Apr 29, 2013

PESB III : SMK SERI KANDI

Entah kenapa tiba-tiba ja hati aku terdetik untuk buat entri ini dalam mode skema. Tapi aku yakin kadar entri ini nak jadi skema adalah bawah paras berjaya. Jadi aku akan follow the flow ja

Destinasi PESB bagi minggu ketiga ni agak jauh. Hari ni ada tiga sekolah, dan ketiga-tiganya berada luar daerah Tg Malim. dan sekolah yang aku pergi, nun jauh di Teluk Intan nun. Hometown Paen, katanya.

And the story of US and SERI KANDI has begin...

-
-
-
-
-
-
-
Sekolah paling jauh setakat ni.
Orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Betul la tu!

Dari Tanjung malim, Ambil masa jugak dalam 2 jam nak sampai sekolah ni. Nak pulak hari kejadian, kena pergi hantar geng-geng yang buat program kat Feelda Besout dulu. lagi la sampai lambat. So, empat orang pergi dulu dengan kereta Cik Najidah.

poyo jer si zul ni

At first, anggaran student yang kami terima adalah seramai 104 orang , dari kalangan Form 3 and Form 5. But at the end, 81 orang sajoo.


Nama program .Cantik pulak tulisan aku ni.
Macam biasa, aku malas nak komen lebih. Takut satgi ada orang sabotaj. haha. Mohon usha ja gambarr yang ada.

Sesi Pendaftaran

Time ne  dah bahagi kumpulan.

ice breaking and nyanyi lagu  tema

energizer

apalah yang bebudak ni pikir?
Ni slot Hazrin ajar energizer

eh ada aku plak!

Modul LDK ne aku rasa paling mencabar otak mereka

Sampai ada yang terduduk

Hazrin lagi ! : ajar break claps

Ntah kenapa dengan si Eddy ne

Ni zil punya slot : cawan kehidupan

Ntah apa yang dibebelkan



Modul LDK : rakit hanyut

Modul ni agak lancar sebab bebudak ni dengar arahan 

refleksi

Sampai tergolek jadinya.

Muka-muka ketua kumpulan yang gigih

Modul LDK : Lakaran impian

Gigih berusaha

hasilnya...
Modul penghasilan replika


Hasilnya...
Lebih kurang pukul 5 dah settle dah program ni. Over all okay la. dari asal pelajar sekolah ni macam nak tak nak je. At last berjaya jugak tarik minat diorang. Kerjasama dari diorang pon okay jugak.



Student ja yang muat
Sementara nak tunggu bas bertolak pulang, kami pon apa lagi. Berchenta dengan kamera!

kekanan hormat!

ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

ne simbol transformasi, bak kata hazrin

Gambar fasi versi skema
aku rasa gambar ne cantik, tapi akan mengundang
kontroversi
Setakat ni saja yang aku mampu buat. Bagi yang expect gambar yang cantik, sorry la sebab aku malaih nak edit. Aku malas nak tulis bebanyak sebab tegok gambar pon dah banyak dah. 

Aku tak pasti target aku untuk menskemakan entri ni tercapai ka tak. Aku rasa macam tak.

Tapi tak pa. At least aku cuba.

KAN???


K-POP

Dunia sekarang macam dah terikut-ikut dengan trend korea. K-POP. Kalau difikirkan sejenak, agak impressive bila industri hiburan Korea berjaya mengembangkan sayapnya hingga ke serata negara, baik dari sekecil-kecil negara Singapura hingga ke sebesar-besar negara China.
(Ni hanya perumpamaan sendiri.Aku pon tak pasti mana negara paling kecil and paling besar.Tak sempat nak google). 
Aku bagi contoh dari segi filem, barangan, gaya pemakaian dan  industri muzik semua negara macam dah berjangkit dengan trend korea. Macam dulu sibuk ngan gangnam style la gwiyomi lah apa bagai tu.

Dan pada suatu ketika dahulu, aku jugak antara orang yang minat tengok cerita-cerita Korea ni. Tapi minat aku setakat minat tengok drama ja la. Lama -kelamaan aku dah berjangkit minat dengar lagu dah. Antara kumpulan K-PoP yang bertuah dapat aku sebagai peminat ialah Shinee, CN blue, 2PM, SNSD dan TVXQ. Serius dulu aku tak suka Bigbang. Sampai aku sikit pon tak teringin nak dengar langsung lagu-lagu Bigbang ne. Aku siap kutuk kot sapa yang minat gila-gila kat bigbang ne.Akan tetapi, kutukan aku tak bertahan lama.

 Last-last aku pon berjangkit jadi peminat setia bigbang. Ni semua gara-gara aku terdengar lagu depa bertajuk BLUE 


MACHAM BEST! 

Then aku download la lagu tu. Bila dok dengar selalu macam nak treasure ja lagu depa yang lain. Then dari sinilah jadinya aku ni dah macam kena sumpahan untuk selalu dengar lagu bigbang. Ni kalau GD baca ne kalau dia tak terharu jugak memang agak kejam!

Tapi minat-minat aku, tak la aku terlalu fanatik. Aku masih tak mampu lagi la kalau nak pergi konsert-konsert depa ne. Aku setakat download lagu or live konsert depa kat youtube lepastu tengok kalau rasa boring or tak tau nak buat apa.

Aku pon tak pernah ambil taw pasal asal usul kewujudan bigbang ni bila. Yang aku tau, bigbang ada lima orang. TOP, GD, Seungri, daesung and Taeyang. dan untuk depa lima orang ne, aku ada ranking ahli feveret aku sendiri. 


