Ya, aku dah start tengok drama Melayu.
Semua gara-gara housemate aku tengah gila tengok drama especially Teduhan Kasih
dan untuk tidak nampak awkward dalam rumah, aku pon try tengok jugak cerita tu.
Tapi bertahan sekadar episod 1 ja sebab ada Nabila Huda.
Dan line internet sangat lembab mengalahkan ulat bulu.
Jadi, aku stop. malas nak bertoleransi dengan line yang mengecewakan ini.
Owh, petang tadi aku, waniey and zul keluar makan.
Farewell party katanya, sebab dah nak balik cuti sem.
Kami tinggal motor kat library, lepas tu jalan kaki pergi pekan.
Sangat bermotif tinggal motor kat library padahal nak jejakkan kaki masuk library pon susah ya amat.
Dan menjadi kebiasaan, sambil jalan kaki, sambil gossip. U'olls taw2 ja la yang Waniey dengan Zul memang tak boleh dipisahkan dengan dunia gosip ni
Ini bukan berduaan. Yang ketiga tu tengah tangkap gambar |
Disebabkan lama dah tak exercise, maka agak semput la nak berjalan jauh. tambah pulak dengan mulut yang tak berhenti bercakap. Dan disebabkan Hits Cafe merupakan tempat makan terdekat , maka kami pon makan kat situ ja.
Fokus kepada Peppermint Chocolate Iced Blended aku. bukan empunya baju purple |
HK Honey Chicken Rice, aku punya |
ABC Zul punya. |
Mamat ni komplen setiap kali buat entri, mesti gambar aku banyak. So, start sekarang kena promote gambar dia pulak |
360 semata-mata |
Gambar makanan tak banyak sebab time makanan sampai kat meja, masing-masing tak sabar nak makan. So, sesi bergambar bersama makanan terpaksa diketepikan. Agak lama jugak la kami bertapak kat Hitz Cafe. Dalam dua jam, gitu. Bukan pasal makan lambat, tapi pasal bergosip tak ingat dunia. Kalau tak sebab aku nak pergi Guardian and cari sabun basuh baju dengan lenses, aku rasa sampai kedai tu tutup pon kami tak sedar.
Dalam kul 4.30 tu kami dah berjalan balik. tiba-tiba, dah nak dekat sampai pintu belakang kampus, ada satu gerai jual ais kacang. Pastu masing-masing buat idea gila nak berhenti pekena ABC pulak.
Haus, katanya.
Mana tak haus kalau masing-masing mulut tu tak berhenti bercakap.
ABC kedua untuk Zul |
Asal aku bergambar dari tepi, nampak ja lapisan dagu |
Dekat kedai ABC tu pon boleh tahan lama jugak melepak. Dah lama lepas tu baru ada kesedaran nak pulang kepangkal jalan. Dok tengah berjalan tu kat bangunan blok fakulti geografi yang lama tu nampak pulak benda-benda macam ukiran batu kat situ. Selama ni nampak tak pernah pon terlintas nak ambil gambar. Hari ni ja timbul kesedaran tu.
dimana-mana pon ada ada gambar zul walaupun tak nampak muka |
yeah i know i gemuk. peduli apa aku |
Dan lepas tu entah sapa punya idea nak berjalan keliling kampus. Kononnya nak cari ada satu tempat untuk joging yang ramai orang tak taw sebab tempat tu tersembunyi. Tempat tu kat belakang fakulti muzik.
Ini namanya Fakulti Muzik. Bukan shopping complex |
Baru discover bangunan ni ada kat UPSI |
Rumput dia rumput carpet. jangan main-main |
Nasib baik berkunci. kalau tak dah seram dah |
Library yang hanya sesekali aku pergi |
Muka-muka cover penat |
Agak berilmiah jugak la kami keluar kali ni. Dapat discover benda yang kami tak pernah taw pon ada kat Upsi. Nama ja dah lama duduk kat sini, tapi apa pon tak boleh. Time kami tegah jalan-jalan tu ada la jugak nampak student seni. Not sure la sama ada budak diploma atau degree.Tapi agak pelik jugak la budak-budak ni tengok kami meronda-ronda macam orang sesat. Macam budak baru masuk daftar pon ada. Tapi at least taw jugak la ada white house yang terlindung kat UPSI. Ada tempat jogging yang cantik dan bersih siap dengan sungai lagi kat belakang tu, Zul siap ajak buat ala-ala seekers lagi time tu. Dah alang-alang kata malam jumaat kan. Memang nak cari nahas budak tu. Buat benda lain yang muncul baru nak menggigil.
So, itu sahaja. Dah penat aku nak tunggu upload gambar satu hal. Line internet ni memang tak bagi kerjasama langsung. I wonder kenapakah yuran masih lagi meningkat tapi facilities sangat choii.
Dan pada ketika ini aku tersangat lapar!!
No comments:
Post a Comment