Jun 15, 2013

dissatisfaction

Baru balik dari meeting.
Orang lain hujung sem sibuk berdating, kami pulak sibuk bermeeting.
Sangat berintegriti.

Dan pada ketika ini kaki aku sangat sakit.
gara-gara berjalan semalam yang ronda kampus lama tu.
Dah la esok exam. Malam tu pulak nak balik Kedah dah.
Doa ja la aku dapat berjalan dengan normal esok

Owh yea. tadi sekali lagi aku dengan Waniey pergi Hitz Cafe.
Syikin cakap dia nak try ABC kat situ.

Lepas tu pergi KFC sebab housemates pesan.
Nak dijadikan cerita, Waniey bengang dengan pekerja KFC ni

NO MANNER! WORST CUSTOMER SERVICE !

Dulu aku ingatkan drive tru Tg Malim ja yang poor service.
dia punya pekerja agak kurang ajar. Tapi sekarang macam dah okay.

Macam petang tadi, kami pergi kat KFC yang dekat pekan tu.Waniey order apa ntah lepas tu dia nak order air yang lain.Tapi dia tersasul cakap honey dew.Asalnya dia nak Mountain Dew. Ada ka patut budak tu gelakkan si Waniey ni. kalau ya pon lawak, agak-agak la hang nak bantai gelak pon. Respect la customer sikit.
Tu tak pa lagi..
Yang tak boleh blahnya, boleh pulak bila pekerja lagi sorang sebut mountain dew, budak tu kata

" Eh, bukan mountain dew la. honey dew. Ada istilah baru" 

Lepas tu dua-dua bantai gelak kuat-kuat. Pergh! aku yang dengar ni pon dah berapi, tambah la pulak orang yang kena perli. Memang sangat kurang ajar itu perempuan.
Lepas Waniey tu ada la sorang aunty india ni. Dia nak beli snack plate. Lepas tu perempuan tu tanya la nak spicy ka original. Aunty tu diam. lepas tu dia kata la nak yang pedas. Boleh pulak perempuan tu balas.
" Yela. pedas tu spicy la. Kalau original yang biasa".

Ya Allah! aku rasa macam nak bagi ja perempuan tu makan selipar aku. Kalau yang kes Waniey tu agak boleh ditoleransikan lagi la sebab maybe dia nak melawak tapi tak taw cara. Maybe jugak dia ingat kami ni bodo kot sampai tak reti nak order air. Yela, dia kan pandai. Sebab tu boleh dok perli-perli. Ni kalau dah tahap tak hormati warga tua, memang dah overboard. Setakat pekerja KFCpon dah berlagak . Sombong pulak tu. Aku tengok dia kecik besar ja tadi. Dah la manager dia buat tak taw ja. Kot la nak tegur. AKu hairan, mana la pergi adab pekerja kat situ? pekerja kat Hitz Cafe tu lagi bagus kot.

Kata customers is always right.

Btw, nama dia Fera kalau aku tak silap. Aku doa la kalau dia buat hal lagi kat customer, biarla dia kena buang kerja. Baru dia taw langit tu tinggi ka rendah. Nak kata tak belajar sivik, tengok macam dah habis sekolah. Dah nama pon kerja kena serve customer, hormat la sikit. Nak gelak pon berpada-pada la. Kalau betul la customer tu salah, tak payah la nak perli. Kalau la aunty tu or Waniey ni jenis yang suka balas depan-depan, aku rasa mau lebam jugak muka si Fera tu.




Jun 14, 2013

the trio seekers

Pada ketika ini, aku tengah tengok drama Kisah Cinta, yang Fazura dengan Sam berlakon tu.
Ya, aku dah start tengok drama Melayu.
Semua gara-gara housemate aku tengah gila tengok drama especially Teduhan Kasih
dan untuk tidak nampak awkward dalam rumah, aku pon try tengok jugak cerita tu.
Tapi bertahan sekadar episod 1 ja sebab ada Nabila Huda.

Dan line internet sangat lembab mengalahkan ulat bulu.
Jadi, aku stop. malas nak bertoleransi dengan line yang mengecewakan ini.

Owh, petang tadi aku, waniey and zul keluar makan.
Farewell party katanya, sebab dah nak balik cuti sem.

