Jan 5, 2014

Girls Day Out KKJ

Menunggu kemunculan paper terakhir adalah satu benda yang sangat memeritkan. Ibarat rumah kat kampung tu dah nak lari pergi Paris . Tambah memeritkan lagi bila kita ambil sikit paper, tapi nak tunggu dua minggu nak habis exam.

Jadi, masa yang senggang yang ada, daripada bermalas-malasan diatas katil sambil menonton drama korea, ada baiknya kita beriadah sambil mengunyah twisties bersama member.

Mengikut plan yang tidak dirancang, hari ini team KKJ telah merempit sehingga ke Kalumpang demi memanfaatkan masa senggang kami. Oh, ya. KKJ tu buka krew-krew Jamesbond, tapi short form bagi Kita-Kita Jer. Memandangkan semester ni kami susah nak luangkan masa bersama, kesempatan ini kami ambil untuk ber-girls day out, sebelum si kakak Bella tu kahwin dalam beberapa hari sahaja lagi.

Macam biasa, let the pictures describe everything.

Medium merempit. Kereta sekadar hiasan semata-mata
The aweks-aweks
Cari pelampung dalam beg, takut lemas



Jajans


At last, ada jugak gambar ber enam
Emak dan anaknya yang baru daftar tadika
The hotsetap
So long
Ni bukan kali pertama kami hang out sekali. Tapi kali pertama berpiknik sekali. So, masing-masing rasa teruja, lebih teruk daripada budak tadika. Tapi persetankan pandangan orang, bukan orang kenal kami pon. Bila dok melepak sekali macam ni, baru sedar.. walaupun masing-masing berlainan negeri, tapi bila duduk sekali semua pakat keluar loghat utara. Sekali dengan Tina tu pon keluar ayat hang-hang. Tudia. virus utara dah tersampuk kat Tina, Bella dengan Nun.

Ini juga merupakan piknik terakhir untuk girls day out versi bachelor. Bella lepas ni dah jadi puan. Tinggal la kami berlima nak tunggu orang masuk meminang pulak. hohoho

Kepada Bella, selamat bergelar puan. In Sha Allah, kalau umur panjang dan tak ada halangan, kami sampai la Ijok nanti time hang kahwin. 

sabar

Dalam banyak-banyak benda, 'sabar' itu paling susah nak laksanakan. Dah banyak kali aku pernah kalah dengan emosi aku sendiri.

But i won't ever give up. I keep trying myself to be patient, no matter what.

sebab sabar itu indah
sebab sabar itu manis
sebab sabar itu separuh daripada iman.


Pernah ja terlintas dalam hati, bila orang buat taik kat kita, why don't we do the same? Fair and square apa? Tapi fikirkan balik, kalau kita anggap perbuatan tu bodoh, takkan kita pon ikut sama buat benda yang bodoh.kan?


Then aku sedar, memang ada manisnya dalam sabar, sebab bila kita sabar, hidup jadi tenang. Don't ever hold grudges towards people.



Thats why i keep reminding myself, 

setiap kali aku sakit hati
setiap kali rasa nak nangis
setiap kali rasa tak puas hati

Syahirah, keep calm and be patient.

Jan 2, 2014

Tahun Baru 2014

Oh, parah.
Dah pukul 4 pagi, mata aku segar bugar lagi. Siap excited nak tengok drama korea lagi. oh yes,  
adakah ini petanda bahawa aku bakal rajin pada tahun 2014? hahaha

Dekat facebook, ramai sangat yang update pasal azam tahun baru? tak kurang juga yang bagi tazkirah dan peringatan free pasal benda-benda yang tak elok nak buat or sambut pasal new year and whatsoever ni. Nak cakap lebih-lebih tak boleh, sebab aku bukanlah orang yang arif nak tentukan hukum-hukum ni.

Tapi bila dah ramai orang post azam tahun baru, aku tanya diri aku. Aku ni ada ka azam tahun baru? dan pernahkah apa yang aku azamkan tercapai? Bangsa macam aku ni pelik sikit. Aku tak la tunggu nak bertahun baru ka, bertahun lama ka baru nak berazam. Bila ada benda terlintas dalam fikiran yang aku nak buat, aku akan declare kan benda tu sebagai azam aku.

Contohnya, hari ni aku berazam nak kuruskan badan. So dalam planning, nak berjogging dan kawal pemakanan. Esoknya plak kononnya nak berjogging, tapi tetiba rasa malas lepas tu pantang nampak makanan sebat ja apa yang ada. Boleh nampakkan keberjayaan aku? 

Thats why la aku malas nak berazam palsu ni. Bukannya aku reti nak laksanakan pon. 

okay.1 januari 2014 aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti tertentu.

