konnichiwa
aku ada berita sedih yang berlaku pada aku, dalam pada bergembira nak balik cuti.
adanya aku ini sentiasa tidak bernasib baik dalam apa sahaja benda yang aku beli.
mungkin dalam sesetengah masa memang silap aku sendiri sebab careless.
tapi ada jugak time nya aku tak bernasib baik sebab nasib aku memang tak baik
contohnya :
dulu bila paen suruh aku beli kicap
time tu aku memang usha betul-betul harga kicap.
cuma yang berbeza kicap manis dengan kicap masin
aku tengok kicap masin harga RM 3+++
walaupun murah tapi bagi aku tetap mahal sebab KICAP ja pon
then tanpa tengok harga kicap manis terus aku amek then bawak pergi kaunter nak bayar
tup tup harga kicap tu RM 6+++
then keluar ja dari kedai tu aku terus meroyan
Wanie cakap memang standard harga kicap tu. Cuma aku ja tak alert sebab aku tak pernah beli kicap.Mak aku ja yang beli. FINE
Lagi satu, lepas exam dua hari lepas, aku nak beli stok mengunyah sebab kat rumah memang masing-masing tak ada stok makanan.
Then aku amek la popiah simpul satu plastik
tapi aku tak timbang dulu.
sebab sebelum ni aku pernah beli dalam kuantiti yang sama harga dia RM4++ ja
then bila bayar harga dia RM 8+++
sekali lagi aku meroyan
lagi satu benda yang aku SELALU tak bernasib baik time makan.
satu, aku selalu dichargekan mahal walhal aku amek nasik sikit dengan lauk ala kadar ja.
dan situasi ni selalu berlaku kat kafe.
macam petang tadi, disebabkan aku dah lama tak makan kat kafe,lepas serah kunci rumah lepak2 la kat kafe.
then aku order nasi goreng ayam blackpaper.
selalunya memang aku tak pernah order apa-apa jenis nasi goreng sebab selalunya tak kena dengan tekak aku.pastu aku sekali time nak bukak puasa, housemate aku, si Wani kelantan makan nasi ni. Aku try rasa tetiba ja sedap
memangla yang orang selalu sedap
sebab tu la petang tadi aku order nasi ni.
At last rasa dia tak seperti yang aku harapkan
AKU FRUST!!
takpa, nasi tak habis aku balas tomyam wani.
tengok-tengok sedap pulak.
then mereka-mereka ini suruh la aku order tomyam pulak.
aku ne tanpa pikir panjang pon order la tapi tapau. malam baru makan
mula-mula aku hingat orang yang sama masak untuk wani akan masak untuk aku.
tengok-tengok orang lain
okay, time tu aku dah start frust
tapi takkan la aku nak jerit kat kafe plak
jatuh la reputasi aku
housemate aku sekalian kata balik try la dulu mana tau kot-kot sedap
then malam ni aku rasa
"masin.daging sikit"
sekaali lagi aku frust.
Jan 11, 2013
Kalumpang setingbot
Salam kebahagiaan.
Semalam aku and the housemates pergi berjimba serta membesarkan lagi badan kami kat Kalumpang.
STEAMBOAT UOLLZ!!!!
Nak makan steamboat punya pasal puasa dari pagi.Tapi bukan kami berenam sahaja. Berkolaborasi dengan geng2 dari rumah lain jugak. Sek-sek kak dio VS geng kuat makan. Tetamu jemputan khas, dokdang. Kiranya semalam yang pergi 11 orang. Ala-ala rombongan cek kiah la ni. kami pergi sana lepas magrib sebab sek-sek ni takut restoran tu tutup awal. logik?
Kat kalumpang steamboat ne, apa yang menariknya, tempat memang luas la. Cantik. tak ada nyamuk paling penting.Then, ada karaoke. Big screen lagi uollz. Tapi kami ne memang tak la memanfaatkan kemudahan yang satu tu. Buang tebiat sek-sek kak dio kata.