Kami tinggal motor kat library, lepas tu jalan kaki pergi pekan.
Sangat bermotif tinggal motor kat library padahal nak jejakkan kaki masuk library pon susah ya amat.

Dan menjadi kebiasaan, sambil jalan kaki, sambil gossip. U'olls taw2 ja la yang Waniey dengan Zul memang tak boleh dipisahkan dengan dunia gosip ni

Ini bukan berduaan. Yang ketiga tu
tengah tangkap gambar

Disebabkan lama dah tak exercise, maka agak semput la nak berjalan jauh. tambah pulak dengan mulut yang tak berhenti bercakap. Dan disebabkan Hits Cafe merupakan tempat makan terdekat , maka kami pon makan kat situ ja.


Fokus kepada Peppermint Chocolate Iced Blended aku.
bukan empunya baju purple 

HK Honey Chicken Rice, aku punya

ABC Zul punya.

Mamat ni komplen setiap kali buat entri, mesti gambar aku banyak.
So, start sekarang kena promote gambar dia pulak

360 semata-mata

Gambar makanan tak banyak sebab time makanan sampai kat meja, masing-masing tak sabar nak makan. So, sesi bergambar bersama makanan terpaksa diketepikan. Agak lama jugak la kami bertapak kat Hitz Cafe. Dalam dua jam, gitu. Bukan pasal makan lambat, tapi pasal bergosip tak ingat dunia. Kalau tak sebab aku nak pergi Guardian and cari sabun basuh baju dengan lenses, aku rasa sampai kedai tu tutup pon kami tak sedar.

Dalam kul 4.30 tu kami dah berjalan balik. tiba-tiba, dah nak dekat sampai pintu belakang kampus, ada satu gerai jual ais kacang. Pastu masing-masing buat idea gila nak berhenti pekena ABC pulak. 

Haus, katanya. 

Mana tak haus kalau masing-masing mulut tu tak berhenti bercakap.

Nampak serius, kalah bincang pasal masalah dunia

ABC kedua untuk Zul

Asal aku bergambar dari tepi, nampak ja lapisan dagu
Dekat kedai ABC tu pon boleh tahan lama jugak melepak. Dah lama lepas tu baru ada kesedaran nak pulang kepangkal jalan. Dok tengah berjalan tu kat bangunan blok fakulti geografi yang lama tu nampak pulak benda-benda macam ukiran batu kat situ. Selama ni nampak tak pernah pon terlintas nak ambil gambar. Hari ni ja timbul kesedaran tu.



dimana-mana pon ada ada gambar zul walaupun tak
nampak muka



yeah i know i gemuk. peduli apa aku
Dan lepas tu entah sapa punya idea nak berjalan keliling kampus. Kononnya nak cari ada satu tempat untuk joging yang ramai orang tak taw sebab tempat tu tersembunyi. Tempat tu kat belakang fakulti muzik.

Ini namanya Fakulti Muzik. Bukan shopping complex

Baru discover bangunan ni ada kat UPSI

Rumput dia rumput carpet. jangan main-main

Nasib baik berkunci. kalau tak dah seram dah


Library yang hanya sesekali aku pergi


Muka-muka cover penat

Agak berilmiah jugak la kami keluar kali ni. Dapat discover benda yang kami tak pernah taw pon ada kat Upsi. Nama ja dah lama duduk kat sini, tapi apa pon tak boleh. Time kami tegah jalan-jalan tu ada la jugak nampak student seni. Not sure la sama ada budak diploma atau degree.Tapi agak pelik jugak la budak-budak ni tengok kami meronda-ronda macam orang sesat. Macam budak baru masuk daftar pon ada. Tapi at least taw jugak la ada white house yang terlindung kat UPSI. Ada tempat jogging yang cantik dan bersih siap dengan sungai lagi kat belakang tu, Zul siap ajak buat ala-ala seekers lagi time tu. Dah alang-alang kata malam jumaat kan. Memang nak cari nahas budak tu. Buat benda lain yang muncul baru nak menggigil.

So, itu sahaja. Dah penat aku nak tunggu upload gambar satu hal. Line internet ni memang tak bagi kerjasama langsung. I wonder kenapakah yuran masih lagi meningkat tapi facilities  sangat choii.

