Mar 16, 2014

sepi seorang tua

Di penghujung senja itu
Kulihat
Pohon rendang itu masih lagi tumbuh berdiri
Tegak memayungi panas mentari
Ditemani  daun-daun yang saban waktu keguguran

Dan dia
Masih lagi setia menanti di samping pohon itu
Masih tegar menyuburi
Masih setia membajai agar pucuk muda mekar kehijauan

Dengan harapan
dedaunan itu akan menjadi penemannya kala melayari waktu senja
dengan harapan
daun hijau itu akan diseri kuntuman mekar bunga
yang mampu menyambutnya tika pagi menjelma

Seringkali dia melihat
Dedaun kekuningan dibawa pergi sang bayu
Yang tinggal hanyalah kembang bunga
Yang mungkin menunggu gilirannya kunjung tiba

Terdetak di hati tua itu
Masihkah ada lagi daun dan bunga
Yang mampu mampu memberi senyuman
Mengubati waktu suramnya
Menjadi penyembuh kala rindunya.


SYAHIRAHSAMSUDDIN

Mar 14, 2014

MH370

Dah nak masuk seminggu orang dok cerita pasal kes MH370 tu. Sampai ke hari ni masih tak ada berita lagi. Dan yang paling pening, semakin hari semakin banyak orang buat spekulasi sendiri.

Ada yang kata hilang kat dunia lain, ada yang kata kena hijacked dengan US. ada yang kaitkan dengan kes DAI. Macam-macam. Dan yang terkini yang aku tau, pasal bomoh tu. Astagfirullah. Aku tak taw lah apa motif sebenar buat benda macam tu. Mungkin ada sesetengah orang kata ikhtiar dengan macam-macam cara. Tapi bila aku tengok video bomoh tu macam tak masuk dek akal pon ada. Alla, dunia akhir zaman. Macam-macam boleh jadi.

Tak kurang jugak, masuk kelas minggu ni, boleh dikatakan semua lecturer akan cakap pasal MH370 ni. Dan bila dok bincang tu, memang tak sah la kalau encik lecturer tak suruh buat puisi about that incident. Oh, pity me. sebab aku tak mahir dan tak berminat sangat pasal puisi-puisi ni. But i've to try. Sebab kena hantar.

Apapon, pasal tragedi MH370 ni, just keep on praying that everything is gonna be fine.Put our believe and faith in Allah for He planned the best for us. Moga-moga, akan dijumpai, walau hidup dan mati. Aku cuba bayangkan kalaulah ada orang-orang yang aku sayang dalam  tu. Mesti tak senang duduk. Moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

And for those who make stupids parody, please stop that. Macam tak menghormati orang lain. kalau ya pon nak tunjukkan kebodohan bomoh tu, tak perlulah sampai nak ikut jadi bodoh. Aku dah muak asyik tengok orang dok post video parody tu.

oh ya, ni puisi yang berjaya aku hasilkan dalam kelas hari tu, bila lecturer aku minta kami bayangkan ada orang tersayang dalam MH307 tu. I'm not a poetic person, and i know that.


Kehilangan
Masih ku ingat pesanmu pada waktu itu
sebelum kau berangkat menunaikan tanggungjawabmu
meninggalkan aku keseorangan di bumi sendiri
tanpa punya sesiapa lagi di sini
menanti saban hari
menghitung detik untuk kau kembali

namun belum sempat kau jejakkan kaki di bumi  itu
telah kuterima berita sedih tentang kehilanganmu
ibarat halilintar yang menghempap tubuh
membawa pergi jasadku jauh

hingga kini
aku masih menanti
kau, satu – satunya darah dagingku
tak dapat ku bayangkan keadaan jasadmu
tak mampu ku bayangkan di mana keberadaanmu

hilangmu bagaikan suatu mimpi
yang terjadi dalam  sekelip mata
yang tak tercapai dek akal minda

sunguhpun mereka berkata
dikau tak akan selamat tiba
namun aku tetap memberi  sepenuh percaya
terhadap janji yang pernah kau kata

doaku saban waktu
moga kau dan yang lain akan selamat  ditemu
moga akan ada sinar untuk  kita
untuk terus hidup di bumi milik-Nya.


