Jan 11, 2013

alahai nasib aku

konnichiwa

aku ada berita sedih yang berlaku pada aku, dalam pada bergembira nak balik cuti.
adanya aku ini sentiasa tidak bernasib baik dalam apa sahaja benda  yang aku beli.
mungkin dalam sesetengah masa memang silap aku sendiri sebab careless.
tapi ada jugak time nya aku tak bernasib baik sebab nasib aku memang tak baik
contohnya :

dulu bila paen suruh aku beli kicap
time tu aku memang usha betul-betul harga kicap.
cuma yang berbeza kicap manis dengan kicap masin
aku tengok kicap masin harga RM 3+++
walaupun murah tapi bagi aku tetap mahal sebab KICAP ja pon
then tanpa tengok harga kicap manis terus aku amek then bawak pergi kaunter nak bayar
tup tup harga kicap tu RM 6+++
then keluar ja dari kedai tu aku terus meroyan
Wanie cakap memang standard harga kicap tu. Cuma aku ja tak alert sebab aku tak pernah beli kicap.Mak aku ja yang beli. FINE

Lagi satu, lepas exam dua hari lepas, aku nak beli stok mengunyah sebab kat rumah memang masing-masing tak ada stok makanan.
Then aku amek la popiah simpul satu plastik
tapi aku tak timbang dulu.
sebab sebelum ni aku pernah beli dalam kuantiti yang sama harga dia RM4++ ja
then bila bayar harga dia RM 8+++
sekali lagi aku meroyan

lagi satu benda yang aku SELALU tak bernasib baik time makan.
satu, aku selalu dichargekan mahal walhal aku amek nasik sikit dengan lauk ala kadar ja.
dan situasi ni selalu berlaku kat kafe.

macam petang tadi, disebabkan aku dah lama tak makan kat kafe,lepas serah kunci rumah lepak2 la kat kafe.
then aku order nasi goreng ayam blackpaper.
selalunya memang aku tak pernah order apa-apa jenis nasi goreng sebab selalunya tak kena dengan tekak aku.pastu aku sekali time nak bukak puasa, housemate aku, si Wani kelantan makan nasi ni. Aku try rasa tetiba ja sedap
memangla yang orang selalu sedap
sebab tu la petang tadi aku order nasi ni.
At last rasa dia tak seperti yang aku harapkan

AKU FRUST!!

takpa, nasi tak habis aku balas tomyam wani.
tengok-tengok sedap pulak.
then mereka-mereka ini suruh la aku order tomyam pulak.
aku ne tanpa pikir panjang pon order la tapi tapau. malam baru makan
mula-mula aku hingat orang yang sama masak untuk wani akan masak untuk aku.
tengok-tengok orang lain
okay, time tu aku dah start frust
tapi takkan la aku nak jerit kat kafe plak
jatuh la reputasi aku
housemate aku sekalian kata balik try la dulu mana tau kot-kot sedap

then malam ni aku rasa

"masin.daging sikit"

sekaali lagi aku frust.


No comments:

Post a Comment