Ni muka sebelum pergi.Yang baju merah tu tangah lapar! |
Kalumpang Grill & Steamboat.Banner jer? |
At first kami bajet nak pesan utk makan 6 kepala ja. Last-last kena bayar sorang-sorang. Oh, lupa nak mention. Kalau kat sini makan seorang RM20. NO DISCOUNT.PERMANENT. Tapi makan sampai letih syarat dia.Bagi kaki makan, ha ini la tempat yang sesuai.
okay. Seterusnya, aku malas nak cerita. tengok ja gambar yang aku penat upload ni :
Ha, nilah sek-sek kak dio, kecuali yang baju pink tu. Dia geng2 kuat makan |
Ni Citra sewa, bukan sendiri punya. |
Ni muka-muka minah-minah kelaparan .Bukti, tengok muka Pain |
Masa ni baru aku perasan yang aku gemuk. So, aku edit apa yang patut |
Antara port yang ada untuk melepak |
Geng kuat makan bersama VIP, dokdang |
Ni port karaoke |
aku bersama orang yang baru buat twitter |
Tempat pilih ikan |
Syikin, representative dari geng kuat makan |
Sek-sek kak dio, zizah |
Ni aku yang rasmi dulu |
nampak betapa kami memanfaatkan RM20 seorang? |
Nak tunjuk sweet kononnya |
mamat ne nyanyi macam nak telan mikrofon tu |
Nampak mangkuk ice-cream tu? semua aku yang habiskan |
Memang time makan tu masing-masing bersungguh-sungguh la.Yang si Wanie tu makan sampai tak tengok kiri kanan dah. Khusyuk gila.Yang lain ada gak la sembang-sembang. Dia tak dah. Fokus habis. Macam-macam makanan ada dalam pakej RM 20 tu. Dari seafood, ayam, daging yang pelbagai rasa sehinggalah dessert. Pilih ja kau nak makan apa nak. Aku sampai sesak nafas semata-mata nak bagi rasa berbaloi bayar RM20 tu.Dok tengah-tengah makan tu ada la orang berkaraoke. Nak diceritakan mula-mula tu geng-geng pakcik ja yang layan karaoke ni. Lagu-lagu evergreen. Then datangla beberapa mamat nak ambil alih turn karaoke.
Ya ampun! suaranyanya mengalahkan black mentor tarik high note. Dia nyanyi macam nak telan mikrofon.Kami yang tengah tenang makan ni sampai tertelan, tersembur apa yang kami makan.Kalau satu lagu takpa, ne berlagu-lagu dia bantai.Sakit telinga apatah lagi sakit hati. Jujurnya, suara gila sumbang. Aku harap dia tak join segala pertandingan Mentor, AF apa bagai. Lepastu ada la sorang mamat ne selamatkan keadaan. Suara dia nasib baik sedap sikit.
Dalam pukul 11 kami da gerak balik dah.Tu pon lepas dah habiskan semua makanan. Sebabnya kat situ kena habiskan segala makanan yang kita amek, or else kena kompaun. 100 gram untuk makanan yang tak habis, RM 10. Aku tak sure la pasal yang ne, depa-depa ni yang gtaw.
Kesimpulannya, bajet keseluruhan kami overall seorang dalam RM25, sekali sewa kereta, minyak dengan makan. Berbaloi?
Kami bukanla nak tunjuk yang kami suka berbelanja besar, membazir duit ka apa. It just sebagai housemate, kami jarang spent time together sekali berenam.Cuma akhir-akhir ni kami selalu keluar makan sekali, masak-masak sekali. Saja nak eratkan hubungan. Lagipon lepas ni masing-masing lagi sibuk.Wani kelantan pulak dah pergi kolej lain.Then sek-sek kak dio tu sebenarnya bukan rapat pon. Cumanya sebab Mas tu one of our bestie. Then bila selalu masak tu kami panggil la depa makan skali.
Oh, lupa. Sebab apa aku panggil housemate Mas tu sek-sek kak dio, sebab tiga-tiga tu orang kelantan.Mas ja utagha mai.
so, i guess that's the end of our story
Jan 7, 2013
hanya doa yang mereka pinta
Assalamualaikum wbt.
Okay, aku akui hari ni aku banyak buat entry. Mungkin sebab aku boring dan tak ada mood nak study.