Tanjong  Malim, 2014




Mar 10, 2014

Careless

Terasa macam nak marah diri sendiri sebab careless tak ingat dunia. Otak ni tak tau kenapa lembab sangat sampai tak boleh nak ingat benda-benda penting.

Dulu aku pernah kena marah dengan lecturer sebab tak bawak nota masa kelas. Ni semua gara-gara masalah pelupa aku. Malu tu tak payah nak cerita la. dah la kelas semua senior. Benda tak penting boleh ja nak ingat. Benda macam ni memang lupa ja sepanjang masa.

Macam hari ni, hidup agak haru biru. Tadi lecturer KPD post kat facebook suruh submit rakaman mikroteaching masa kelas esok. Aku bukan setakat dah burn, rakaman microteaching aku pon tak ada kat tangan aku. Jadahan apakah ini? rasa macam nak ketuk ja kepala aku ni. Dah la borang mikro tak lengkap lagi. CD tak beli. Video tak edit. Video pon tak ada kat diri sendiri. Pastu buat mikro pon macam hampeh. Macam mana aku nak hantar ESOK???

Dah la kelas esok kat dua kampus lain-lain. Tang celah mana aku nak burn? tang daerah mana pulak aku nak edit? masalah..masalah. tu sendiri punya masalah aku buat.

kelas analisis wacana satu hal, KPD satu hal. esok bersedia ja la dengan kemungkinan kena marah lagi. Dah la pendrive hilang. Padahal benda alah tu la yang selama ni jadi harapan terakhir aku nak simpan apa-apa file. 

STRESS

Mar 5, 2014

what a day

Rabu, 01:27 am.

Terasa hari ni berlalu dengan pantasnya walaupun tadi dalam kelas FYP rasa macam masa tak bergerak langsung.

Hari ni hari yang agak memenatkan. 

Kelas aku hari ni start pukul 2, sampailah pukul 7 malam. Non-stop

Kelas pukul 2 tu kelas minor. Keterampilan penulis. 3 jam. Kelas yang aku dah rasa ada ura-ura aku bakal ponteng untuk masa akan datang. Sebabnya, aku tak berapa suka sangat sastera-sastera ni. Tambah pulak bab-bab nak hasil puisi lah, cerpen lah. Memang aku surrender.

Tapi kelas hari ni agak fun dan mendebarkan. 3 jam tu alhamdulillah aku tak mengantuk. Sebabnya nervous dengan lecturer yang dok cari mangsa suruh baca puisi kat depan. oh ya. aku dah pandai sikit-sikit dah nak create my own puisi.

Sebabnya kat kelas tadi En. Ghaz ni train suruh cipta puisi on the spot. Time dok tengah cari idea tu dia pasang instrumental music. ok la not bad. At least aku boleh jugak cipta puisi walau aku tak la guna ayat puitis habis-habisan macam orang lain. Dan alhamdulillah la aku tak dipanggil baca puisi kat depan.

Dan kelas FYP, aku malas nak cerita. And malam tadi bincang pasal preparation nak buat mikropengajaran. Nampak simple tapi sebenarnya complicated. Baru taw betapa susahnya nak mengajar. Baru taw betapa susahnya nak jadi cikgu. Harap-harap esok semuanya menjadi.

Mar 4, 2014

Uncle dan sampah

Selasa, 01:13 am.

Kat ruang tamu tu masih lagi meriah dengan gossip-gossip semasa. Wilayah Kelantan punya spot. Dan aku, walaupun dah mengantuk tapi masih belum terasa nak tidur. Sebab banyak sangat benda nak kena settle, banyak lagi benda nak kena fikir buat fikiran aku makin kusut lately ni. 

Dan aku ada banyak benda nak cerita.

Tengah hari tadi, masa aku duduk termenung feeling sorang-sorang sambil tunggu bas nak gerak, aku ternampak ada sorang pak cik India ni. Kurus. Dia berdua dengan anak dia. Anak dia aku rasa muda lagi. Sebab kalau tengok dari kematangan muka, aku agak dia ni dalam kategori lower form kot. Time tu pakcik ni dengan anak dia tengah kutip sampah dari tong-tong sampah yang dah penuh sekitar foyer tempat tunggu bas.

