Jan 7, 2013

cinta tak kesampaian

Aloha.
okay sebelum aku proceed coretan aku dan sebelum awok-awok sekalian proceed mengutuk aku dalam hati tentang tajuk entry ini, izinkan aku mengaku dahulu. 

YA, TAJUK ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR GEDIK!!!

Chopp!! tapi tak da la gedik melampau. aku akan cuba menjaga tahap kegedikan ini agar berada pada tahap under control.

Dulu, ramai orang tanya aku :

" Wei hang berkawan ngn sapa sekarang?"
" Mana ada ngan sapa-sapa "
" Tipu la. Ka baru clash?"
" Mana ada. Aku memang solo sejak azali "
"Nak aku kenenkan ngan sapa-sapa ka?" 
"....."
Macam tu la lebih kurang dialog nya. Ramai yang tak percaya. Bajet aku hot stuff la kot walhal sebenarnya aku ni undergrond ja. Memang betul aku tak pernah ada special relationship dengan sapa-sapa sepanjang 22 tahun aku hidup dibumi ini. Tapi ini tak bermaksud aku tak pernah berkenan kat mana-mana lelaki.

OH NOT TO FORGET, I'M NOT LESBIAN, OKAY.

Normal la tu minat kat sapa-sapa kan? manusia kan ada perasaan. And most important, its not a crime for being in love with someone, cuma salahnya kalau kita tak menjaga adab dan syariat yang telah ditetapkan. Yes, aku pernah MINAT kat someone. Actually, not  exactly someone la tapi lebih dari seorang.

Dan entry ini adalah untuk bercerita mengenai "beliau"

Ini bukanlah orang pertama yang aku suka, tapi aku nak jugak cerita. Kalau nak story pasal orang pertama yang aku suka tu, aku rasa biarlah menjadi rahsia dan kenangan zaman persekolahan dulu. Luka yang lama jangan ditoreh kembali ( gila punya ayat )

okay, ceritanya bermula begini :

Dulu masa semester satu waktu aku mula-mula masuk universiti, rasanya lepas minggu orientasi, kawan aku, si Sakirah ajak aku derma darah.Gila kentang minah tu ajak aku walhal aku ni nampak darah pon terketar lutut apatah lagi nak menderma. Tapi pasal nak pengalaman punya pasal aku pon beranikan diri. Sementara nak tunggu turn menderma ni, kami pon bersembang.sebab nak bagi hilang nervous. nak dijadikan cerita, jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan. Kebetulan depan kami ni ada mamat tengah menjalankan proses menderma darah. Memandangkan si Kirah ni spesis suka mengusik orang, dia pon usikla mamat tu sebab muka mamat ni nampak macam takut. Aku pon tumpang sekaki la bahan mamat tu. Yang sweetnya, dia senyum ja..Tak la nak maki tak tentu pasal. So dari situlah rasa itu berputik ( mohon jangan muntah dulu ).

Pertemuan kali pertama berakhir begitu. tanpa mengetahui nama, asal, kolej dan kos beliau. Yang aku perasan dia dua tahun tua dari aku sebab masa dia isi borang aku ternampak tahun lahir beliau.Aku bajet memang aku tak jumpa dah la beliau ni. Rupa-rupanya jodoh itu masih lagi ada. Selang beberapa bulan aku terserempak jugak dengan beliau.Tapi setakat terserempak ja la.

 Ya, otak aku masih lagi dapat menyimpan muka beliau tapi tak dapat nak simpan apa-apa formula pasal pelajaran dalam jangka masa yang agak lama.

Sebab aku tak taw nama beliau, aku gelarkan dia dengan nama "SECRET  ADMIRER (SA)" untuk memudahkan aku cerita apa-apa kat kawan aku. Secret admirer bukan sebab dia minat kat aku, dia bukan kenal pon aku.Aku rasa dia pon tak taw kewujudan aku kat sini.

Dipendekkan cerita lagi, sampai lah semester ni aku tak langsung taw pasal uasal usul SA ni.Cuma rajin terserempak ja time nak makan kat kafe, nak naik bas kadang-kadang. Sampai la pada suatu hari aku dapat info facebook dia.

