Mar 16, 2014

sepi seorang tua

Di penghujung senja itu
Kulihat
Pohon rendang itu masih lagi tumbuh berdiri
Tegak memayungi panas mentari
Ditemani  daun-daun yang saban waktu keguguran

Dan dia
Masih lagi setia menanti di samping pohon itu
Masih tegar menyuburi
Masih setia membajai agar pucuk muda mekar kehijauan

Dengan harapan
dedaunan itu akan menjadi penemannya kala melayari waktu senja
dengan harapan
daun hijau itu akan diseri kuntuman mekar bunga
yang mampu menyambutnya tika pagi menjelma

Seringkali dia melihat
Dedaun kekuningan dibawa pergi sang bayu
Yang tinggal hanyalah kembang bunga
Yang mungkin menunggu gilirannya kunjung tiba

Terdetak di hati tua itu
Masihkah ada lagi daun dan bunga
Yang mampu mampu memberi senyuman
Mengubati waktu suramnya
Menjadi penyembuh kala rindunya.


SYAHIRAHSAMSUDDIN

Mar 14, 2014

MH370

Dah nak masuk seminggu orang dok cerita pasal kes MH370 tu. Sampai ke hari ni masih tak ada berita lagi. Dan yang paling pening, semakin hari semakin banyak orang buat spekulasi sendiri.

Ada yang kata hilang kat dunia lain, ada yang kata kena hijacked dengan US. ada yang kaitkan dengan kes DAI. Macam-macam. Dan yang terkini yang aku tau, pasal bomoh tu. Astagfirullah. Aku tak taw lah apa motif sebenar buat benda macam tu. Mungkin ada sesetengah orang kata ikhtiar dengan macam-macam cara. Tapi bila aku tengok video bomoh tu macam tak masuk dek akal pon ada. Alla, dunia akhir zaman. Macam-macam boleh jadi.

Tak kurang jugak, masuk kelas minggu ni, boleh dikatakan semua lecturer akan cakap pasal MH370 ni. Dan bila dok bincang tu, memang tak sah la kalau encik lecturer tak suruh buat puisi about that incident. Oh, pity me. sebab aku tak mahir dan tak berminat sangat pasal puisi-puisi ni. But i've to try. Sebab kena hantar.

Apapon, pasal tragedi MH370 ni, just keep on praying that everything is gonna be fine.Put our believe and faith in Allah for He planned the best for us. Moga-moga, akan dijumpai, walau hidup dan mati. Aku cuba bayangkan kalaulah ada orang-orang yang aku sayang dalam  tu. Mesti tak senang duduk. Moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

And for those who make stupids parody, please stop that. Macam tak menghormati orang lain. kalau ya pon nak tunjukkan kebodohan bomoh tu, tak perlulah sampai nak ikut jadi bodoh. Aku dah muak asyik tengok orang dok post video parody tu.

oh ya, ni puisi yang berjaya aku hasilkan dalam kelas hari tu, bila lecturer aku minta kami bayangkan ada orang tersayang dalam MH307 tu. I'm not a poetic person, and i know that.


Kehilangan
Masih ku ingat pesanmu pada waktu itu
sebelum kau berangkat menunaikan tanggungjawabmu
meninggalkan aku keseorangan di bumi sendiri
tanpa punya sesiapa lagi di sini
menanti saban hari
menghitung detik untuk kau kembali

namun belum sempat kau jejakkan kaki di bumi  itu
telah kuterima berita sedih tentang kehilanganmu
ibarat halilintar yang menghempap tubuh
membawa pergi jasadku jauh

hingga kini
aku masih menanti
kau, satu – satunya darah dagingku
tak dapat ku bayangkan keadaan jasadmu
tak mampu ku bayangkan di mana keberadaanmu

hilangmu bagaikan suatu mimpi
yang terjadi dalam  sekelip mata
yang tak tercapai dek akal minda

sunguhpun mereka berkata
dikau tak akan selamat tiba
namun aku tetap memberi  sepenuh percaya
terhadap janji yang pernah kau kata

doaku saban waktu
moga kau dan yang lain akan selamat  ditemu
moga akan ada sinar untuk  kita
untuk terus hidup di bumi milik-Nya.


Tanjong  Malim, 2014




Mar 10, 2014

Careless

Terasa macam nak marah diri sendiri sebab careless tak ingat dunia. Otak ni tak tau kenapa lembab sangat sampai tak boleh nak ingat benda-benda penting.

Dulu aku pernah kena marah dengan lecturer sebab tak bawak nota masa kelas. Ni semua gara-gara masalah pelupa aku. Malu tu tak payah nak cerita la. dah la kelas semua senior. Benda tak penting boleh ja nak ingat. Benda macam ni memang lupa ja sepanjang masa.

Macam hari ni, hidup agak haru biru. Tadi lecturer KPD post kat facebook suruh submit rakaman mikroteaching masa kelas esok. Aku bukan setakat dah burn, rakaman microteaching aku pon tak ada kat tangan aku. Jadahan apakah ini? rasa macam nak ketuk ja kepala aku ni. Dah la borang mikro tak lengkap lagi. CD tak beli. Video tak edit. Video pon tak ada kat diri sendiri. Pastu buat mikro pon macam hampeh. Macam mana aku nak hantar ESOK???