 Serta- merta aku teringat kat ayah dekat kampung.

No, bukan pasal muka ayah aku serupa dengan pak cik India tu. TOTALLY NOT.
Sebabnya aku sedih dan kesian tengok uncle tu. Uncle tu dah la tua, kurus melidi pulak tu. Tapi uncle tu still lagi mampu buat kerja berat macam tu. Bayangkanlah, masa tu tengah hari rembang.  Panas.Sampah memang banyak dan bertaburan kat tepi tong sampah. Baunya tak payah nak cerita la. Memang busuk lah. Sampah tu mungkin daripada open day KAB malam sebelum tu yang memang tak dilupuskan lagi. Apa yang buatkan aku rasa sebak bila uncle tu dengan anak dia macam dah terbiasa dengan situasi macam tu. At first, Uncle tu macam tak berapa nak boleh imbang tong sampah tu, sampai dia terpeluk tong sampah tu semata-mata nak pindahkan sampah masuk dalam plastik. Bayangkan dengan air sampah yang dok menitik kat baju uncle tu. Dia sikit pon ta heran. Cool ja. Anak dia pon sama. Sanggup tahan panas semata-mata untuk dapatkan duit. Nak makan, nak guna untuk keluarga.

Ya Allah, nak menitis air mata aku tengok. Aku tengah bayangkan kalaulah ayah aku yang buat macam tu. Bukanlah aku nak rendahkan kerja kutip sampah, cumanya kalau orang  sebaya uncle tu dah patut duduk rumah, berehat. Cuaca kan sekarang panas tahap giga. Umur macam dia tu kan senang jatuh sakit. Aku bayangkan kalau uncle tu ayah aku, dan dia sakit. Tak sanggup aku nak tengok. Walaupun aku tak kenal uncle tu dan uncle tu pon tak kenal aku, aku harap uncle tu akan sihat dan akan terus kuat untuk buat kerja dia. Bukan senang nak cari duit. Nak bagi makan kat keluarga. Tak macam sesetengah orang yang senang mengalah dan cari jalan yang mudah dengan minta sedekah tepi jalan, walaupun masih berkemampuan. Dan uncle tu sanggup kerja kutip sampah, yang aku kira kalau aku lalu tepi tong sampah tu, aku akan lari sebab tak tahan bau busuk.Ya, dan mulai saat tadi, aku respek gila kat uncle dan anaknya itu.  
Dan mulai saat tadi jugak, aku macam ingatkan diri aku agar tak buang sampah merata-rata lagi. 

Kesian kat uncle tu nanti nak kena kutip.

Feb 26, 2014

semester baru

pukul 1.54 pagi.
mata masih lagi segar walaupun tadi rasa macam nak pitam sebab penat .

Dah masuk minggu kedua kuliah, baru tercapai hajat nak buat entry.
Sungguh, terasa banyak benda yang nak express, tapi macam tak terluah.

Tahun ketiga.
Makin mencabar. makin penat. Makin sibuk. makin tensi.
Allah.

Ramai orang cakap, makin naik semester, makin tak banyak kelas. Makin free.
Bab makin tak banyak kelas, aku setuju. Sebabnya semester ni aku cuti empat hari.
Kalau bab makin free, dalam masa dua minggu ni memang agak free la sebab tak fikir esaimen lagi.

Tapi for sure, start minggu depan, cuti yang empat hari tu tak kan rasa macam cuti dah.
Macam-macam kena fikir. Assignment, Microteaching, macroteaching, FYP, urusan praktikum and so on.
Tu baru masuk bab belajar, masalah hati tak termasuk lagi.
Pening-pening.

Semester lepas, alhamdulillah pointer naik lagi. Result memang unexpected walaupun tak adalah nak tinggi macam best student. Tapi at least membanggakan la bagi orang yang malas macam aku. Harapnya sem ni dapat naikkan or maintain lagi. Aku nak grad dengan flying colours kot. 

Harapan aku juga, segala urusan praktikum akan berjalan lancar. Sebelum ni memang aku dok risau masal masalah yang satu ni. Nak praktikum kat mana? Nak cari rumah sewa kat mana? jauh tak dari sekolah? student ok tak? boleh ke tak aku ni nak ngajar anak orang? 