1. Pergi tukar tiket train nak balik Kedah dengan Mas. Actually, tiket nak balik kami tu Mas dah tolong belikan masa cuti study week hari tu. Dipendekkan cerita, Mas baru perasan tiket tu sebenarnya untuk tarikh 7 /2/2014 dan bukannnya 7/1/2014. Sebulan kemudian hokey... Cuak aku bila dapat tau. Elok-elok excited nak balik awal, alih-alih tiket pulak salah. So, tengah hari tu kami pon pergi la buat muka kesian kat KTM Tg Malim nak tukar tiket. Nasib baik boleh.

2. Keluar makan dengan housemate. Aktiviti boleh dikatakan aktiviti wajib hujung sem. Lagipon Paen pon dah nak balik. So semalam ja masa yang ada walaupun tak cukup ahli. Bella tak ada. Kami makan kat e-Place ja.Nak makan jauh-jauh tak mampu





Macam tu ja la nak habiskan masa kononnya celebrate tahun baru. Bukannya kami mampu pon nak celebrate bagai dekat Kl ka  atau tempat jauh-jauh.

okay, bersempena dengan tahun baru ni, harap segalanya berjalan dengan lancar. Rasanya banyak benda-benda penting akan terjadi. Contohnya ramai kawan-kawan aku akan menamatkan zaman bujang. Jadi aku harap segala persiapan akan berjalan dengan lancar, Moga Allah kuatkan dan berkati hubungan mereka. Moga aku dikurniakan  rezeki dan peluang untuk attend majlis-majlis yang diundang. Tahun ni jugaklah nak praktikum. Moga segala urusan berjalan dengan lancar. Serius agak nervous bila fikirkan. Mampukah aku? Moga Allah permudahkan jalan untuk aku dan rakan-rakan. 

Moga permulaan yang baik pada awal  tahun ni akan sentiasa berpanjangan kelancarannya. Moga Allah limpahkan kesihatan, kebahagiaan, kesenangan dan rezeki kepada aku, mak ayah aku, family aku, kawan-kawan aku, dan semua orang.

Cerita Langkawi 2013

Update tentang perkara yang sudah basi.

Tiga hari daripada cuti study week aku dihabiskan di Langkawi, ikut kakak dengan abang ipar aku. Tiga hari sahaja, bukan tiga minggu okay. Everything is being sponsored. Aku hanya bawak diri berbekalkan RM100 hinggit sahaja. Hebat tak? haha. Padahal bila bawak balik barang, harganya kali sepuluh bajet yang aku bawak. Ala, orang nak sponsor apa nak kesah.Kan? Sapa suruh ajak aku bercuti time hujung sem?

Tak banyak yang boleh cerita. Sebabnya tak banyak sangat tempat yang menarik yang kami pergi. Lagipon pergi bertiga ja. tak lah best macam pergi satu family. Dik Mat pon tak ikut. Kalau dia ikut, best la sebab dia banyak idea nak pergi sana sini. Dah mak dengan ayah aku bawak dia bercuti seminggu kat tempat lain, makanya trip ke Langkawi ni ala-ala trip secara matang. Dik Mat punya jeles dia tak boleh ikut sampai tiap-tiap hari dia call saja nak sakitkan hati aku sebab dia pergi bercuti lagi jauh.

Day 1. 

Kami bertolak awal pagi sebab kakak aku beli tiket feri seawal pagi. Tinggal  kereta dekat rumah kawan kakak aku. Sampai kat jeti, tunggu husband kawan kakak aku datang bagi kereta sewa. Then pergi check in motel. Tu pon dah tengah hari baru sampai. Sempat la pergi makan dulu. Serius wa cakap, makan kat Langkawi bapak mahal la. Aku ni, nasib baik di sponsor. Kalau tak tiga hari kat Langkawi, aku puasa sunat ja. 

Motel yang kami tiggal. Bamboo beach motel
Ni bilik aku.
Ya, memang nampak gedik. i know that



Ni bilik kakak aku. Lagi besar dari bilik aku sebab katil ada dua
View dari bilik kakak aku

Jujur, walaupun setakat motel, tapi sangat selesa. Tambah pulak aku duduk sorang, lagi la best. Cumanya, sebab ramai sangat orang kat situ, pagi-pagi buta lagi dah dengar suara budak-budak buat bising main tangga. First time jumpa tangga kot budak-budak tu. Sebab tu perak sikit kot.

Tengah hari tu rest kejap. Nak keluar pon panas gila. Petang tu keluar jalan-jalan. Pergi kilang gamat. Pastu pergi shopping pinggan mangkuk. 



