Jan 2, 2014

Tahun Baru 2014

Oh, parah.
Dah pukul 4 pagi, mata aku segar bugar lagi. Siap excited nak tengok drama korea lagi. oh yes,  
adakah ini petanda bahawa aku bakal rajin pada tahun 2014? hahaha

Dekat facebook, ramai sangat yang update pasal azam tahun baru? tak kurang juga yang bagi tazkirah dan peringatan free pasal benda-benda yang tak elok nak buat or sambut pasal new year and whatsoever ni. Nak cakap lebih-lebih tak boleh, sebab aku bukanlah orang yang arif nak tentukan hukum-hukum ni.

Tapi bila dah ramai orang post azam tahun baru, aku tanya diri aku. Aku ni ada ka azam tahun baru? dan pernahkah apa yang aku azamkan tercapai? Bangsa macam aku ni pelik sikit. Aku tak la tunggu nak bertahun baru ka, bertahun lama ka baru nak berazam. Bila ada benda terlintas dalam fikiran yang aku nak buat, aku akan declare kan benda tu sebagai azam aku.

Contohnya, hari ni aku berazam nak kuruskan badan. So dalam planning, nak berjogging dan kawal pemakanan. Esoknya plak kononnya nak berjogging, tapi tetiba rasa malas lepas tu pantang nampak makanan sebat ja apa yang ada. Boleh nampakkan keberjayaan aku? 

Thats why la aku malas nak berazam palsu ni. Bukannya aku reti nak laksanakan pon. 

okay.1 januari 2014 aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti tertentu.

1. Pergi tukar tiket train nak balik Kedah dengan Mas. Actually, tiket nak balik kami tu Mas dah tolong belikan masa cuti study week hari tu. Dipendekkan cerita, Mas baru perasan tiket tu sebenarnya untuk tarikh 7 /2/2014 dan bukannnya 7/1/2014. Sebulan kemudian hokey... Cuak aku bila dapat tau. Elok-elok excited nak balik awal, alih-alih tiket pulak salah. So, tengah hari tu kami pon pergi la buat muka kesian kat KTM Tg Malim nak tukar tiket. Nasib baik boleh.

2. Keluar makan dengan housemate. Aktiviti boleh dikatakan aktiviti wajib hujung sem. Lagipon Paen pon dah nak balik. So semalam ja masa yang ada walaupun tak cukup ahli. Bella tak ada. Kami makan kat e-Place ja.Nak makan jauh-jauh tak mampu





Macam tu ja la nak habiskan masa kononnya celebrate tahun baru. Bukannya kami mampu pon nak celebrate bagai dekat Kl ka  atau tempat jauh-jauh.

okay, bersempena dengan tahun baru ni, harap segalanya berjalan dengan lancar. Rasanya banyak benda-benda penting akan terjadi. Contohnya ramai kawan-kawan aku akan menamatkan zaman bujang. Jadi aku harap segala persiapan akan berjalan dengan lancar, Moga Allah kuatkan dan berkati hubungan mereka. Moga aku dikurniakan  rezeki dan peluang untuk attend majlis-majlis yang diundang. Tahun ni jugaklah nak praktikum. Moga segala urusan berjalan dengan lancar. Serius agak nervous bila fikirkan. Mampukah aku? Moga Allah permudahkan jalan untuk aku dan rakan-rakan. 

Moga permulaan yang baik pada awal  tahun ni akan sentiasa berpanjangan kelancarannya. Moga Allah limpahkan kesihatan, kebahagiaan, kesenangan dan rezeki kepada aku, mak ayah aku, family aku, kawan-kawan aku, dan semua orang.

No comments:

Post a Comment