Selasa, 01:13 am.
Kat ruang tamu tu masih lagi meriah dengan gossip-gossip semasa. Wilayah Kelantan punya spot. Dan aku, walaupun dah mengantuk tapi masih belum terasa nak tidur. Sebab banyak sangat benda nak kena settle, banyak lagi benda nak kena fikir buat fikiran aku makin kusut lately ni.
Dan aku ada banyak benda nak cerita.
Tengah hari tadi, masa aku duduk termenung feeling sorang-sorang sambil tunggu bas nak gerak, aku ternampak ada sorang pak cik India ni. Kurus. Dia berdua dengan anak dia. Anak dia aku rasa muda lagi. Sebab kalau tengok dari kematangan muka, aku agak dia ni dalam kategori lower form kot. Time tu pakcik ni dengan anak dia tengah kutip sampah dari tong-tong sampah yang dah penuh sekitar foyer tempat tunggu bas.
Serta- merta aku teringat kat ayah dekat kampung.
No, bukan pasal muka ayah aku serupa dengan pak cik India tu. TOTALLY NOT.
Sebabnya aku sedih dan kesian tengok uncle tu. Uncle tu dah la tua, kurus melidi pulak tu. Tapi uncle tu still lagi mampu buat kerja berat macam tu. Bayangkanlah, masa tu tengah hari rembang. Panas.Sampah memang banyak dan bertaburan kat tepi tong sampah. Baunya tak payah nak cerita la. Memang busuk lah. Sampah tu mungkin daripada open day KAB malam sebelum tu yang memang tak dilupuskan lagi. Apa yang buatkan aku rasa sebak bila uncle tu dengan anak dia macam dah terbiasa dengan situasi macam tu. At first, Uncle tu macam tak berapa nak boleh imbang tong sampah tu, sampai dia terpeluk tong sampah tu semata-mata nak pindahkan sampah masuk dalam plastik. Bayangkan dengan air sampah yang dok menitik kat baju uncle tu. Dia sikit pon ta heran. Cool ja. Anak dia pon sama. Sanggup tahan panas semata-mata untuk dapatkan duit. Nak makan, nak guna untuk keluarga.
Ya Allah, nak menitis air mata aku tengok. Aku tengah bayangkan kalaulah ayah aku yang buat macam tu. Bukanlah aku nak rendahkan kerja kutip sampah, cumanya kalau orang sebaya uncle tu dah patut duduk rumah, berehat. Cuaca kan sekarang panas tahap giga. Umur macam dia tu kan senang jatuh sakit. Aku bayangkan kalau uncle tu ayah aku, dan dia sakit. Tak sanggup aku nak tengok. Walaupun aku tak kenal uncle tu dan uncle tu pon tak kenal aku, aku harap uncle tu akan sihat dan akan terus kuat untuk buat kerja dia. Bukan senang nak cari duit. Nak bagi makan kat keluarga. Tak macam sesetengah orang yang senang mengalah dan cari jalan yang mudah dengan minta sedekah tepi jalan, walaupun masih berkemampuan. Dan uncle tu sanggup kerja kutip sampah, yang aku kira kalau aku lalu tepi tong sampah tu, aku akan lari sebab tak tahan bau busuk.Ya, dan mulai saat tadi, aku respek gila kat uncle dan anaknya itu.
Dan mulai saat tadi jugak, aku macam ingatkan diri aku agar tak buang sampah merata-rata lagi.
Kesian kat uncle tu nanti nak kena kutip.
No comments:
Post a Comment