Tak banyak tempat sangat nak pergi. kena balik cepat sebab malam tu kakak aku ada dinner untuk reunion dia. Aku ni just peneman ja. Abang ipar aku pulak kena tinggal makan megi sorang-sorang kat motel tu.

Cuba teka mana kakak, mana adik
Mesti ramai orang rasa benda ni sedap








Pada aku, dinner malam tu hambar. Mungkin sebab aku tak da geng. Dan mungkin sebab malam tu aku rasa aku paling muda dan bukan berkerjaya sebagai nurse. Segan aku bila orang usha pelik. Sampai aku pon rasa diri aku pelik. Part best bila cabutan bertuah. Barang bukan murah-murah beb. Ni tahap cabutan bertuah golongan bekerja punya. Bukan sekadar dapat tupperware dua ringgit. Walaupun bukan dinner aku, aku pon dapat cabutan bertuah. Tapi dapat casing laptop ja la. One thing, jangan terperdaya dengan gambar makanan tu. Percayalah, makan memang tak sedap. LANGSUNG. Aku ambil spaghetti. Sebab tak lalu makan nasi. Sesuap aku makan, dah give up. gila tak sedap. Spaghetti aku yang tak reti masak lagi sedap kot. Balik ja dari dinner tu aku pening kepala. 

Oh, ya. Time aku pergi Langkawi tu, kebetulan time tu ada macam satu even magical apa entah. So macam ada aktiviti la nak tarik perhatian pelancong. Kebetulan pulak malam tu ada pertunjukan bunga api laser dengan dengar kata kumpulan ungu datang. Bila ada dinner konfemlah tak leh tengok kan? Tapi time tengah makan tu nampak la pertunjukan bunga api laser tu dari tempat tu. Sebabnya tempat ambil makanan kat tepi swimming pool ja. bali dari dinner, tukar baju pastu kami keluar jalan-jalan kat Pantai Cenang. 

Day 2

Pagi tu kami keluar agak lewat. Dalam pukul 11 kalau tak silap. Kononnya nak pergi naik Cable car. Lepas breakfast, pergi la kat tempat cable car tu. Kononnya pergi awal-awal takut orang ramai. On the way tu pihak motel call sebab nak kena tukar bilik. Kebetulan pulak bila sampai kat cable car tu, orangnya memang ramai tahap ayam dapat dedak. So, kami patah balik tukar bilik dulu dengan makan. Petang sikit, baru pergi bali cable car. Tu pon orang still ramai. Berjanggut nak tunggu sementara nak naik cable car.



Semangat aku sampai pakai baju Pasir Salak












Oh yes, before naik cable car tu macam-macam dah aku fikir. Kalaulah tetiba terputus  cable car tu, maka terputus jugak lah nyawa. Gila cuak la. tambah pulak tinggi tahap gila babi. Ya Allah. Tahap nervous tok sah nak cakap la. Nasib baik masih hidup sekarang. Atas gunung tu memang angin gila kuat la. Nak tangkap gambar yang proper memang susah la. Pegang phone rasa macam phone tu nak melayang. Nasib baik aku tak kurus sangat. Kalau tak aku pon dah melayang, gamaknya.

Lepas naik cable car tu, kami jalan-jalan dulu, shopping bag, makan ais krim dan bla bla bla. Malam tu pergi rumah best friend ayah aku. Ayah aku asyik dok peringat suruh pergi umah kawan dia yang sorang ni. Katanya, dialah yang jaga aku masa aku kecil dulu. etah lah, aku pon tak ingat. Bila dah sampai rumah Cik Halim ni, barulah aku taw sejarah silam masa aku kecik-kecik dulu. rupa-rupanya masa aku kecik dulu aku ni susah nak tidur. kau buatlah apa pon, aku tak kan tidur. So, tiap-tiap malam mak ayah aku akan bawak aku pergi rumah Cik Halim ni. So, dia la yang akan dodoi aku dalam tapak tangan dia. Then baru la aku boleh tidur. Waa... gila mengada la aku dulu. Bajet princess. 

Lepas balik dari rumah Cik Halim, kami pergi shopping coklat dengan kain batik sampai lah kedai tutup.






Day 3

Last day. Pagi tu kami keluar awal pergi shopping coklat dengan benda-benda lain for the last time. Lepas tu balik bilik, check out. Dalam tengah hari, lepas makan kami jalan-jalan kat dataran Helang tu sahaja. Cuci mata, tangkap gambar dan menggedik.



















Dalam pukul tiga tu, kami naik feri balik Kuala Kedah. Alhamdulillah, sepanjang tiga hari tu, hujan tak turun pon. Just panas ja. Just nice for jalan-jalan. Kami pon tak pergi banyak tempat. Nama pon percutian ala-ala dewasa. So, shopping ja la banyak. Duit pon banyak habis.