Yeah, these questions keep bombarding in my head. 

ramai yang tak yakin aku boleh mengajar students dengan baik. Yelah, sebabnya aku ni tak cukup ketinggian. Dan, berkemungkinan besar student aku akan lagi tinggi daripada aku.Tapi bab ni aku tak risau sangat. Aku lebih risau bab nak cari rumah sewa and macam mana aku nak pergi sekolah. Sebabnya masalah terbesar aku ialah aku tak ada kenderaan. Moga-moga nanti aku dapat rumah yang dekat dengan sekolah tempat aku mengajar. Lagi cun kalau dapat duduk asrama. Doa-doakanlah.

Oh,ya. pagi semalam bilik aku kena pecah masuk. Ya Allah, memang terkejut plus terketar. Memang la selama ni dok dengar kes rumah orang kena pecah masuk. Tapi tak sangka pulak sampai terkena dekat bilik sendiri. Memang tak sedar langsung time tu. Si pencuri tu sempat curi duit Nun dengan Iphone Kimah ja. Kesian kat Nun. Dah la dia ada masalah bab penempatan, lepas tu tidur rumah aku, duit pulak kena curi. Kimah pon sama. Dah la dia baru ja pindah kat rumah ni. Baru seminggu, handphone dah kena curi. Iphone pulak tu. mahal kot. Aku bila dah handphone dia kena curi baru aku taw yang Kimah ni pakai Iphone sebenarnya. Fail sensitivity langsung aku bab-bab handphone ni. Aku ni dah la bangsa susah nak kenai cap handphone.Handphone roommate sendiri hilang aku tak taw jenis apa. Apapon, doakan ja pencuri tu dapat balasan setimpal. PTPT dah masuk pon gigih lagi mak curi hak orang. 

Aku doakan supaya Kimah dengan Nun akan dapat ganjaran dan rezeki lagi besar walaupun kena rompak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Who knows, kan? Yang aku hairan, si pencuri ni tak teringin pulak nak curi handphone buruk aku? Maybe sebab tak laku kot kalau jual pon. tak pon tak berbaloi nak curi pon handphone yang layak kena lempar kat anjing ni. Apapon aku bersyukur yang barang aku masih selamat daripada dicuri. Kalau lah kena curi, aku tak taw aku masih lagi boleh stabilkan emosi aku ka tak. Dah la emosi aku memang tersedia tak berapa nak stabil.

Lega dapat berblog walaupun merapu.
okay, esok kelas pukul lapan. Bersedia untuk mendoodle lagi





Jan 5, 2014

Girls Day Out KKJ

Menunggu kemunculan paper terakhir adalah satu benda yang sangat memeritkan. Ibarat rumah kat kampung tu dah nak lari pergi Paris . Tambah memeritkan lagi bila kita ambil sikit paper, tapi nak tunggu dua minggu nak habis exam.

Jadi, masa yang senggang yang ada, daripada bermalas-malasan diatas katil sambil menonton drama korea, ada baiknya kita beriadah sambil mengunyah twisties bersama member.

Mengikut plan yang tidak dirancang, hari ini team KKJ telah merempit sehingga ke Kalumpang demi memanfaatkan masa senggang kami. Oh, ya. KKJ tu buka krew-krew Jamesbond, tapi short form bagi Kita-Kita Jer. Memandangkan semester ni kami susah nak luangkan masa bersama, kesempatan ini kami ambil untuk ber-girls day out, sebelum si kakak Bella tu kahwin dalam beberapa hari sahaja lagi.

Macam biasa, let the pictures describe everything.

Medium merempit. Kereta sekadar hiasan semata-mata
The aweks-aweks
Cari pelampung dalam beg, takut lemas



Jajans


At last, ada jugak gambar ber enam
Emak dan anaknya yang baru daftar tadika
The hotsetap
So long
Ni bukan kali pertama kami hang out sekali. Tapi kali pertama berpiknik sekali. So, masing-masing rasa teruja, lebih teruk daripada budak tadika. Tapi persetankan pandangan orang, bukan orang kenal kami pon. Bila dok melepak sekali macam ni, baru sedar.. walaupun masing-masing berlainan negeri, tapi bila duduk sekali semua pakat keluar loghat utara. Sekali dengan Tina tu pon keluar ayat hang-hang. Tudia. virus utara dah tersampuk kat Tina, Bella dengan Nun.

