem beliau menangis sebab malu.

Muka yang pegang phone tu macam Mat Luthfi kan? or aku ja yang tersalah tengok?
Kek SR tu Abg Fawiz yang beli. Bersyukur gila dia tak beli red velvet


Birthday boy.
Tunggu dia datang ibarat tunggu Najib ngan Rosmah datang melawat tapak


Masa aku tengok ni, aku tertanya-tanya, sedap sangatkah spaghetti itu?


VVIP, katanya. Yang baju pink tu mulanya bukan main jual mahal tak nak join.
Last-last, datang jugak
Seterusnya, sesi tukar hadiah :

Sesungguhnya, patung yang Syafiq pegang tu memang dah lama aku nak.
Sayangnya tak dapat :'(
Akhirnya spongebob tu dapat kat Zuliana.
Bersusah payah aku fikir nak bagi apa hadiah malam tu
Pi mai pi mai dapat hadiah si zul ni jugak.
Punyalah kreatif dia balut akhirnya dijahanamkan oleh aku
Hadiah dari si Zul ni jugak yang aku dapat dalam ramai-ramai orang yang ada. Apalah nasib. Dah la aku tau dia bagi apa. Tak surprise langsung. Tapi, kira bernasib baik la aku sem ni, tak dapat biskut tiger dah. Dua tahun lepas, masa first time orator buat tukar hadiah, aku dapat biskut tiger as hadiah. Sedih gila u'olls. Aku penat-penat cari hadiah mahal-mahal kat pekan alih-alih aku dapat biskut tiger. Pek yang kecik pulak tu. Aku rasa aku manusia paling sadis time tu. 

Nak dibandingkan dengan sem ni, sepatutnya aku kena buat sujud syukur, tak gitu??



Ni buku yang aku dapat. Aku syak si zul ni tengah berkempen memartabatkan bahasa Inggeris.Kau mampu bagi hadiah kat orang buku bi? Buku semantik pon belum habis aku baca, apatah lagi spesies buku macam ni.

Zul dah pesan kat aku awal-awal suruh baca. Kalaulah dia tau yang aku ada lagi tiga novel BI yang aku beli guna voucher buku sem lepas dan belum habis khatam, mesti dia istighfar dulu nak suruh aku baca buku ni.

Apapon, terima kasih Zulhazli.





Ni la ahli-ahli orator sesi ni. Tu pun ada yang tak dapat datang. Nampak kan ramai lelaki?? Sangat berbeza dengan dulu.
oh yea, kalaulah abang Fawiz tengok gambar-gambar beliau ni dan komplen lagi pasal perut dia, aku dah prepare jawapan baik punya.

Tengok dia makan spaghetti dan kek berpinggan-pinggan, no wonder perut dia jadi macam tu.

oh yes, aku rasa makan-makan kali ni yang paling save. makanan boleh dikatakan semua habis. tak macam dulu. Mungkinkah disebabkan spaghetti buatan Hasina vavavoom?? (Sina, aku tengah promote ko ni) Atau kek coklat buatan Najwa buatkan orang tak sanggup untuk tak makan? Apapon, tahniah sebab berjaya elakkan pembaziran makanan.

Jujurnya, bila tengok balik gambar-gambar ni, aku teringat balik kenangan-kenangan dulu. Geng-geng orator yang lama. Rasa rindu. Kak min, kak mini, nina, zul, iwan, tomok, umairah, maziah, ain.
***THROW BACK***

p/s : Langkawi, hang tunggu aku pi!


untitled

Dear peoples,


Allah bagi kita ujian kerana mahukan sempitnya tekanan menukar arang kepada berlian.




And yes, i'm reminding myself too.

Dec 17, 2013

KeFB's Reunion and Gathering : Back to School


Seingat aku, ni kot for the first time ever KeFB buat gathering and reunion. Sebelum ni just AGM ja yang termampu. Mungkin sekarang dah ada rezeki nak buat
.
Walaupun sekarang dah tak berkhidmat untuk KeFB lagi, bersyukur jugak la sebab dijemput jugak.Alumni lah konon.At least orang ingat, kan?

Kalau lah dari dulu masa sekolah kad laporan aku macam ni, mesti berbangga gila parent aku
Dah kalau tema pon back to school, mesti la terbayangkan baju sekolah, kan? makanya pakat-pakat bersusah hatilah semua sebab tak taw mana nak rembat baju sekolah. Sampai ada yang sanggup beli. Kalau aku, hujung-hujung sem ni aku tak sanggup nak menderma duit aku kat kedai jual baju sekolah. kalau beli jugak, alamatnya berpuasalah aku selama seminggu.

Okay
.............
....................
................................

oh, crap. aku dah tak taw nak tulis apa dah. So, macam biasa, just go through the pictures. Lebih afdhal, katanya

Yang depan tu guru tak bertauliah
Kanak-kanak ribena
Teman bergossip
Ex- classmate darjah dua


Pengawas pusat sumber
Kumpulan nasyid sekolah



Kantin sekolah kau mampu ada makanan mewah cenggini?



Ketua pengawas perpustakaan. Baik punya pangkat
Ketua buli pelajar



Sesi kaunseling pelajar bermasalah bersama pengetua

Gambar aku banyak kan??
sebab bajet comey -_-










Dec 15, 2013

Bersangka baik

Baru balik dari reunion KeFB. Back to school, katanya.
Nanti aku buat entri asing pasal tu.

