Mar 26, 2013

THREE SIXTY


Entri ne wanie yang suruh aku buat.
so, kalau ada sapa-sapa yang terasa, sila maki dia, jangan seranah aku plak.

Kita sedia maklum bahawa dunia sekarang semakin canggih. Sana sini ada gadjet terbaru. Sampai tak terkejar nak belajar pasal benda-benda baru ne.Then bila orang tanya, sampaikan dah jadi macam orang perak sebab tak taw apa-apa.Pendek kata, rasa macam bodo gila. Lagi terasa bodohnya bila budak kecik pon taw tapi kita golongan yang sederhana tua ni tak taw.

Sebagai contoh, penggunaan kamera. Kalau dulu, nak guna kamera kena beli kodak, pastu nak tangkap gambar memang kena fokus angle betul-betul sebab tak ada preview. Nak tak nak kena la terkedek-kedek pergi cuci then kalau result dia kurang memuaskan, redha dan makan dalam je la sorang-sorang.

Dan sekarang, orang dah tak pakai dah kamera tu. Sekarang orang guna DSLR tak pon iphone 5.

haaa tudia.

Dan kelebihannya adalah gambar yang kita ambil boleh diedit tak kiralah betapa herotnya muka atau mulut kita disaat gambar kita telah disnap. Pakcik dan makcik juga tak perlu risau akan jerawat dan jeragat masing-masing kerana semuanya bisa DI EDIT!!!

Dan aplikasi yang terbaru sekarang yang melanda dunia android dan menjadi kegilaan remaja ialah aplikasi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


  KAMERA 360

Memandangkan aku bukanlah arif dan pandai bab-bab aplikasi gadget ne, apa yang aku taw pasai 360 ialah aplikasi ini mampu menjadikan wajah kita 360 dari wajah asal

TADAA!!!

aku bagi contoh :


ni gambar guna 360

ini gambar original




nampak perbezaan?









Ni aku nak berkongsi kelebihan guna 360 :

1) kalau muka kau hitam, bila guna 360 automatik jadi putih dan berseri-seri dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, tak perlu menghabiskan duit berjuta-juta on cosmetic semata-mata nak dapatkan gambar yang cantik. Dan juga tak perlu terkejar-kejar nak put on make-up sebab nak tutup jerawat.

2) Kalau muka kau penuh bengan jerawat , kesan eksiden,panau atau kurap, tak pon eye-bag dan lingkaran hitam bawah mata, jangan risau! Kamera 360 sedia membantu. Dalam hanya beberapa saat, jerawat dan semua kesan-kesan yang ada akan hilang. HEBAT KAN?

3) Dan bagi sesiapa yang mepunyai kerisauan yang sama macam aku, masalah lemak yang banyak, tak perlu risau juga kerana efect-efect yang terdapat pada kamera 360 juga mampu menampakkan yang anda masih kurus!

Namun begitu, disebalik semua kelebihan yang ada, harus juga diingat, terdapat juga kelemahan :

1) gambar fake
Ini sangat jelas dilihat. Buktinya, tengok kat profile picture facebook sudah. Melambak orang guna gambar sendiri yang diedit, macam aku. Pernah jadi kes, si Minah ne gambar facebook bukan main lawa. Muka macam awek korea pon ada hingga membuatkan si leman jatuh hati walaupon tak pernah berjumpa. Alih-alih bila dah jumpa si Leman ne terkejut beruk. Rupa tak seperti yang disangka. TIPAH TERTIPU.
Fenomena ni selalu berlaku kat laman sosial macam facebook.

Jadi macam aku senang, letak p la gambar original ka gambar edit ka tetap sama. tak dak sapa pon teringin nak kacau.HAHA

Apa yang aku nak sampaikan, dalam pada berseronok dengan aplikasi-aplikasi yang sedia ada, kadang-kadang macam membuatkan kita nampak seolah-olah kita terlalu berkeinginan untuk mengubah apa yang kita ada. Aku bagi contoh. Kulit aku ne semulajadinya gelap. Pastu bila tangkap gambar, aku rasa malu nak letak sebijik-sebijik gambar aku yang hitam tu.Then solusinya opkos la aku edit. Bila kita dah selalu buat macam tu mesti la timbul satu keinginan macam "kan bagus kalau aku ne putih,cantik" lebih kurang macam tu la

NAMPAK AYAT AKU NI MACAM JUMUD SIKIT KAN? haha

tapi apa yang aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap orang-orang sekeliling aku. Wanie selalu beletiaq kalau dia nampak orang yg edit gambar secara over. Contohnya :

" ishh dia ni dalam gambaq bukan main segak lagi.tapi tengok depan jerawat penuh.Guna kamera 360 la tu"

tengok! tak pasai-pasai kena sedas. dan aku la mangsa dengar leteran dia.