Dah la kelas esok kat dua kampus lain-lain. Tang celah mana aku nak burn? tang daerah mana pulak aku nak edit? masalah..masalah. tu sendiri punya masalah aku buat.

kelas analisis wacana satu hal, KPD satu hal. esok bersedia ja la dengan kemungkinan kena marah lagi. Dah la pendrive hilang. Padahal benda alah tu la yang selama ni jadi harapan terakhir aku nak simpan apa-apa file. 

STRESS

Mar 5, 2014

what a day

Rabu, 01:27 am.

Terasa hari ni berlalu dengan pantasnya walaupun tadi dalam kelas FYP rasa macam masa tak bergerak langsung.

Hari ni hari yang agak memenatkan. 

Kelas aku hari ni start pukul 2, sampailah pukul 7 malam. Non-stop

Kelas pukul 2 tu kelas minor. Keterampilan penulis. 3 jam. Kelas yang aku dah rasa ada ura-ura aku bakal ponteng untuk masa akan datang. Sebabnya, aku tak berapa suka sangat sastera-sastera ni. Tambah pulak bab-bab nak hasil puisi lah, cerpen lah. Memang aku surrender.

Tapi kelas hari ni agak fun dan mendebarkan. 3 jam tu alhamdulillah aku tak mengantuk. Sebabnya nervous dengan lecturer yang dok cari mangsa suruh baca puisi kat depan. oh ya. aku dah pandai sikit-sikit dah nak create my own puisi.

Sebabnya kat kelas tadi En. Ghaz ni train suruh cipta puisi on the spot. Time dok tengah cari idea tu dia pasang instrumental music. ok la not bad. At least aku boleh jugak cipta puisi walau aku tak la guna ayat puitis habis-habisan macam orang lain. Dan alhamdulillah la aku tak dipanggil baca puisi kat depan.

Dan kelas FYP, aku malas nak cerita. And malam tadi bincang pasal preparation nak buat mikropengajaran. Nampak simple tapi sebenarnya complicated. Baru taw betapa susahnya nak mengajar. Baru taw betapa susahnya nak jadi cikgu. Harap-harap esok semuanya menjadi.

Mar 4, 2014

Uncle dan sampah

Selasa, 01:13 am.

Kat ruang tamu tu masih lagi meriah dengan gossip-gossip semasa. Wilayah Kelantan punya spot. Dan aku, walaupun dah mengantuk tapi masih belum terasa nak tidur. Sebab banyak sangat benda nak kena settle, banyak lagi benda nak kena fikir buat fikiran aku makin kusut lately ni. 

Dan aku ada banyak benda nak cerita.

Tengah hari tadi, masa aku duduk termenung feeling sorang-sorang sambil tunggu bas nak gerak, aku ternampak ada sorang pak cik India ni. Kurus. Dia berdua dengan anak dia. Anak dia aku rasa muda lagi. Sebab kalau tengok dari kematangan muka, aku agak dia ni dalam kategori lower form kot. Time tu pakcik ni dengan anak dia tengah kutip sampah dari tong-tong sampah yang dah penuh sekitar foyer tempat tunggu bas.

 Serta- merta aku teringat kat ayah dekat kampung.

No, bukan pasal muka ayah aku serupa dengan pak cik India tu. TOTALLY NOT.
Sebabnya aku sedih dan kesian tengok uncle tu. Uncle tu dah la tua, kurus melidi pulak tu. Tapi uncle tu still lagi mampu buat kerja berat macam tu. Bayangkanlah, masa tu tengah hari rembang.  Panas.Sampah memang banyak dan bertaburan kat tepi tong sampah. Baunya tak payah nak cerita la. Memang busuk lah. Sampah tu mungkin daripada open day KAB malam sebelum tu yang memang tak dilupuskan lagi. Apa yang buatkan aku rasa sebak bila uncle tu dengan anak dia macam dah terbiasa dengan situasi macam tu. At first, Uncle tu macam tak berapa nak boleh imbang tong sampah tu, sampai dia terpeluk tong sampah tu semata-mata nak pindahkan sampah masuk dalam plastik. Bayangkan dengan air sampah yang dok menitik kat baju uncle tu. Dia sikit pon ta heran. Cool ja. Anak dia pon sama. Sanggup tahan panas semata-mata untuk dapatkan duit. Nak makan, nak guna untuk keluarga.

Ya Allah, nak menitis air mata aku tengok. Aku tengah bayangkan kalaulah ayah aku yang buat macam tu. Bukanlah aku nak rendahkan kerja kutip sampah, cumanya kalau orang  sebaya uncle tu dah patut duduk rumah, berehat. Cuaca kan sekarang panas tahap giga. Umur macam dia tu kan senang jatuh sakit. Aku bayangkan kalau uncle tu ayah aku, dan dia sakit. Tak sanggup aku nak tengok. Walaupun aku tak kenal uncle tu dan uncle tu pon tak kenal aku, aku harap uncle tu akan sihat dan akan terus kuat untuk buat kerja dia. Bukan senang nak cari duit. Nak bagi makan kat keluarga. Tak macam sesetengah orang yang senang mengalah dan cari jalan yang mudah dengan minta sedekah tepi jalan, walaupun masih berkemampuan. Dan uncle tu sanggup kerja kutip sampah, yang aku kira kalau aku lalu tepi tong sampah tu, aku akan lari sebab tak tahan bau busuk.Ya, dan mulai saat tadi, aku respek gila kat uncle dan anaknya itu.  
Dan mulai saat tadi jugak, aku macam ingatkan diri aku agar tak buang sampah merata-rata lagi. 

Kesian kat uncle tu nanti nak kena kutip.