Jan 11, 2013

Kalumpang setingbot

Salam kebahagiaan.

Semalam aku and the housemates pergi berjimba serta membesarkan lagi badan kami kat Kalumpang. 

STEAMBOAT UOLLZ!!!!

Nak makan steamboat punya pasal puasa dari pagi.Tapi bukan kami berenam sahaja. Berkolaborasi dengan geng2 dari rumah lain jugak. Sek-sek kak dio VS geng kuat makan. Tetamu jemputan khas, dokdang. Kiranya semalam yang pergi 11 orang. Ala-ala rombongan cek kiah la ni. kami pergi sana lepas magrib sebab sek-sek ni takut restoran tu tutup awal. logik?

Kat kalumpang steamboat ne, apa yang menariknya, tempat memang luas la. Cantik. tak ada nyamuk paling penting.Then, ada karaoke. Big screen lagi uollz. Tapi kami ne memang tak la memanfaatkan kemudahan yang satu tu. Buang tebiat sek-sek kak dio kata. 

Ni muka sebelum pergi.Yang baju merah tu tangah lapar!

Kalumpang Grill & Steamboat.Banner jer?

At first kami bajet nak pesan utk makan 6 kepala ja. Last-last kena bayar sorang-sorang. Oh, lupa nak mention. Kalau kat sini makan seorang RM20. NO DISCOUNT.PERMANENT. Tapi makan sampai letih syarat dia.Bagi kaki makan, ha ini la tempat yang sesuai. 

okay. Seterusnya, aku malas nak cerita. tengok ja gambar yang aku penat upload ni :

Ha, nilah sek-sek kak dio, kecuali yang baju pink tu. Dia geng2 kuat makan

Ni Citra sewa, bukan  sendiri punya.

Ni muka-muka minah-minah kelaparan .Bukti, tengok muka Pain

Masa ni baru aku perasan yang aku gemuk. So, aku edit apa yang patut

Antara port yang ada untuk melepak


Geng kuat makan bersama VIP, dokdang

Ni port karaoke

aku bersama orang yang baru buat twitter

Tempat pilih ikan

Syikin, representative dari geng kuat makan


Sek-sek kak dio, zizah

Ni aku yang rasmi dulu





nampak betapa kami memanfaatkan RM20 seorang?

Nak tunjuk sweet kononnya

mamat ne nyanyi macam nak telan mikrofon tu

Nampak mangkuk ice-cream tu? semua aku yang habiskan





Memang time makan tu masing-masing bersungguh-sungguh la.Yang si Wanie tu makan sampai tak tengok kiri kanan dah. Khusyuk gila.Yang lain ada gak la sembang-sembang. Dia tak dah. Fokus habis. Macam-macam makanan ada dalam pakej RM 20 tu. Dari seafood, ayam, daging yang pelbagai rasa sehinggalah dessert. Pilih ja kau nak makan apa nak. Aku sampai sesak nafas semata-mata nak bagi rasa berbaloi bayar RM20 tu.Dok tengah-tengah makan tu ada la orang berkaraoke. Nak diceritakan mula-mula tu geng-geng pakcik ja yang layan karaoke ni. Lagu-lagu evergreen. Then datangla beberapa mamat nak ambil alih turn karaoke.

Ya ampun! suaranyanya mengalahkan black mentor tarik high note. Dia nyanyi macam nak telan mikrofon.Kami yang tengah tenang makan ni sampai tertelan, tersembur apa yang kami makan.Kalau satu lagu takpa, ne berlagu-lagu dia bantai.Sakit telinga apatah lagi sakit hati. Jujurnya, suara gila sumbang. Aku harap dia tak join segala pertandingan Mentor, AF apa bagai. Lepastu ada la sorang mamat ne selamatkan keadaan. Suara dia nasib baik sedap sikit.

Dalam pukul 11 kami da gerak balik dah.Tu pon lepas dah habiskan semua makanan. Sebabnya kat situ kena habiskan segala makanan yang kita amek, or else kena kompaun. 100 gram untuk makanan yang tak habis, RM 10. Aku tak sure la pasal yang ne, depa-depa ni yang gtaw.

Kesimpulannya, bajet keseluruhan kami overall seorang dalam RM25, sekali sewa kereta, minyak dengan makan. Berbaloi?

Kami bukanla nak tunjuk yang kami suka berbelanja besar, membazir duit ka apa. It just sebagai housemate, kami jarang spent time together sekali berenam.Cuma akhir-akhir ni kami selalu keluar makan sekali, masak-masak sekali. Saja nak eratkan hubungan. Lagipon lepas ni masing-masing lagi sibuk.Wani kelantan pulak dah pergi kolej lain.Then sek-sek kak dio tu sebenarnya bukan rapat pon. Cumanya sebab Mas tu one of our bestie. Then bila selalu masak tu kami panggil la depa makan skali. 

Oh, lupa. Sebab apa aku panggil housemate Mas tu sek-sek kak dio, sebab tiga-tiga tu orang kelantan.Mas ja utagha mai.

so, i guess that's the end of our story

No comments:

Post a Comment