Tadi ada la sorang kawan aku ni, mintak tolong aku untuk tulis entry pasal niece dia. Harapannya, agar sesiapa sahaja yang baca blog aku dapat bersama-sama doakan kesembuhan dan kesihatan niece dia. Ceritanya begini :
Kawan aku (Ros) yang skarang study kat USM selalu cerita pasal niece dia yang ada penyakit leukemia. Dan baru-baru ni penyakit niece dia tu semakin memburuk. Niece dia nama Nurazarina. Adik ni baru ja berumur 8 tahun. Sangat-sangat muda.Baru ja nak kenal dunia, orang kata. Tapi takdir ketentuan tu di tangan Tuhan. Kita tak terduga.
Nak dipendekkan cerita, adik ni mula-mula ada simptom-simptom ni masa dia umur 5 tahun lagi. Menurut Ros, masa tu adik ni dapat demam panas yang teruk. Muka dia pucat lepastu badan dia dah start kurus. Kiranya bila badan dia dah memang totally lemah la. Bila family dia bawak pergi hospital, doktor sahkan adik ni ada kanser darah.
Then, atas nasihat doktor, adik ni kena tahan hospital untuk pemeriksaan susulan. Dalam dua bulan jugak la dia kena tahan. Okay, kena tahan tu satu hal. Yang bagi aku satu ujian, adik ni kena ulang-alik dari hospital Pulau Pinang dengan Hospital Alor Setar dalam tempoh rawatan dia. Boleh bayangkan betapa beratnya dugaan ka. Dengan kos rawatan lagi. Kos transport dengan minyak lagi. Tapi aku tabik la family si Ros ni sebab tak putus asa dan banyak berkorban. Dan situasi ni berlaku selama tiga tahun, dari umur adik ni 5 tahun sampai la 8 tahun. Ada sekali tu dia kena rujuk kat Hospital Kuala Lumpur selama sebulan, masa dia umur 7 tahun.
Ros cakap, lepas tu adik ni dah sihat sikit dah. Awal tahun lepas dia dah cergas. Dah boleh pergi sekolah, pergi beraya. But then start 3 bulan lepas, penyakit dia datang balik. Dia start demam teruk. Doktor cakap kanser dia dah merebak.
Dan sekarang ros punya niece ni masih menjalani proses kimoterapi tahap akhir. Paling sedih, doktor dah sahkan adik ni ada masa lagi 6 bulan ja untuk terus hidup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, adik ni mempunyai family yang tak pernah jemu menjaga dan memberi sokongan. Ros ada cerita kat aku, dah banyak usaha dan ikhtiar mereka dah buat. Cumanya sekarang ni hanya tawakkal dan doakan yang terbaik untuk adik ni. Apapun yang bakal terjadi, family dia redha.
Tadi, Ros ada pergi melawat adik tu. Alhamdulillah, dia dah sedar sikit. Cumanya, still doktor salurkan wayar pernafasan sampai paru-paru. That's why adik ni x boleh minum langsung. Paling menyedihkan, adik ni asyik mintak air ja sebab dia dah tiga hari tak minum. Memang la kan. kalau kita pon memang tak boley tahan. Tambah pulak kondisi badan dia yang lemah. Bayangkanlah betapa sayunya hati family dia tambah pulak parents adik ni sendiri. Then doktor hanya salurkan susu sahaja.
So,uolss.Mungkin bagi kita benda macam ni tak penting sebab bukan terjadi kat family kita sendiri. But then, fikirlah, kita sesama agama, sesama bangsa. Family Ros tak mintak pon apa-apa harta kita, tenaga kita. Apa yang diharapkan hanyalah doa kita untuk mintak yang terbaik untuk adik ini. Jadi bagi sesiapa sahaja yang mungkin baca entry ni. titipkanlah doa kalian untuk kesihatan adik ni.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
terima kasih kerana membaca.
p/s : bersama ini aku sertakan gambar niece Ros tu. Ros sendiri yang bagi izin untuk aku post gambar ni.

wajah nurazarina |
cinta tak kesampaian
Aloha.
okay sebelum aku proceed coretan aku dan sebelum awok-awok sekalian proceed mengutuk aku dalam hati tentang tajuk entry ini, izinkan aku mengaku dahulu.
YA, TAJUK ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR GEDIK!!!
Chopp!! tapi tak da la gedik melampau. aku akan cuba menjaga tahap kegedikan ini agar berada pada tahap under control.
