Mar 15, 2013

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH



     Isnin hari tu aku kena buat kajian Pengurusan Pembelajaran kat sekolah. Tajuk pengkhususannya adalah berkaitan Pengurusan bilik darjah. Actually, kajian ini adalah dibawah subjek 2P (Pengurusan Pembelajaran) dimana semua pelajar yang ambil subjek ini diwajibkan pergi ke sekolah untuk mengkaji topik-topik tertentu sebagai tugasan berkumpulan.

    Sebelum kumpulan aku pergi sekolah, memang banyak aku dengar feed back daripada kumpulan lain yang dah pergi sekolah. Ada yang kena turun naik PPD dengan JPN, ada yang kena halau dan tak kurang ada yang frust menonggeng sebab tak diterima di sekolah.

     Jadi, solusi  terbaik yang diambil oleh pelajar-pelajar ini adalah dengan membuat kajian di sekolah asal masing-masing.

     Macam kalau yang jauh di Johor nun, ha pergi la kau berkejar cari train or bas nak balik Johor. Tapi yang buat kat sekolah sendiri ni memang best sebab dapat balik kampung sendiri dan paling penting tak perlu pon nak berurusan dengan PPD bagai. Lagipon setakat kajian biasa je, bukan buat praktikum pon.

    Kalau macam kumpulan aku, disebabkan enam-enam orang berasal daripada negeri yang berlainan, adalah sangat pening kepala nak buat keputusan. Nak pergi kelantan, bas MeDe tak ada diskaun, nak balik Pahang, malas nak merentasi deretan pokok kelapa sawit, nak balik Johor, takut bukan buat kajian kat sekolah, kang tersasar buat kajian kat legoland. Nak balik Terengganu, dikhuatiri populasi keropok lekor akan pupus dengan adanya enam orang kuat makan memasuki daerah tersebut. Nak balik Sabah lagi la, takut kena serang dengan penceroboh Lahad Datu. And kalau aku nak angkut rakyat-rakyat sekalian balik Kedah pon, kena pikir banyak kali sebab aku once dah menjejakkan kaki kat daerah jajahan, susah dah nak balik ke daerah tumpangan .

Dan syarat kajian ini pulak adalah kajian mestilah dibuat DI LUAR KAWASAN TANJONG MALIM DAN HULU BERNAM!!

and that problem LEAD to another problem dimana  kami-kami berenam ini tidak tahu menahu pasal sekolah-sekolah disekitar Ipoh mahupun Selangor dan Kuala Lumpur.

Dan rezeki itu datang apabila housemate aku si Kakak Bella menawarkan sekolah berdekatan rumahnya untuk dibuat kajian. Maka dengan itu, bermulalah cerita KAMI DAN 4S
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ
wahab bersama Mas Achehnya


p/s : bagi sesiapa yang belum dapat mencerna apakah yang dimaksudkan dengan 4S itu, jangan terasa diri anda bangang kerana aku pon pada mulanya tak tau apakah itu 4S walaupun kat sekolah tu banyak sugguh perkataan sedemikian.

4S merujuk kepada Sekolah Sultan Sulaiman Shah.

4S
See? nampak 4S nya disitu?

Seawal 7 pagi kononnya kami merancang nak gerak sebab kumpulan si Wahab pon nak join. Kebetulan si wahab ni bertiga ja dalam kumpulan dia dan dua orang lagi tu international student.

Acheh mai baq hang!

Dan si Wahab ini pulak berasal dari Sarawak dan bagi aku situasinya adalah sangat sadis!

Nak dipendekkan cerita,kononnya plan nak bertolak pada pukul 7 itu adalah sekadar impian semata-mata.

Dari pukul 7 menginjak ke pukul 8 masih belum nampak bayangnya si Mas-Mas dari Acheh itu. Kemana mereka pergi? adakah mereka balik membuat kajian di Indonesia?

Last-last muncul jugak sorang. tu pon dah lewat gila kot. Bila ditanya kenapa lewat dan mana lagi sorang, jawapan dia " BELUM BANGUN TIDUR"

Aku macam nak jawab je " Mas, kita ini mahu ke sekolah, bukannya berlibur.. Mas nggak bisa ngerti?" tapi disebabkan kesian punya pasal, aku hanya mampu simpan dalam hati.

Agak-agak sejam, kami pon sampai sekolah berkenaan. Dan betapa terkujatnya aku bila dapat tau majoriti pelajar sekolah ini adalah berbangsa India. Aku bajet bila dah nama sekolah macam ne, majoriti pelajar melayu la. Dan kedua- dua penolong kanannya juga adalah berbangsa India.

Layanan dari cikgu-cikgu yang membantu kami tu baik, cumanya waktu mula-mula tu kami agak lost sebab cikgu-cikgu dia macam main past ja untuk tentukan sapa yang patut kami rujuk. Cikgu A bagi kat cikgu B. Cikgu B pulak cakap bukan dia, pergi pulak kat cikgu C. 

Pening punya pasal last-last sekali kami p  kantin. ISI PERUT

Dan rujukan terakhir kami sebelum tinjau bilik darjah ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebab beliau yang lebih arif.

Ni la PK HEM nya
      Walaupun banyak jawapan daripada soalan kami yang  dia macam  susah ja nak jawab, tapi Alhamdulillah, akhirnya semua dah settle. Untuk keterangan lanjut, sila tatap gembar-gambar dibawah, juga sebagai bukti kami dah buat kajian.

HIDUP : pasti  BERJUANG : mesti  BAHAGIA In Shaa Allah
pemandangan dari kantin sekolah
susunan meja dalam kelas
guru sedang mengajar
Suasana dalam kelas time cikgu tak da
sesi temubual
Tak banyak gambar pon, cuma gambar-gambar berkaitan bilik darjah ja. Dari saya, sebarang ke'blur' an gambar, mohon maaf

photographer bertauliah
Dari kami, sekalung penghargaan buat guru-guru dan pihak sekolah SMK Sultan Sulaiman Shah.

2 comments:

  1. salam , saya student 4S :D hee , hahha , gambar meja yg tak ade org tuh dekat kelas saya :D hahaha , hari tuh ada nampak akak-2 tomey , abam-2 handsome dtg Xd haha , tengs sudi pilih sekolah saya ehh

    ReplyDelete
  2. haha..terima kasih sbb sudi memberi kerjasama kpd pihak kami.moga sekolah ini akan lebih maju pasa masa hadapan

    ReplyDelete