Dan pada ketika ini aku tersangat lapar!!




Jun 7, 2013

iris

And I'd give up forever to touch you'Cause I know that you feel me somehowYou're the closest to heaven that I'll ever beAnd I don't want to go home right now

And all I can taste is this momentAnd all I can breathe is your life'Cause sooner or later it's overI just don't want to miss you tonight

And I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I am

And you can't fight the tears that ain't comingOr the moment of truth in your liesWhen everything feels like the moviesYeah you bleed just to know you're alive
And I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I am

And I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I am

And I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I am

Jun 5, 2013

FIRST PAPER

Bahawasanya exam aku baru start hari ni.
Dan detik 11.00 am tadi tamatnya first paper aku.
BARU satu paper hokeyy..
buat entri macam dah habes semua paper.
5 paper menanti selepas ni.

reaksi aku jawab paper tadi??

owh no! ayat paling bawah tu macam over sikit...

kita tukar 


Ayat bawah pon macam x sesuai??

Kita tukar lagi

Yang ni sebetulnya.
Lebih kurang ni la perasaan aku time jawab exam tadi
Ya, sesungguhnya aku agak frust sebab soalan lagi susah dari apa yang aku ramalkan.
Tapi ramai je aku tengok makhluk-makhluk yang keluar awal.
probability ada dua

1  : boleh jawab dengan konfiden.yakin dapat A
2  : Sebab terlalu frust sampai tak boleh tengok dah paper. balik berdoa + tawakkal + berserah ja

Jenis aku, kalau aku tak boleh nak jawab, aku akan stay jugak sambil menggoreng jawapan. biar hangit. sebab aku takut nak keluar dewan awal. Malu bila jadi perhatian sebab mesti orang bajet aku boleh jawab. Padahal kalau boleh rasa cam nak tebalikkan ja meja exam tu

Kalau aku konfiden dengan jawapan, aku akan keluar awal kalau ada baki masa.

So, kiranya kalau aku pernah keluar awal time exam tu tandanya aku yakin A lah tu.
Tapi jarang aku keluar awal melainkan jawab EL

Tadi pon jenuh aku goreng. Soalan esei 10 markah pon aku tibai sampai 5 page. Padahal aku pon aku tak taw aku dok merapu apa. Doa ja prof Halim lembut hati  time mark paper aku.
Soalan objektif lagi la. Nasib baik tak bawak dadu ja tadi

Esok petang second paper. Paper ni paling aku takut. Aku tengah fikir esok nak goreng apa. minyak masak cap apa paling sesuai nak guna.

Moga-moga esok aku diberi inspirasi untuk keluar awal time exam.





Jun 2, 2013

THE ANNUAL GRAND MEETING


Jejari ini tetiba rajin untuk menaip lagi
Tetapi kenapakah diri ini masih malas study?

Asalnya semalam aku dah berazam nak study.
but end up making this entry.

Before that jangan maki selepas baca entri ni.
Sebab gambar aku banyak. Aku punya blog, suka hati la

30 May hari tu KeFB telah melangsungkan AGM.
Simboliknya, pembubaran pimpinan lama dan pelantikan pimpinan baru.
Senang cerita, hari pencen we'olls.

Fokus pada tema : ELEGANT BLOCKING hokeyy

Kebanyakan exco-exco memang excited la nak tunggu malam ni. Mungkinkah excited sebab tema AGM atau excited nak lepas jawatan?? jawapan ada dalam hati mereka.

Achik punya outfit malam tu memang menarik perhatian ramai.
Sempoi ja

Berposing. Nak tengok sangat colour blocking kan???
mantan lama dengan mantan baru
barisan pimpinan KeFB 2011/2012 dengan pimpinan 2012/2013
Pimpinan KeFB 2012/2013
Pimpinan terbaru KeFB

Banyak jugak agenda rasmi malam tu. Contohnya, ucapan-ucapan, pembubaran exco dan pelantikan exco baru. Pelantikan kali ini adalah secara surprise. Makna kata, pimpinan yang baru ni belum tahu yang mereka pegang jawatan apa. Pengumunan dibuat melalui montaj. So bersedialah mereka-mereka ni kalau nak terkejut pon. 

