Jan 5, 2014

Girls Day Out KKJ

Menunggu kemunculan paper terakhir adalah satu benda yang sangat memeritkan. Ibarat rumah kat kampung tu dah nak lari pergi Paris . Tambah memeritkan lagi bila kita ambil sikit paper, tapi nak tunggu dua minggu nak habis exam.

Jadi, masa yang senggang yang ada, daripada bermalas-malasan diatas katil sambil menonton drama korea, ada baiknya kita beriadah sambil mengunyah twisties bersama member.

Mengikut plan yang tidak dirancang, hari ini team KKJ telah merempit sehingga ke Kalumpang demi memanfaatkan masa senggang kami. Oh, ya. KKJ tu buka krew-krew Jamesbond, tapi short form bagi Kita-Kita Jer. Memandangkan semester ni kami susah nak luangkan masa bersama, kesempatan ini kami ambil untuk ber-girls day out, sebelum si kakak Bella tu kahwin dalam beberapa hari sahaja lagi.

Macam biasa, let the pictures describe everything.

Medium merempit. Kereta sekadar hiasan semata-mata
The aweks-aweks
Cari pelampung dalam beg, takut lemas



Jajans


At last, ada jugak gambar ber enam
Emak dan anaknya yang baru daftar tadika
The hotsetap
So long
Ni bukan kali pertama kami hang out sekali. Tapi kali pertama berpiknik sekali. So, masing-masing rasa teruja, lebih teruk daripada budak tadika. Tapi persetankan pandangan orang, bukan orang kenal kami pon. Bila dok melepak sekali macam ni, baru sedar.. walaupun masing-masing berlainan negeri, tapi bila duduk sekali semua pakat keluar loghat utara. Sekali dengan Tina tu pon keluar ayat hang-hang. Tudia. virus utara dah tersampuk kat Tina, Bella dengan Nun.

Ini juga merupakan piknik terakhir untuk girls day out versi bachelor. Bella lepas ni dah jadi puan. Tinggal la kami berlima nak tunggu orang masuk meminang pulak. hohoho

Kepada Bella, selamat bergelar puan. In Sha Allah, kalau umur panjang dan tak ada halangan, kami sampai la Ijok nanti time hang kahwin. 

3 comments:

  1. lucu, seronok baca blog hang.. but at the same time, aku nk menangis.. OMG ! sedih nk meninggalkan my BACHELOR title.. huhu.. BTW, thanx gugirls cz owez be with me.. masa susah, sedih, n sume la.. haa.. tgk ! nk nangis dh ni.. BTW, thanx sesangat !! =')

    ReplyDelete
  2. lepas ni kita piknik bawak baby pulak. kami berlima tunggu baby hang ja la

    ReplyDelete
  3. terbaiqlah hang Syera..best description hang ;)
    huhuhu...selamat berstatus PUAN BELLA =)
    tq Syera ;)

    ReplyDelete