Jadi, sebagai konklusinya, LU PIKIR LA SENDIRI!




Mar 15, 2013

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH



     Isnin hari tu aku kena buat kajian Pengurusan Pembelajaran kat sekolah. Tajuk pengkhususannya adalah berkaitan Pengurusan bilik darjah. Actually, kajian ini adalah dibawah subjek 2P (Pengurusan Pembelajaran) dimana semua pelajar yang ambil subjek ini diwajibkan pergi ke sekolah untuk mengkaji topik-topik tertentu sebagai tugasan berkumpulan.

    Sebelum kumpulan aku pergi sekolah, memang banyak aku dengar feed back daripada kumpulan lain yang dah pergi sekolah. Ada yang kena turun naik PPD dengan JPN, ada yang kena halau dan tak kurang ada yang frust menonggeng sebab tak diterima di sekolah.

     Jadi, solusi  terbaik yang diambil oleh pelajar-pelajar ini adalah dengan membuat kajian di sekolah asal masing-masing.

     Macam kalau yang jauh di Johor nun, ha pergi la kau berkejar cari train or bas nak balik Johor. Tapi yang buat kat sekolah sendiri ni memang best sebab dapat balik kampung sendiri dan paling penting tak perlu pon nak berurusan dengan PPD bagai. Lagipon setakat kajian biasa je, bukan buat praktikum pon.

    Kalau macam kumpulan aku, disebabkan enam-enam orang berasal daripada negeri yang berlainan, adalah sangat pening kepala nak buat keputusan. Nak pergi kelantan, bas MeDe tak ada diskaun, nak balik Pahang, malas nak merentasi deretan pokok kelapa sawit, nak balik Johor, takut bukan buat kajian kat sekolah, kang tersasar buat kajian kat legoland. Nak balik Terengganu, dikhuatiri populasi keropok lekor akan pupus dengan adanya enam orang kuat makan memasuki daerah tersebut. Nak balik Sabah lagi la, takut kena serang dengan penceroboh Lahad Datu. And kalau aku nak angkut rakyat-rakyat sekalian balik Kedah pon, kena pikir banyak kali sebab aku once dah menjejakkan kaki kat daerah jajahan, susah dah nak balik ke daerah tumpangan .

Dan syarat kajian ini pulak adalah kajian mestilah dibuat DI LUAR KAWASAN TANJONG MALIM DAN HULU BERNAM!!

and that problem LEAD to another problem dimana  kami-kami berenam ini tidak tahu menahu pasal sekolah-sekolah disekitar Ipoh mahupun Selangor dan Kuala Lumpur.

Dan rezeki itu datang apabila housemate aku si Kakak Bella menawarkan sekolah berdekatan rumahnya untuk dibuat kajian. Maka dengan itu, bermulalah cerita KAMI DAN 4S
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ
wahab bersama Mas Achehnya


p/s : bagi sesiapa yang belum dapat mencerna apakah yang dimaksudkan dengan 4S itu, jangan terasa diri anda bangang kerana aku pon pada mulanya tak tau apakah itu 4S walaupun kat sekolah tu banyak sugguh perkataan sedemikian.

4S merujuk kepada Sekolah Sultan Sulaiman Shah.

4S
See? nampak 4S nya disitu?

Seawal 7 pagi kononnya kami merancang nak gerak sebab kumpulan si Wahab pon nak join. Kebetulan si wahab ni bertiga ja dalam kumpulan dia dan dua orang lagi tu international student.

Acheh mai baq hang!

Dan si Wahab ini pulak berasal dari Sarawak dan bagi aku situasinya adalah sangat sadis!

Nak dipendekkan cerita,kononnya plan nak bertolak pada pukul 7 itu adalah sekadar impian semata-mata.

Dari pukul 7 menginjak ke pukul 8 masih belum nampak bayangnya si Mas-Mas dari Acheh itu. Kemana mereka pergi? adakah mereka balik membuat kajian di Indonesia?

Last-last muncul jugak sorang. tu pon dah lewat gila kot. Bila ditanya kenapa lewat dan mana lagi sorang, jawapan dia " BELUM BANGUN TIDUR"

Aku macam nak jawab je " Mas, kita ini mahu ke sekolah, bukannya berlibur.. Mas nggak bisa ngerti?" tapi disebabkan kesian punya pasal, aku hanya mampu simpan dalam hati.

Agak-agak sejam, kami pon sampai sekolah berkenaan. Dan betapa terkujatnya aku bila dapat tau majoriti pelajar sekolah ini adalah berbangsa India. Aku bajet bila dah nama sekolah macam ne, majoriti pelajar melayu la. Dan kedua- dua penolong kanannya juga adalah berbangsa India.

Layanan dari cikgu-cikgu yang membantu kami tu baik, cumanya waktu mula-mula tu kami agak lost sebab cikgu-cikgu dia macam main past ja untuk tentukan sapa yang patut kami rujuk. Cikgu A bagi kat cikgu B. Cikgu B pulak cakap bukan dia, pergi pulak kat cikgu C. 