Dulu, ramai orang tanya aku :
" Wei hang berkawan ngn sapa sekarang?"
" Mana ada ngan sapa-sapa "
" Tipu la. Ka baru clash?"
" Mana ada. Aku memang solo sejak azali "
"Nak aku kenenkan ngan sapa-sapa ka?"
"....."
Macam tu la lebih kurang dialog nya. Ramai yang tak percaya. Bajet aku hot stuff la kot walhal sebenarnya aku ni undergrond ja. Memang betul aku tak pernah ada special relationship dengan sapa-sapa sepanjang 22 tahun aku hidup dibumi ini. Tapi ini tak bermaksud aku tak pernah berkenan kat mana-mana lelaki.
OH NOT TO FORGET, I'M NOT LESBIAN, OKAY.
Normal la tu minat kat sapa-sapa kan? manusia kan ada perasaan. And most important, its not a crime for being in love with someone, cuma salahnya kalau kita tak menjaga adab dan syariat yang telah ditetapkan. Yes, aku pernah MINAT kat someone. Actually, not exactly someone la tapi lebih dari seorang.
Dan entry ini adalah untuk bercerita mengenai "beliau"
Ini bukanlah orang pertama yang aku suka, tapi aku nak jugak cerita. Kalau nak story pasal orang pertama yang aku suka tu, aku rasa biarlah menjadi rahsia dan kenangan zaman persekolahan dulu. Luka yang lama jangan ditoreh kembali ( gila punya ayat )
okay, ceritanya bermula begini :
Dulu masa semester satu waktu aku mula-mula masuk universiti, rasanya lepas minggu orientasi, kawan aku, si Sakirah ajak aku derma darah.Gila kentang minah tu ajak aku walhal aku ni nampak darah pon terketar lutut apatah lagi nak menderma. Tapi pasal nak pengalaman punya pasal aku pon beranikan diri. Sementara nak tunggu turn menderma ni, kami pon bersembang.sebab nak bagi hilang nervous. nak dijadikan cerita, jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan. Kebetulan depan kami ni ada mamat tengah menjalankan proses menderma darah. Memandangkan si Kirah ni spesis suka mengusik orang, dia pon usikla mamat tu sebab muka mamat ni nampak macam takut. Aku pon tumpang sekaki la bahan mamat tu. Yang sweetnya, dia senyum ja..Tak la nak maki tak tentu pasal. So dari situlah rasa itu berputik ( mohon jangan muntah dulu ).
Pertemuan kali pertama berakhir begitu. tanpa mengetahui nama, asal, kolej dan kos beliau. Yang aku perasan dia dua tahun tua dari aku sebab masa dia isi borang aku ternampak tahun lahir beliau.Aku bajet memang aku tak jumpa dah la beliau ni. Rupa-rupanya jodoh itu masih lagi ada. Selang beberapa bulan aku terserempak jugak dengan beliau.Tapi setakat terserempak ja la.
Ya, otak aku masih lagi dapat menyimpan muka beliau tapi tak dapat nak simpan apa-apa formula pasal pelajaran dalam jangka masa yang agak lama.
Sebab aku tak taw nama beliau, aku gelarkan dia dengan nama "SECRET ADMIRER (SA)" untuk memudahkan aku cerita apa-apa kat kawan aku. Secret admirer bukan sebab dia minat kat aku, dia bukan kenal pon aku.Aku rasa dia pon tak taw kewujudan aku kat sini.
Dipendekkan cerita lagi, sampai lah semester ni aku tak langsung taw pasal uasal usul SA ni.Cuma rajin terserempak ja time nak makan kat kafe, nak naik bas kadang-kadang. Sampai la pada suatu hari aku dapat info facebook dia.