Ini juga merupakan piknik terakhir untuk girls day out versi bachelor. Bella lepas ni dah jadi puan. Tinggal la kami berlima nak tunggu orang masuk meminang pulak. hohoho

Kepada Bella, selamat bergelar puan. In Sha Allah, kalau umur panjang dan tak ada halangan, kami sampai la Ijok nanti time hang kahwin. 

sabar

Dalam banyak-banyak benda, 'sabar' itu paling susah nak laksanakan. Dah banyak kali aku pernah kalah dengan emosi aku sendiri.

But i won't ever give up. I keep trying myself to be patient, no matter what.

sebab sabar itu indah
sebab sabar itu manis
sebab sabar itu separuh daripada iman.


Pernah ja terlintas dalam hati, bila orang buat taik kat kita, why don't we do the same? Fair and square apa? Tapi fikirkan balik, kalau kita anggap perbuatan tu bodoh, takkan kita pon ikut sama buat benda yang bodoh.kan?


Then aku sedar, memang ada manisnya dalam sabar, sebab bila kita sabar, hidup jadi tenang. Don't ever hold grudges towards people.



Thats why i keep reminding myself, 

setiap kali aku sakit hati
setiap kali rasa nak nangis
setiap kali rasa tak puas hati

Syahirah, keep calm and be patient.

Jan 2, 2014

Tahun Baru 2014

Oh, parah.
Dah pukul 4 pagi, mata aku segar bugar lagi. Siap excited nak tengok drama korea lagi. oh yes,  
adakah ini petanda bahawa aku bakal rajin pada tahun 2014? hahaha

Dekat facebook, ramai sangat yang update pasal azam tahun baru? tak kurang juga yang bagi tazkirah dan peringatan free pasal benda-benda yang tak elok nak buat or sambut pasal new year and whatsoever ni. Nak cakap lebih-lebih tak boleh, sebab aku bukanlah orang yang arif nak tentukan hukum-hukum ni.

Tapi bila dah ramai orang post azam tahun baru, aku tanya diri aku. Aku ni ada ka azam tahun baru? dan pernahkah apa yang aku azamkan tercapai? Bangsa macam aku ni pelik sikit. Aku tak la tunggu nak bertahun baru ka, bertahun lama ka baru nak berazam. Bila ada benda terlintas dalam fikiran yang aku nak buat, aku akan declare kan benda tu sebagai azam aku.

Contohnya, hari ni aku berazam nak kuruskan badan. So dalam planning, nak berjogging dan kawal pemakanan. Esoknya plak kononnya nak berjogging, tapi tetiba rasa malas lepas tu pantang nampak makanan sebat ja apa yang ada. Boleh nampakkan keberjayaan aku? 

Thats why la aku malas nak berazam palsu ni. Bukannya aku reti nak laksanakan pon. 

okay.1 januari 2014 aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti tertentu.

1. Pergi tukar tiket train nak balik Kedah dengan Mas. Actually, tiket nak balik kami tu Mas dah tolong belikan masa cuti study week hari tu. Dipendekkan cerita, Mas baru perasan tiket tu sebenarnya untuk tarikh 7 /2/2014 dan bukannnya 7/1/2014. Sebulan kemudian hokey... Cuak aku bila dapat tau. Elok-elok excited nak balik awal, alih-alih tiket pulak salah. So, tengah hari tu kami pon pergi la buat muka kesian kat KTM Tg Malim nak tukar tiket. Nasib baik boleh.