Lepas tu ada juga penyampaian anugerah sebab KeFB dapat tempat ketiga masa Anugerah Keterampilan Pelajar hari tu.

buat-buat belagak serupa hadiah persendirian
Majlis ni habis dalam agak-agak kul 10.30. Then kami, geng-geng yang baru ja besara sambung dengan agenda kami sendiri. First, kami buat surprise birthday party kat Achik dengan Tini. Noora buat video and Mimi beli kek.Lepas tu kami main tukar hadiah. Kononnya romeo juliet gitu.

Bayangkan Acik dengan Tini yang dah sedia bulat dapat jugak kek
 tengah-tengah malam. Tambahkan lagi kebulatan sedia ada

Pasangan Exco LDK
Pasangan cantik manis Exco Kebajikan

Erkk.. Exco LPS???
Ni asalnya kena buat muka ganas. Tapi........

Then dalam kul 12 lebih tu kami balik. on the way nak balik, tetiba ja ntah sapa punya idea suruh pergi lepak kat kfc dulu.


Pakat pegang phone. upload gambarkah??

Tab tu sponsor. bukan sendirian berhad
sedar tak sedar,kami dah pon bergelar mantan.
tetiba bangun pagi keesokan harinya rasa macam something missing.
sebab slalunya mesti fikir pasal KeFB. asal hujung minggu tak lekat kat rumah.ada ja program
Asal malam ja, mesti ada meeting tak pon bincang pasal program.
Lepas ni mesti akan merindui saat berprogram sebab benda ne dah menjadi kebiasaan dah empat sem.
Tengok semua geng-geng exco pon pakat dok post kenangan masa berprogram.
Tu la, dulu masa banyak sangat program, asyik komplen letih, tak cukup rehat apa bagai
Bertelingkah sesama sendiri sebab tak sama pendapat
Lepas ni mesti teringat semua benda tu. Lepas tu rindu
Bak kata orang, pengalaman-pengalaman macam ni akan mendewasakan kita.


So, thats the end.
kan aku dah kata gambar aku banyak???






HOUSE OF BEAUTY'S WEDDING NIGHT

Da lama aku tak berblog.
Biasa la dah dekat nak exam ni, busy sikit.

bukan busy study, busy revision movie.

MOVIE hokeyy!, bajet exam tu senang ja.

Dan pada akhir-akhir semester ni, maka banyaklah dinner-dinner dan AGM yang dibuat.
dan bagi orang yang kurang bersosial macam aku,(pendek kata orang yang malas macam aku)  ada beberapa dinner ja yang aku rajin pergi.

salah satu daripadanya, dinner blok aku. The first time dinner blok aku attend sepanjang aku jadi penghuni blok B ni, dari sem 1. Hebat kau jah! nampak sangat kurang bersosial.

salah satu sebab aku pergi jugak dinner ni sebab bajet ni dinner terakhir kat Za'ba, 
sebab ingat sem depan kena tendang kolej dah. Rupa-rupanya aku masih lagi diperlukan dalam kolej ni. hahahaktuih!

dan tema dinner kali ni WEDDING.
aku bajet kena pakai baju pengantin dah

Mula-mula aku and the housemate nak main aci redah ja masuk majlis pakai baju biasa-biasa.
Then petang dah nak masuk maghrib tu semua pakat-pakat korek balik almari and luggage cari baju yang bersesuaian sikit.
Ya la, nak tangkap gambar, haruslah mencantikkan diri.
Punya la nak mencantikkan diri, majlis start pukul 8.30, pukul 9 lebih-lebih baru kami pergi. Nampak kan bajet VVIP we'olls


Ni tak pasti sama ada kata-kata aluan atau meja pendaftaran.

Siap pelamin bagai uolls! hantaran tu yang tak boleh blah

Ni persembahan paen and the gang. AJK blok
Ni kek untuk gimik perasmian, katanya

Macam makcik-makcik
Bila ada wedding, haruslah ada silat. 

Ni entrance. Tu pong nak begambo gak

Abaikan orangnya. Fokus pada hiasan meja, yang dah
berserabut kami buat

The Mak Jemah team.