Mar 26, 2013

THREE SIXTY


Entri ne wanie yang suruh aku buat.
so, kalau ada sapa-sapa yang terasa, sila maki dia, jangan seranah aku plak.

Kita sedia maklum bahawa dunia sekarang semakin canggih. Sana sini ada gadjet terbaru. Sampai tak terkejar nak belajar pasal benda-benda baru ne.Then bila orang tanya, sampaikan dah jadi macam orang perak sebab tak taw apa-apa.Pendek kata, rasa macam bodo gila. Lagi terasa bodohnya bila budak kecik pon taw tapi kita golongan yang sederhana tua ni tak taw.

Sebagai contoh, penggunaan kamera. Kalau dulu, nak guna kamera kena beli kodak, pastu nak tangkap gambar memang kena fokus angle betul-betul sebab tak ada preview. Nak tak nak kena la terkedek-kedek pergi cuci then kalau result dia kurang memuaskan, redha dan makan dalam je la sorang-sorang.

Dan sekarang, orang dah tak pakai dah kamera tu. Sekarang orang guna DSLR tak pon iphone 5.

haaa tudia.

Dan kelebihannya adalah gambar yang kita ambil boleh diedit tak kiralah betapa herotnya muka atau mulut kita disaat gambar kita telah disnap. Pakcik dan makcik juga tak perlu risau akan jerawat dan jeragat masing-masing kerana semuanya bisa DI EDIT!!!

Dan aplikasi yang terbaru sekarang yang melanda dunia android dan menjadi kegilaan remaja ialah aplikasi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


  KAMERA 360

Memandangkan aku bukanlah arif dan pandai bab-bab aplikasi gadget ne, apa yang aku taw pasai 360 ialah aplikasi ini mampu menjadikan wajah kita 360 dari wajah asal

TADAA!!!

aku bagi contoh :


ni gambar guna 360

ini gambar original




nampak perbezaan?









Ni aku nak berkongsi kelebihan guna 360 :

1) kalau muka kau hitam, bila guna 360 automatik jadi putih dan berseri-seri dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, tak perlu menghabiskan duit berjuta-juta on cosmetic semata-mata nak dapatkan gambar yang cantik. Dan juga tak perlu terkejar-kejar nak put on make-up sebab nak tutup jerawat.

2) Kalau muka kau penuh bengan jerawat , kesan eksiden,panau atau kurap, tak pon eye-bag dan lingkaran hitam bawah mata, jangan risau! Kamera 360 sedia membantu. Dalam hanya beberapa saat, jerawat dan semua kesan-kesan yang ada akan hilang. HEBAT KAN?

3) Dan bagi sesiapa yang mepunyai kerisauan yang sama macam aku, masalah lemak yang banyak, tak perlu risau juga kerana efect-efect yang terdapat pada kamera 360 juga mampu menampakkan yang anda masih kurus!

Namun begitu, disebalik semua kelebihan yang ada, harus juga diingat, terdapat juga kelemahan :

1) gambar fake
Ini sangat jelas dilihat. Buktinya, tengok kat profile picture facebook sudah. Melambak orang guna gambar sendiri yang diedit, macam aku. Pernah jadi kes, si Minah ne gambar facebook bukan main lawa. Muka macam awek korea pon ada hingga membuatkan si leman jatuh hati walaupon tak pernah berjumpa. Alih-alih bila dah jumpa si Leman ne terkejut beruk. Rupa tak seperti yang disangka. TIPAH TERTIPU.
Fenomena ni selalu berlaku kat laman sosial macam facebook.

Jadi macam aku senang, letak p la gambar original ka gambar edit ka tetap sama. tak dak sapa pon teringin nak kacau.HAHA

Apa yang aku nak sampaikan, dalam pada berseronok dengan aplikasi-aplikasi yang sedia ada, kadang-kadang macam membuatkan kita nampak seolah-olah kita terlalu berkeinginan untuk mengubah apa yang kita ada. Aku bagi contoh. Kulit aku ne semulajadinya gelap. Pastu bila tangkap gambar, aku rasa malu nak letak sebijik-sebijik gambar aku yang hitam tu.Then solusinya opkos la aku edit. Bila kita dah selalu buat macam tu mesti la timbul satu keinginan macam "kan bagus kalau aku ne putih,cantik" lebih kurang macam tu la

NAMPAK AYAT AKU NI MACAM JUMUD SIKIT KAN? haha

tapi apa yang aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap orang-orang sekeliling aku. Wanie selalu beletiaq kalau dia nampak orang yg edit gambar secara over. Contohnya :

" ishh dia ni dalam gambaq bukan main segak lagi.tapi tengok depan jerawat penuh.Guna kamera 360 la tu"

tengok! tak pasai-pasai kena sedas. dan aku la mangsa dengar leteran dia.

Jadi, sebagai konklusinya, LU PIKIR LA SENDIRI!




No comments:

Post a Comment