BUKAN AKU YANG CARI !!!!
okay, part ni aku kena bersyukur dan berterima kasih kat housemate aku, si Paein ngn si Wanie sebab menjadi stalker yang terhebat. Masa mereka-mereka ni tengah stalk facebook someone, wanie dengan tak semena-menanya jerit panggil aku macam orang kena sampuk. Oh lupa, si Wanie ni memang over excited dalam semua hal. Even kalau kami terserempak dengan SA, dia yang over lebih dari aku. Dasyat kan?? hehe
Then baru la aku taw nama SA, dia amek kos apa, sem berapa, orang mana. Orang pantai timur babe..Time tu wani ngn paein beria la suruh aku add SA. Memandangkan aku ni memang penakut, gila serba salah la nak add. Takut dia perasan padalah dia bukan kenal aku pon.Aku ja gedik terlebih.Tapi at last aku add juga.
okay, berbalik kepada tajuk entry aku, " Cinta Tak Kesampaian"
Baru-baru ni ja aku dah isytiharkan yang aku tak nak minat dah kat SA. Alasannya, SA tu bukannya kenal aku pon apatah lagi nak minat kat aku. Letih dah uolls nak syok sendiri ni..haha. Secondly, aku syak SA ni dah ada awek..Gila la cute macam tu single lagi. And lagi satu SA ni perokok. Bukannya aku nak highlight yang aku ni benci perokok, cumanya kalau boleh aku tak maw la orang yang merokok. Jangka hayat hidup tak lama kot. Aku dapat taw dia merokok pon sebab wanie yang bagitaw.
WANIE lagi.haha
Kisahnya macam ni, ada sekali tu aku dengan wani keluar makan kat luar. Then tengah-tengah sedap melantak tu aku terperasan seseorang yang sangat familiar. Huh, terus tak lalu makan + terketar babe.Jodoh pertemuan yang tak disangka. Nak cerita aku punya ketar tu sampai aku cakap melalut dengan wanie. Yang minah ni pulak boleh dok gelak macam dekat restoran tu tak da orang lain ja. SA dengan kawan dia tu dok makan betul-betul tepi kami ja.Kiranya mengadap belakang aku la. Wanie ja yang nampak dia.So dari situ la aku dapat taw yang SA tu perokok.
And that's the end of "our" story.
" MENYUKAI TAK SEHARUSNYA MEMILIKI"
p/s : sepatutnya mencintai. Aku saja tukar sebab aku tak la sampai tahap cinta lagi kat SA tu.
haha and most important aku belum lagi selayaknya fikir bab-bab cintan cintun ni selagi aku belum perbaiki diri.Bak kata Hilal Asyraf,
Jangan mudah sangat jatuh cinta,
mahalkanlah diri itu.
Hati dan jiwa itu perkukuhkan,
bukan mudah-mudah hendak diberikan.
Nanti jadi tak keruan,
sedang Muslim Mukmin itu orang yang punya pegangan dan wawasan.
Lagi satu, bagi aku bila dah meniti usia dewasa ni, bukanlah lagi sesuai nak main-main bab cinta. Kita dah besar weh. Sepatutnya bila rasa masing-masing dah fall in love towards each other, lekas-lekas la cari inisiatif nak ikat hubungan tu untuk menjadi halal. Bila jauh dengan mak bapak ni macam-macam boleh jadi kalau iman tak kuat. Kalau yang dah bertunang pon boleh jadi hal, tambah la yang tak ada apa-apa ikatan langsung ni. Mungkin ramai yang akan kata "apala hang ni jumud sangat pemikiran.Jangan la doa yang bukan-bukan". Ya, aku tak doa, cuma kadang-kadang kena fikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Serius aku cakap, bila aku simpan perasaan kat SA ni pon aku rasa dah berdosa sangat.Rasa macam jahat dah aku.
Walaupun aku tak pernah bercouple, aku banyak melihat sekeliling aku. Kawan-kawan aku pon ramai yang dah in a relationship, ada yang dah bertunang, tak kurang juga ada yang dah berkahwin pon. So aku ambil iktibar dari mereka-mereka ni la. Yang baik aku jadikan contoh, yang buruk tu aku kutuk dalam hati ( yang kutuk dalam hati tu jangan ikut). And aku selalu doa aku tak jadi macam mereka-mereka yang melakukan contoh-contoh negatif ni.
Bagi mereka yang terasa dengan apa yang aku tulis ni, aku mintak maaf. Sekiranya anda SA, maaf sebab suka kamu dalam diam selama ni.Sekarang tak dah.
Akhir kata, aku ni manusia biasa yang tak lepas dari berbuat dosa.Sedang mencari dan memperbaiki kelemahan diri. tegur dan bimbing la aku kalau terkurang sana sini.
terima kasih kerana membaca.