2. Keluar makan dengan housemate. Aktiviti boleh dikatakan aktiviti wajib hujung sem. Lagipon Paen pon dah nak balik. So semalam ja masa yang ada walaupun tak cukup ahli. Bella tak ada. Kami makan kat e-Place ja.Nak makan jauh-jauh tak mampu





Macam tu ja la nak habiskan masa kononnya celebrate tahun baru. Bukannya kami mampu pon nak celebrate bagai dekat Kl ka  atau tempat jauh-jauh.

okay, bersempena dengan tahun baru ni, harap segalanya berjalan dengan lancar. Rasanya banyak benda-benda penting akan terjadi. Contohnya ramai kawan-kawan aku akan menamatkan zaman bujang. Jadi aku harap segala persiapan akan berjalan dengan lancar, Moga Allah kuatkan dan berkati hubungan mereka. Moga aku dikurniakan  rezeki dan peluang untuk attend majlis-majlis yang diundang. Tahun ni jugaklah nak praktikum. Moga segala urusan berjalan dengan lancar. Serius agak nervous bila fikirkan. Mampukah aku? Moga Allah permudahkan jalan untuk aku dan rakan-rakan. 

Moga permulaan yang baik pada awal  tahun ni akan sentiasa berpanjangan kelancarannya. Moga Allah limpahkan kesihatan, kebahagiaan, kesenangan dan rezeki kepada aku, mak ayah aku, family aku, kawan-kawan aku, dan semua orang.

Cerita Langkawi 2013

Update tentang perkara yang sudah basi.

Tiga hari daripada cuti study week aku dihabiskan di Langkawi, ikut kakak dengan abang ipar aku. Tiga hari sahaja, bukan tiga minggu okay. Everything is being sponsored. Aku hanya bawak diri berbekalkan RM100 hinggit sahaja. Hebat tak? haha. Padahal bila bawak balik barang, harganya kali sepuluh bajet yang aku bawak. Ala, orang nak sponsor apa nak kesah.Kan? Sapa suruh ajak aku bercuti time hujung sem?

Tak banyak yang boleh cerita. Sebabnya tak banyak sangat tempat yang menarik yang kami pergi. Lagipon pergi bertiga ja. tak lah best macam pergi satu family. Dik Mat pon tak ikut. Kalau dia ikut, best la sebab dia banyak idea nak pergi sana sini. Dah mak dengan ayah aku bawak dia bercuti seminggu kat tempat lain, makanya trip ke Langkawi ni ala-ala trip secara matang. Dik Mat punya jeles dia tak boleh ikut sampai tiap-tiap hari dia call saja nak sakitkan hati aku sebab dia pergi bercuti lagi jauh.

Day 1. 

Kami bertolak awal pagi sebab kakak aku beli tiket feri seawal pagi. Tinggal  kereta dekat rumah kawan kakak aku. Sampai kat jeti, tunggu husband kawan kakak aku datang bagi kereta sewa. Then pergi check in motel. Tu pon dah tengah hari baru sampai. Sempat la pergi makan dulu. Serius wa cakap, makan kat Langkawi bapak mahal la. Aku ni, nasib baik di sponsor. Kalau tak tiga hari kat Langkawi, aku puasa sunat ja. 

Motel yang kami tiggal. Bamboo beach motel
Ni bilik aku.
Ya, memang nampak gedik. i know that



Ni bilik kakak aku. Lagi besar dari bilik aku sebab katil ada dua
View dari bilik kakak aku

Jujur, walaupun setakat motel, tapi sangat selesa. Tambah pulak aku duduk sorang, lagi la best. Cumanya, sebab ramai sangat orang kat situ, pagi-pagi buta lagi dah dengar suara budak-budak buat bising main tangga. First time jumpa tangga kot budak-budak tu. Sebab tu perak sikit kot.

Tengah hari tu rest kejap. Nak keluar pon panas gila. Petang tu keluar jalan-jalan. Pergi kilang gamat. Pastu pergi shopping pinggan mangkuk. 



Tak banyak tempat sangat nak pergi. kena balik cepat sebab malam tu kakak aku ada dinner untuk reunion dia. Aku ni just peneman ja. Abang ipar aku pulak kena tinggal makan megi sorang-sorang kat motel tu.