Pening punya pasal last-last sekali kami p  kantin. ISI PERUT

Dan rujukan terakhir kami sebelum tinjau bilik darjah ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebab beliau yang lebih arif.

Ni la PK HEM nya
      Walaupun banyak jawapan daripada soalan kami yang  dia macam  susah ja nak jawab, tapi Alhamdulillah, akhirnya semua dah settle. Untuk keterangan lanjut, sila tatap gembar-gambar dibawah, juga sebagai bukti kami dah buat kajian.

HIDUP : pasti  BERJUANG : mesti  BAHAGIA In Shaa Allah
pemandangan dari kantin sekolah
susunan meja dalam kelas
guru sedang mengajar
Suasana dalam kelas time cikgu tak da
sesi temubual
Tak banyak gambar pon, cuma gambar-gambar berkaitan bilik darjah ja. Dari saya, sebarang ke'blur' an gambar, mohon maaf

photographer bertauliah
Dari kami, sekalung penghargaan buat guru-guru dan pihak sekolah SMK Sultan Sulaiman Shah.

Mar 14, 2013

masalah hati

Aku percaya semua orang ada sifat buruk yang susah nak kikis dalam diri sendiri. Cumanya, susah nak mengaku sebab ego. Ya, EGO!

Dan sikap buruk aku ialah apabila ada orang yang terasa dia buat salah kat aku lantas meminta maaf, walaupun aku dah memaafkannya tapi aku sangat susah nak lupa apa yang dia dah buat. Aku pon tak tau virus apa dah melanda otak aku sekarang. Aku mudah terasa hati dan akan simpan benda tu. Aku tak sure la orang lain macam mana.. Sama ada forgive and forget ATAU forgive and not easily forget.. dan aku berada dalam kategori kedua.

Masalah terbesar aku apabila berada dalam kategori kedua ini ialah apabila aku akan sentiasa berhadapan atau bekerjasama dengan orang tersebut. Sebabnya once aku dah terasa hati, walaupun aku dah maafkan, hubungan aku dengan orang terbabit akan kekok. Kekok dalam erti kata yang lain aku tak mampu nak layan dia semesra dulu. Sebab apa? 

Sebab aku susah nak lupakan apa yang dia buat.

Dan keadaan sebegini banyak berlaku pada diri aku dan juga kawan-kawan yang aku rapat pada semester ini. Paling latest terjadi, semalam

Kejadian yang sangat menyakitkan hati.

Ya, dan disebabkan kejadian semalam dan sebelumnya, aku dah fed-up. Dah muak nak faham dan layan karenah orang.

Pandai bagi nasihat kat orang kononnya tolong menolong tu amalan yang baik, jangan segan2 nak mintak tolong dengan kawan, "kita kan satu keluarga, jangan sombong nak tolong orang.

Wow!! bravo ! sekarang aku mohon kau cermin balik kata-kata kau!

kalau tak mampu buat tak payah la nak suruh orang lain buat. perbetul diri sendiri agar suatu hari nanti orang tak pertikaikan apa yang kau buat.

Dan terima kasih sebab bila dah berlaku macam ni, aku tau macam mana perangai sebenar hampa
selongkang- longkang mulutaku dan kawan-kawan aku
sejahat mana pon kami, aku rasa kami belum pernah lagi tinggalkan kawan-kawan keseorangan

Lagi satu aku rasa kalau la nak bangga dengan jawatan yang ada pon, tak perlulah sampai nak pandang rendah pada kemampuan seseorang, terutamanya orang bawahan hang. tak ke mana pon hang punya pangkat tu. Lagi buat orang tak respect hang ada la. Babe, kalau hang nak orang respect kat hang, belajar la hormat orang bawahan. Bukan naik kudis pon hang nak hormat orang bawahan. Orang-orang ne jugak yang banyak berjasa kat hang.Cumanya hang tak sedar sebab terlampau obses sangat dengan jawatan.

See? macam mana susah sangat nak lupa perbuatan orang kat kita. Sebabnya, impact yang terkena itu terlalu mendalam.

Dan aku rasa memang ramai yang memendam rasa macam aku cuma tak mau mengaku. kalau tak , tak ada la naik status-status kat facebook macam-macam. KITA SAMA JA!!.

Dan untuk itu, aku berharap agar suatu hari nanti aku dapat lupakan apa yang orang buat kat aku agar aku dapat jadi seorang yang bertambah baik walaupun ramai yang tau aku ni bukanlah baik mana.Atau setidak-tidaknya hati aku tak sekeras sekarang

Moga-moga satu kebaikan yang orang buat kat aku dapat menutup sejuta keburukan yang mereka dah lakukan terhadap aku.