Apr 6, 2013

KURSUS TAHSIN SOLAT


NOTA : ENTRI INI AKAN DITULIS DALAM BAHASA YANG AGAK SOPAN ( refer tajuk entri)


U SEE THE POSTER??

Hari Ahad lalu, bersamaan 31 Mac 2013, alhamdulillah telah selamat berlangsungnya satu program kerjasama antara tiga persatuan di UPSI, iaitu Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Kelab Fasilitator Bitara (KeFB)dan Rakan Pusat Islam (RAPI).
kalau tengok nama ketiga-tiga persatuan ne akan nampak pelik di KeFB kan? orang akan tertanya-tanya 
" aik, KeFB anjur program macam ne? bukan slalu buat program motivasi dan kemasyarakatan ke?"

sabar ya pokcik mokcik, hamba akan ceritakan.

Asalnya, pada semester lepas, aku ngan wanie, selaku exco LPS KeFB ada la merancang utk jalankan satu program berbentuk keagamaan utk kelab.Jadi, rancang punya rancang mula-mula kami nak buat program pengurusan jenazah,gabung dengan exco LPS kolej KUO. Unfortunately,  ditakdirkan ada la sedikit kekangan, jadi kami terpaksa hold dulu.
Nak dipendekkan cerita, memandangkan KeFB ini bukanlah satu kelab yang arif bab-bab hal macam ni, maka kami terpaksa melakukan kerjasama dengan persatuan yang lebih arif atau berkaitan dengannya. dan dari itu, , aku mulalah melamar PPI untuk melakukan kerjasama.

Alhamdulillah, respon yang diterima dari PPI sangat baik.

macam mana aku boleh berhubung dengan pihak PPI sedangkan aku tak kenal pon ahli-ahli PPI ne?

haaa.ni la yang dikatakan nak seribu daya (puji diri sendiri), ada satu hari tu time aku dok jalan-jalan sambil pikirkan pasal program ni, tiba-tiba aku ternampak geng-geng PPI tengah bukak kaunter depan PT untuk pendaftaran ahli. Tapi masalahnya yang jaga kaunter tu semua lelaki. Then aku jadi gabra.
aku ada dua pilihan.
1) terpaksa tebalkan muka
2) let it go

dan aku ambil peluang yang pertama. Aku tegur sorang brader ne. Aku terangkanlah apa yang nk cakapkan. Dan aku rasa dia mesti pelik sebab kalau tengok dressing aku, macam orang bukan nak ajak buat program keagamaan.bukan la aku dressing over macam mana, cumanya tudung aku ni tak la labuh pon. Tapi yang baiknya, alhamdulillah, brader ne ( nama dia ahzam) ok ja..dia kata dia akan bincang ngn presiden dia.

dan dari situ ka kami mencapai kata setuju. Lepas tu ada la kami buat meeting sikit-sikit, bertaaruf and berbincang pasal program.

oh, lupa, asalnya, program ne asalnya KeFB yang lead, bekerjasama dengan PPI dan dipendekkan cerita jugak, bila aku hantar paperwork, bahagian HEPA cakap tak boleh lulus sebab KeFB bukan kelab yang sesuai untuk handle program macam ne. mula-mula aku frust jugak la sebab banyak benda dah rancang.

Lepastu bila bincang balik memang kami buat keputusan untuk cancel ja. But then naik semester ni tiba-tiba bincang balik pastu negotiate balik ngan PPI untuk mintak PPI yang lead, dengan kerjasama KeFB. dan alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab PPI memang sudi untuk bekerjasama lagi.

Actually,aku baru sedar bukan senang nak handle program macam ne. banyak sangat kekangan.
program kejap on dan off, kekangan masa, kekangan ajk dan sebagainya.
tapi at last terlaksana jugak. Tu la orang kata, kita hanya mampu merancang, yang menentukan itu hanya ALLAH.

Actually, kalau diikutkan, gerak kerja sebenar ajk pelaksana hanya dilakukan seminggu sebelum program. Sebabnya, KeFB memang tiap-tiap minggu run program dan kebanyakkannya melibatkan ajk yang sama.Jadi, masa untuk preparation tu sikit ja ada.

Antara pengisian program ne :
  • pengajian pondok (berbentuk teori)
  • taaruf
  • membetulkan kesalahan bacaan dalam solat (LDK)
  • betulkan kesalahan pergerakan semasa solat (LDK)
  • solat-solat sunat dan solat jamak
Dan Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Target peserta sasaran kami tercapai. Dan apa yang bagusnya bila buat join venture program ne, kita akan dapat ramai kawan baru. Aku bagi contoh, dulu aku ni mana ada ramai sangat kawan daripada PPI or yang alim-alim sikit ne. Tapi lepas program, alhamdulillah bila lalu ja nak pegi mana-mana, ada jugak yang kenal. bajet femes  walaupun aku ja yang tak pernah nak ingat muka depa. Bukan tak ingat, tapi memori aku ne terhad sikit bab-bab nak cam muka orang.

perbincangan dalam kumpulan


fasilitator memberikan penerangan kepada ahli kumpulan

slot perbetul bacaan fatihah

pembahagian kumpulan

taklimat sebelum sesi praktikal

praktikal solat

Taaruf dalam kumpulan

Ni pengarah program.Serius dia ne lawak!

post mortem
AJK pelaksana muslimat
AJK pelaksana KURSUS TAHSIN SOLAT
Dan untuk itu, aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan program ni. Kepada AJK dan fasilitator, tahniah dan terima kasih atas kerjasama.Moga kita akan terus bekerjasama pada masa akan datang.








No comments:

Post a Comment