HAPPY 9TH ANNIVERSARY
p/s : entri ini bukan untuk mencapap (cari publisiti). just nak menzahirkan rasa yang terpendam dilubuk sanubari
Aloha.
Hari ini, tarikh ini, 7 Januari 2013 merupakan satu momen bersejarah yang digembar-gemburkan oleh ex- schoolmate aku dalam facebook. Memang ramai orang post dalam group yang ucap " Happy Anniversary". Cuma aku ja bangsa yang tolol sebab langsung tak alert. Senang cerita, aku tak amek port langsung.
CHOPPP!!
Jangan salah faham.Bukan aku xpernah ambil tau, just aku tak pernah menzahirkannya atas beberapa faktor yang aku rasa pada masa tu aku patut ignore benda-benda macam ni. What a childish thinking kan??
Okay, berbalik kepada tajuk entry aku, " HAPPY 9TH ANNIVERSARY". At first,bila aku post status ni kat facebook,roomate aku cakap aku punya post ni mengundang kontroversi dalam kalangan kawan-kawan aku.Post aku kat facebook berbunyi begini :
Bila baca balik baru aku perasan yang status aku ni macam nak ucapkan happy anniversary pasal nak celebrate couple anniersary. APAKAH???
actually, the 9th anniversary merujuk kepada ..
So, dah boleh agak anniversary apa? kalau tak boleh aku taktaw la otak tu loading cap apa. Dan sebenar-benarnya, hari ni genap sembilan tahun perkenalan aku dan rakan-rakan sekolah aku. Kiranya bermula 7 Januari 2004, dari hari pertama pendaftaran tingkatan 1 sampailah sekarang, masing-masing dah berumur 22 tahun. Gila lama beb. Dari yang dulunya pakat-pakat berhingus. Main kawan tak kawan.Berperang sesama laki pompuan sampai sekarang dah boleh kawin dah, Terjebak dala puppy love, bawak henset curi-curi. Gila tak matang la.Sampai sekarang ni masing-masing dah bawak diri masing-masing.Ada kerjaya sendiri, hala tuju sendiri. Doctors to-be, Engineer to-be, as well as teachers to-be. Sampai ada yang sekarang ni bercouple sesama batch.
Nostalgic kan? Actually banyak benda yang aku nak list down pasal kenangan aku kat sana dulu. Cumanya tak tertulis sebab banyak sangat. Biarla menjadi kenangan dalam hati ja. So dikesempatan ini, aku nak dedikasikan kepada kawan-kawan aku seperjuangan masa sekolah dulu, yang mungkin terbaca blog aku yang tak famous ni.
* Happy 9th anniversary hampa-hampa sekalian.
* Mintak maap banyak-banyak sebab selama ini aku menghilangkan diri dari radar hampa.
* Aku doakan hampa semua berjaya tak kira apapon bidang yang hampa ceburi
* Kalau jumpa aku ditengah mahupun ditepi jalan, tegur-tegurlah sebab aku ni spesis pemalu sikit.
* Kalau rasa nak ajak lepak tu, calling-calling la..tak pon offerla nak belanja aku makan ka minum ka sebabnya aku ni pon spesis yang selalu pokai ja memanjang.
* Follow la blog aku ni walaupun entri mengarut dan blog aku tak la sefamous orang lain
* Aku sayang hampa semua ( yang ni mohon jangan termuntah)
Akhir kalam, aku sertakan post2 mereka-mereka yang pada aku sangat setiakawan dan semangat dalam menghidupkan semangat batch ni.
Aloha.
Hari ini, tarikh ini, 7 Januari 2013 merupakan satu momen bersejarah yang digembar-gemburkan oleh ex- schoolmate aku dalam facebook. Memang ramai orang post dalam group yang ucap " Happy Anniversary". Cuma aku ja bangsa yang tolol sebab langsung tak alert. Senang cerita, aku tak amek port langsung.
CHOPPP!!
Jangan salah faham.Bukan aku xpernah ambil tau, just aku tak pernah menzahirkannya atas beberapa faktor yang aku rasa pada masa tu aku patut ignore benda-benda macam ni. What a childish thinking kan??