Waniey dah lama dibuai mimpi.Aku ja yang masih segar bugar matanya. Mungkin sebab lepas balik kelas pagi tadi aku tidur. Lepas tu petang tadi pon aku tidur lagi.

******

Tahu tak apa benda yang baik, tapi paling susah manusia nak buat? Manusia tu as in AKU. 
Jawapannya, berbaik sangka. Benda yang nampak senang macam ni lah sebenarnya paling susah untuk dilakukan. Dan aku tak terkecuali. Tahu apa itu husnuzon?

Husnuzon ialah perkataan lain bagi bersangka baik. Menurut Syeikh Abdul Kadir Al Jailani :

" Jika engkau bertemu dengan seseorang, makan yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hati, Mungkin kedudukannya disisi Allah lebih baik dan lebih tinggi dariku "

Bukan lah nak kata aku nak berlagak alim nak tulis entri pasal benda-benda macam ni. Cumanya nak berkongsi dan untuk mengingati diri aku sendiri. Umur makin meningkat. Pemikiran makin matang. Tapi  sebenarnya still macam budak budak lagi. Pantang nampak kesalahan orang sikit, mula la nak buruk sangka. Paling teruk, bukan setakat tu, siap kutuk-kutuk lagi. Free-free ja tambah dosa.

Ramai yang tahu, seharusnya kita ni sebagai manusia, hendaklah sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Tapi sebaliknya yang berlaku. Kenapa??

Tepuk dada, tanya hati. Bagi aku, mungkin sebab benda ni dah jadi kebiasaan. Mungkin ada sifat tak puas hati, iri hati dan rasa kurang senang yang menebal walaupun orang tu sebenarnya tak buat apa-apa salah pon. Ya, semuanya datang dari hati. Mungkin sebab tu jugak lah orang selalu kata, jaga hati kita. Once hati dah gelap, bahaya.

Sampai sekarang, aku pon kadang-kadang tak dapat nak jaga hati aku. Buktinya, tengoklah entri aku yang sebelum ni. Banyak yang maki orang. Ya Allah. Berdosanya aku. 

Jadi, sementara masih hidup ni, pupuklah hati agar sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain. Bukan sebab diri berlagak baik, sebab diri ni rasa banyak sangat dosa kat orang lain dan rasa sedar benda ni harus diperbetulkan. It is never too late to make a change. Ya, susah. sebab tu la kita mesti cuba. Memang kita tak sempurna. Banyak flaw. In fact, tak ada orang pon yang sempurna dalam dunia ni. Tapi tak salah untuk kita bantu diri kita untuk jadi lebih baik. 

Moga aku sentiasa akan beringat untuk itu.




Dec 14, 2013

Pasir-Pasir di Pasir Salak

Pasir-Pasir di Pasir Salak.
Nak taip tajuk ni ja aku dah letih. Sebab banyak sangat kronologi dan kisah-kisah di sebalik tabir.
Dari bergelak tawa, bermasam muka, kata-mengata, dimaki hamun semua ada.

Sebenarnya, drama ni merupakan salah satu kerja dalam subjek minor aku. Sepanjang sem ni, kena datang latihan yang boleh dikatakan tiap-tiap malam sampailah pada hari pementasan. Letih tu tak payah cerita la. Masa-masa santai pada waktu malam memang terpaksa dilupakan sem ni.

Sebenarnya, dalam kelas aku pementasan drama  dibahagikan kepada dua team. drama Renjong dengan Pasir Salak. Drama Renjong ni drama baru, pasal politik. Pementasan kat Dewan Besar Upsi, 7 Disember. Pasir Salak pulak untuk kali ni kali keempat pementasan dan pada kali ni buat kat Dewan Bahasa & Pustaka, KL. Tarikh pementasan sehari selepas Renjong.

Pengalaman? huh! walaupun aku bukanlah pelakon utama mahupun extra tapi cukup aku katakan, aku angkat bendera putih kalau ada lagi kena amek subjek ni sem depan. Gila weh. Stress. Kena marah, kena maki, letih nak gaduh dengan orang pasal benda-benda remeh. Tapi overall, memang lah best sebab buat benda ni for the first time. dapat merasa benda yang tak pernah buat. At least ada pengalaman. Lastly macam biasa, aku malas nak melalut panjang. Just  go through the photo. Tapi gambar-gambar ni setakat pementasan kat Dewan Besar Upsi ja. Sebab gambar pementasan kat DBP ada masalah.

p/s : gambar dalam susunan berselerak. Kreatif namanya

Banner Pasir Salak
Renjong + Pasir Salak
1. Latihan pertama di DBP. Dua hari sebelum pementasan perdana di DBP

Latihan kat DBP
Orang Kg. Tanjung Tualang

Masa nak balik dari latihan singgah tengok Seniman Jalanan

Nyah celop
2. Photoshoot untuk team PPDPS. Tarikh tak ingat

Skrew




3. Flashmob dan promosi PPDPS. Dua hari sebelum pratonton di Dewan Besar Upsi











4. Pratonton pertama di Dewan Besar Upsi. Lima hari sebelum pementasan di DBP









































Untuk pementasan kat DBP, kalau gambar dah sihat boleh la aku buat entri yang lain.
Syukur sangat dah habis. Boleh tarik nafas panjang-panjang.
Tapi tak lama. Sebab lecturer aku cakap time pementasan kat DBP tu ada pihak Istana Budaya datang. Kononnya depa bagi tawaran untuk kami pentaskan pulak kat Istana Budaya.

adakah ini berita gembira atau bala?

aku doakan agar prof tak terima tawaran tu.