Okay, aku akui hari ni aku banyak buat entry. Mungkin sebab aku boring dan tak ada mood nak study.
Tadi ada la sorang kawan aku ni, mintak tolong aku untuk tulis entry pasal niece dia. Harapannya, agar sesiapa sahaja yang baca blog aku dapat bersama-sama doakan kesembuhan dan kesihatan niece dia. Ceritanya begini :
Kawan aku (Ros) yang skarang study kat USM selalu cerita pasal niece dia yang ada penyakit leukemia. Dan baru-baru ni penyakit niece dia tu semakin memburuk. Niece dia nama Nurazarina. Adik ni baru ja berumur 8 tahun. Sangat-sangat muda.Baru ja nak kenal dunia, orang kata. Tapi takdir ketentuan tu di tangan Tuhan. Kita tak terduga.
Nak dipendekkan cerita, adik ni mula-mula ada simptom-simptom ni masa dia umur 5 tahun lagi. Menurut Ros, masa tu adik ni dapat demam panas yang teruk. Muka dia pucat lepastu badan dia dah start kurus. Kiranya bila badan dia dah memang totally lemah la. Bila family dia bawak pergi hospital, doktor sahkan adik ni ada kanser darah.
Then, atas nasihat doktor, adik ni kena tahan hospital untuk pemeriksaan susulan. Dalam dua bulan jugak la dia kena tahan. Okay, kena tahan tu satu hal. Yang bagi aku satu ujian, adik ni kena ulang-alik dari hospital Pulau Pinang dengan Hospital Alor Setar dalam tempoh rawatan dia. Boleh bayangkan betapa beratnya dugaan ka. Dengan kos rawatan lagi. Kos transport dengan minyak lagi. Tapi aku tabik la family si Ros ni sebab tak putus asa dan banyak berkorban. Dan situasi ni berlaku selama tiga tahun, dari umur adik ni 5 tahun sampai la 8 tahun. Ada sekali tu dia kena rujuk kat Hospital Kuala Lumpur selama sebulan, masa dia umur 7 tahun.
Ros cakap, lepas tu adik ni dah sihat sikit dah. Awal tahun lepas dia dah cergas. Dah boleh pergi sekolah, pergi beraya. But then start 3 bulan lepas, penyakit dia datang balik. Dia start demam teruk. Doktor cakap kanser dia dah merebak.
Dan sekarang ros punya niece ni masih menjalani proses kimoterapi tahap akhir. Paling sedih, doktor dah sahkan adik ni ada masa lagi 6 bulan ja untuk terus hidup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, adik ni mempunyai family yang tak pernah jemu menjaga dan memberi sokongan. Ros ada cerita kat aku, dah banyak usaha dan ikhtiar mereka dah buat. Cumanya sekarang ni hanya tawakkal dan doakan yang terbaik untuk adik ni. Apapun yang bakal terjadi, family dia redha.
Tadi, Ros ada pergi melawat adik tu. Alhamdulillah, dia dah sedar sikit. Cumanya, still doktor salurkan wayar pernafasan sampai paru-paru. That's why adik ni x boleh minum langsung. Paling menyedihkan, adik ni asyik mintak air ja sebab dia dah tiga hari tak minum. Memang la kan. kalau kita pon memang tak boley tahan. Tambah pulak kondisi badan dia yang lemah. Bayangkanlah betapa sayunya hati family dia tambah pulak parents adik ni sendiri. Then doktor hanya salurkan susu sahaja.
So,uolss.Mungkin bagi kita benda macam ni tak penting sebab bukan terjadi kat family kita sendiri. But then, fikirlah, kita sesama agama, sesama bangsa. Family Ros tak mintak pon apa-apa harta kita, tenaga kita. Apa yang diharapkan hanyalah doa kita untuk mintak yang terbaik untuk adik ini. Jadi bagi sesiapa sahaja yang mungkin baca entry ni. titipkanlah doa kalian untuk kesihatan adik ni.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
terima kasih kerana membaca.
p/s : bersama ini aku sertakan gambar niece Ros tu. Ros sendiri yang bagi izin untuk aku post gambar ni.
wajah nurazarina |
No comments:
Post a Comment