BUKAN AKU YANG CARI !!!!

okay, part ni aku kena bersyukur dan berterima kasih kat housemate aku, si Paein ngn si Wanie sebab menjadi stalker yang terhebat. Masa mereka-mereka ni tengah stalk facebook someone, wanie dengan tak semena-menanya jerit panggil aku macam orang kena sampuk. Oh lupa, si Wanie ni memang over excited dalam semua hal. Even kalau kami terserempak dengan SA, dia yang over lebih dari aku. Dasyat kan?? hehe 

Then baru la aku taw nama SA, dia amek kos apa, sem berapa, orang mana. Orang pantai timur babe..Time tu wani ngn paein beria la suruh aku add SA. Memandangkan aku ni memang penakut, gila serba salah la nak add. Takut dia perasan padalah dia bukan kenal aku pon.Aku ja gedik terlebih.Tapi at last aku add juga.

okay, berbalik kepada tajuk entry aku, " Cinta Tak Kesampaian"

Baru-baru ni ja aku dah isytiharkan yang aku tak nak minat dah kat SA. Alasannya, SA tu bukannya kenal aku pon apatah lagi nak minat kat aku. Letih dah uolls nak syok sendiri ni..haha. Secondly, aku syak SA ni dah ada awek..Gila la cute macam tu single lagi. And lagi satu SA ni perokok. Bukannya aku nak highlight yang aku ni benci perokok, cumanya kalau boleh aku tak maw la orang yang merokok. Jangka hayat hidup tak lama kot. Aku dapat taw dia merokok pon sebab wanie yang bagitaw. 

WANIE lagi.haha 

Kisahnya macam ni, ada sekali tu aku dengan wani keluar makan kat luar. Then tengah-tengah sedap melantak tu aku terperasan seseorang yang sangat familiar. Huh, terus tak lalu makan + terketar babe.Jodoh pertemuan yang tak disangka. Nak cerita aku punya ketar tu sampai aku cakap melalut dengan wanie. Yang minah ni pulak boleh dok gelak macam dekat restoran tu tak da orang lain ja. SA dengan kawan dia tu dok makan betul-betul tepi kami ja.Kiranya mengadap belakang aku la. Wanie ja yang nampak dia.So dari situ la aku dapat taw yang SA tu perokok. 

And that's the end of "our" story.

" MENYUKAI TAK SEHARUSNYA MEMILIKI"

p/s : sepatutnya mencintai. Aku saja tukar sebab aku tak la sampai tahap cinta lagi kat SA tu.

haha and most important aku belum lagi selayaknya fikir bab-bab cintan cintun ni selagi aku belum perbaiki diri.Bak kata Hilal Asyraf,


Jangan mudah sangat jatuh cinta,
mahalkanlah diri itu.

Hati dan jiwa itu perkukuhkan,
bukan mudah-mudah hendak diberikan.

Nanti jadi tak keruan,
sedang Muslim Mukmin itu orang yang punya pegangan dan wawasan.


Lagi satu, bagi aku bila dah meniti usia dewasa ni, bukanlah lagi sesuai nak main-main bab cinta. Kita dah besar weh. Sepatutnya bila rasa masing-masing dah fall in love towards each other, lekas-lekas la cari inisiatif nak ikat hubungan tu untuk menjadi halal. Bila jauh dengan mak bapak ni macam-macam boleh jadi kalau iman tak kuat. Kalau yang dah bertunang pon boleh jadi hal, tambah la yang tak ada apa-apa ikatan langsung ni. Mungkin ramai yang akan kata "apala hang ni jumud sangat pemikiran.Jangan la doa yang bukan-bukan". Ya, aku tak doa, cuma kadang-kadang kena fikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Serius aku cakap, bila aku simpan perasaan kat SA ni pon aku rasa dah berdosa sangat.Rasa macam jahat dah aku. 
Walaupun aku tak pernah bercouple, aku banyak melihat sekeliling aku. Kawan-kawan aku pon ramai yang dah in a relationship, ada yang dah bertunang, tak kurang juga ada yang dah berkahwin pon. So aku ambil iktibar dari mereka-mereka ni la. Yang baik aku jadikan contoh, yang buruk tu aku kutuk dalam hati ( yang kutuk dalam hati tu jangan ikut). And aku selalu doa aku tak jadi macam mereka-mereka yang melakukan contoh-contoh negatif ni.

Bagi mereka yang terasa dengan apa yang aku tulis ni, aku mintak maaf. Sekiranya anda SA, maaf sebab suka kamu dalam diam selama ni.Sekarang tak dah.

Akhir kata, aku ni manusia biasa yang tak lepas dari berbuat dosa.Sedang mencari dan memperbaiki kelemahan diri. tegur dan bimbing la aku kalau terkurang sana sini.

terima kasih kerana membaca.

4 comments:

  1. ok..good job...teruskan perkara yang baik k..IN SYA ALLAH...akn mendapat ape yang dimiliki k..:)

    ReplyDelete
  2. ye pakcik afif...study2..hehe thanx sudi gak ko bace

    ReplyDelete
  3. ehem ehem ... cerita kalah mami jarum baq hang .. haha .. :)

    ReplyDelete
  4. hehe..haruslah...bukan selalu nak jiwang

    ReplyDelete