Cuba teka mana kakak, mana adik
Mesti ramai orang rasa benda ni sedap








Pada aku, dinner malam tu hambar. Mungkin sebab aku tak da geng. Dan mungkin sebab malam tu aku rasa aku paling muda dan bukan berkerjaya sebagai nurse. Segan aku bila orang usha pelik. Sampai aku pon rasa diri aku pelik. Part best bila cabutan bertuah. Barang bukan murah-murah beb. Ni tahap cabutan bertuah golongan bekerja punya. Bukan sekadar dapat tupperware dua ringgit. Walaupun bukan dinner aku, aku pon dapat cabutan bertuah. Tapi dapat casing laptop ja la. One thing, jangan terperdaya dengan gambar makanan tu. Percayalah, makan memang tak sedap. LANGSUNG. Aku ambil spaghetti. Sebab tak lalu makan nasi. Sesuap aku makan, dah give up. gila tak sedap. Spaghetti aku yang tak reti masak lagi sedap kot. Balik ja dari dinner tu aku pening kepala. 

Oh, ya. Time aku pergi Langkawi tu, kebetulan time tu ada macam satu even magical apa entah. So macam ada aktiviti la nak tarik perhatian pelancong. Kebetulan pulak malam tu ada pertunjukan bunga api laser dengan dengar kata kumpulan ungu datang. Bila ada dinner konfemlah tak leh tengok kan? Tapi time tengah makan tu nampak la pertunjukan bunga api laser tu dari tempat tu. Sebabnya tempat ambil makanan kat tepi swimming pool ja. bali dari dinner, tukar baju pastu kami keluar jalan-jalan kat Pantai Cenang. 

Day 2

Pagi tu kami keluar agak lewat. Dalam pukul 11 kalau tak silap. Kononnya nak pergi naik Cable car. Lepas breakfast, pergi la kat tempat cable car tu. Kononnya pergi awal-awal takut orang ramai. On the way tu pihak motel call sebab nak kena tukar bilik. Kebetulan pulak bila sampai kat cable car tu, orangnya memang ramai tahap ayam dapat dedak. So, kami patah balik tukar bilik dulu dengan makan. Petang sikit, baru pergi bali cable car. Tu pon orang still ramai. Berjanggut nak tunggu sementara nak naik cable car.



Semangat aku sampai pakai baju Pasir Salak












Oh yes, before naik cable car tu macam-macam dah aku fikir. Kalaulah tetiba terputus  cable car tu, maka terputus jugak lah nyawa. Gila cuak la. tambah pulak tinggi tahap gila babi. Ya Allah. Tahap nervous tok sah nak cakap la. Nasib baik masih hidup sekarang. Atas gunung tu memang angin gila kuat la. Nak tangkap gambar yang proper memang susah la. Pegang phone rasa macam phone tu nak melayang. Nasib baik aku tak kurus sangat. Kalau tak aku pon dah melayang, gamaknya.

Lepas naik cable car tu, kami jalan-jalan dulu, shopping bag, makan ais krim dan bla bla bla. Malam tu pergi rumah best friend ayah aku. Ayah aku asyik dok peringat suruh pergi umah kawan dia yang sorang ni. Katanya, dialah yang jaga aku masa aku kecil dulu. etah lah, aku pon tak ingat. Bila dah sampai rumah Cik Halim ni, barulah aku taw sejarah silam masa aku kecik-kecik dulu. rupa-rupanya masa aku kecik dulu aku ni susah nak tidur. kau buatlah apa pon, aku tak kan tidur. So, tiap-tiap malam mak ayah aku akan bawak aku pergi rumah Cik Halim ni. So, dia la yang akan dodoi aku dalam tapak tangan dia. Then baru la aku boleh tidur. Waa... gila mengada la aku dulu. Bajet princess. 

Lepas balik dari rumah Cik Halim, kami pergi shopping coklat dengan kain batik sampai lah kedai tutup.






Day 3

Last day. Pagi tu kami keluar awal pergi shopping coklat dengan benda-benda lain for the last time. Lepas tu balik bilik, check out. Dalam tengah hari, lepas makan kami jalan-jalan kat dataran Helang tu sahaja. Cuci mata, tangkap gambar dan menggedik.



















Dalam pukul tiga tu, kami naik feri balik Kuala Kedah. Alhamdulillah, sepanjang tiga hari tu, hujan tak turun pon. Just panas ja. Just nice for jalan-jalan. Kami pon tak pergi banyak tempat. Nama pon percutian ala-ala dewasa. So, shopping ja la banyak. Duit pon banyak habis.