Okay, berbalik kepada tajuk entry aku, " HAPPY 9TH ANNIVERSARY". At first,bila aku post status ni kat facebook,roomate aku cakap aku punya post ni mengundang kontroversi dalam kalangan kawan-kawan aku.Post aku kat facebook berbunyi begini :
Bila baca balik baru aku perasan yang status aku ni macam nak ucapkan happy anniversary pasal nak celebrate couple anniersary. APAKAH???
actually, the 9th anniversary merujuk kepada ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni bukan lambang kelab yakuza. ini lambang lencana sekolah aku |
Walaupun ada ja kawan-kawan aku yang cakap aku ni memencilkan diri lepas SPM, aku ambik taw jugak pasal mereka-mereka ini. Cumanya, aku hanya mengintai dari kejauhan. Gila la kalau aku tak ingat apatah lagi menghargai apa yang berlaku dalam masa lima tahun tu, padahal zaman-zaman tu la yang banya mengajar , mendewasakan aku dan membentuk aku menjadi seorang SYAHIRAH BINTI SAMSUDDIN pada masa ini.Banyak sweet and sour moment yang masih lagi melekat kat kepala hotak aku, walaupung banyak bukti-buktinya dah dihapuskan gara-gara komputer rumah aku buat hal. So, semua gambar2 zaman dolu-dolu tu hilang dan tak dapat diselamatkan. Jadi, berkat mengusha dan mengcopy gambar2 dari mereka-mereka yang tertentu,
gambar ni tahun 2004, lepas open house rumah pengetua.Time ni semua pakat kurus lagi. Sekarang ni tataw la cutting camna |
Gambar ni masa form 5.kelas 5T2..Muka masing-masing tak matang |
Ni masa hari sukan sekolah. Aku malas nak komen lebih lanjut. |
Ni masa Form 1. Tak yah susah-susah cari aku yang mana satu sebab gambar aku takdak dalam ni. Bukan kelas aku |
* Happy 9th anniversary hampa-hampa sekalian.
* Mintak maap banyak-banyak sebab selama ini aku menghilangkan diri dari radar hampa.
* Aku doakan hampa semua berjaya tak kira apapon bidang yang hampa ceburi
* Kalau jumpa aku ditengah mahupun ditepi jalan, tegur-tegurlah sebab aku ni spesis pemalu sikit.
* Kalau rasa nak ajak lepak tu, calling-calling la..tak pon offerla nak belanja aku makan ka minum ka sebabnya aku ni pon spesis yang selalu pokai ja memanjang.
* Follow la blog aku ni walaupun entri mengarut dan blog aku tak la sefamous orang lain
* Aku sayang hampa semua ( yang ni mohon jangan termuntah)
Akhir kalam, aku sertakan post2 mereka-mereka yang pada aku sangat setiakawan dan semangat dalam menghidupkan semangat batch ni.
happy anniversary kawan2 !
mohon sapa ada gambaq2 time skola mohon upload...
by Zarul Hafiz
Aslm. 7/1 genap 9 tahun batch 0408. Ni.aku tahu dri faiz rodzi lah. Sbb aku masuk matjiwa 8/2 tpi x kisah lah kan. Jadi nak cakap sbnrnya waaaahhhhhh dah 9 years kenal. Dah mcm2 jadi manis pahit tawar masam masin smua kenangan indah. Minta maaf salah silap dan semoga ukhuwah yg terjalin kekal hingga ke syurga dan diredhai tuhan.
Miss you all. Like cinca!
Miss you all. Like cinca!
by Siti Maryam Dicky
AJL?? Lantaklah kat AJL.. malam ini ,7 Januari 2013, aku ingin mengucapkan Happy Friendship Anniversary buat Tahun ke-9 khas untuk rakan batch0408 dan SPM'08 of SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 7 januari 2004-7 Januari 2013 and still counting. Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal erat, mesra seperti dulu. Kenangan yang tidak akan aku lupakan bersama rakan2 tersayang.
~The Best Ever Moment in Kedah Science School~
~"Aku Budak Sains Kedah"~
BERILMU DAN BERBUDI
~The Best Ever Moment in Kedah Science School~
~"Aku Budak Sains Kedah"~
BERILMU DAN BERBUDI
by Hafizudin Saad
Semoga mereka-mereka senantiasa berada dibawah rahmat yang Maha Esa.. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)