 NO 5
-
-
-
-
-


TOP
SILA DIAM! dengar apa budak ni nnak komplen pasal aku.
Tak lain dan tak bukan TOP. ramai yang letak TOP sebagai ahli bigbang yang paling depa minat. Tapi aku tak. Aku agak kureng dengan TOP. Sebab bagi aku dia agak bajet. Dengan rambut turquoise nya tu bagi aku dia ni gak menyampah. Haha suka hati aku ja nak kutuk orang. Tapi aku akui dia ni paling smart la nak dibanding ngn kawan-kawan dia lagi empat tu. Suara dia yg besar tu yang paling mahal.Dia ni pon agak hensem gak. And one more dia ne pon nak banyak kali berlakon dalanm drama. Tapi nak buat camna dia ni tak berjaya menarik perhatian aku.Haha bajet la sangat aku ni.

NO 4
-
-
-
-
-

TAEYANG
Pada asalnya aku paling tak suka Taeyang. Sebab style rambut dia SANGAT AMAT pelik. Nampak caps lock tu?? tanda aku memang tak berminat terhadap rambut dia.Tapi aku perasan dia ni sangat cool time performance. Tambah klo tengok live lagu LOVE DUST. Walaupun dia ni tak sehensem Top, Seungri and GD, tapi dia ni ada daya penarik. Sangat COOL. And suara dia SANGAT sedap. Nak dibandingkan dengan lagi empat, suara dia boleh dikatakan paling sweet.

Yeah! COOL kan aku???
NO 3
-
-
-
-
-

DAESUNG
Daesung merupakan anggota Bigbang pertama yang aku kenal.Tu pon sebab aku tengok Family Outing. Bagi aku, Daesung sangat comey dan lawak. Suara daesung SUPERB. Dan suara daesung paling senang nak kenal selain TOP. Aset termahal Daesung ialah senyuman dia. Kalau senyum memang tak nampak mata dah. Kadang-kadang dalam certain video clip boleh nampak dia ni matured. Kadang-kadang nampak biasa ja.

OK kan oppa senyum??

NO 2
-
-
-
-
-


SEUNGRI

Bagi aku Seungri ni comey. Cumanya dalam kebanyakan live konsert depa, rambut dia ne macam kena gunting dengan cikgu disiplin. Tapi rambut dia dalam gambar ni nampak hensem. Seungri ni cam dia dalam family Outing ngan Running Man. Sebab tu kot aku lebih prefer dia. And Suara dia sangat harmoni. Cumanya, kadang-kadang part solo dia kurang. Adakah sebab ramai rasa suara dia tak sedap??


Disebabkan Syera pilih saya, nah bunga!!!
NO 1
-
-
-
-
-

G-DRAGON
Dulu aku serius tak berkenan dengan dia. Tah apa-apa ja nama dia ne. nama serupa otai tapi tengok muka ~~~~~. Lagi satu kalau tengok MV Fantastic Baby lagi nak pengsan tengok gaya dia. Dengan make-up nya, aku hanya mampu mengucap dalam hati.


Tapi bila usha-usha dia balik tanpa make-up. dia memang SANGAT-SANGAT comei. Aku start minat gila kat dia bila aku tengok and dengar lagu Missing you, feat Kim Yuna. Start dari tu aku jatuh hati. Cair aku sebentar tengok dia senyum. Serius!!! Walaupun rambut dia macam tah apa-apa, aku tak kesah sebab dia cute. haha

bagi aku GD ada gaya dia tersendiri, lain dari lagi empat orang tu. Sebab tu la dia ni aku nampak paling stylo. Lagi satu yang aku perasan dalam kebanyakan lagu memang part solo dia paling banyak. part rap pon dia sapu. Naseb baik suara dia sedap. Over all, i LOVE GD !!!!!! Senyumannya menawan hatiku. (puiii)

ohh! terharu oppa dengar~~
Kesimpulannya, komen aku diatas menampakkan aku sangat over.Tah apa-apa ja aku ni. Suka hati ja nak komen orang sana sini. Diri sendiri pon tah apa-apa.

Tapi aku peduli apa! 

HAK KOMEN HAK AKU!!






PESB III : SMK SUNGAI CHOH

Kembara PESB diteruskan lagi bagi minggu kedua, destinasi sekolah kedua pada 21 April 2013. Destinasi kali ni agak jauh sikit jerr.

nun di rawang, SMK SUNGI CHOH.


macam biasa, tema PESB untuk sekolah ni, kepimpinan dan pesertanya terdiri daripada kalangan pengawas.

PENGAWAS HOKEYY!! jangan main-main.

Aku agak malas nak ulas panjang lebar, over all okey sajoo. cumanya bab pengangkutan, tak dapat kelulusan pihak atasan. So, kitorang kena pergi sendiri. Jadinya, hari tu kami buat 2 trip. satu pergi awal. satu lagi agak lewat. Yang lain. sila kan lah rajin-rajin usha gambar :




"undilah saya untuk kesejahteraan rakyat"

Peserta berkumpul. tak ramai pon peserta. dalam 50 lebih ja

Kaunter pendaftaran dan pertanyaan

ada seorang terlebih tinggi

warm- up energizer

ice breaking : sarang labah-labah

ketibaan YB trip kedua

Achik dan adiknya. Gambar ni achik buat DP

modul LDK : menggenggam impian

gigih bebenor balut telur

at last...pecah

penerangan modul LDK

modul LDK : rakit hanyut

preparation modul LDK

Modul LDK : milikku

sesi refleksi

Sesi break claps

nampak mereka agak teruja

modul LDK : menganyam mimpi

Fasilitator?
Banyak gambar yang tak sempat ambil sebab masing-masing busy.Kalau ada pon aku rasa tak muat nak sumbat.  Last-last tu agak huru-hara la juga sebab fasilitator pakat berkejar-kejar nak prepare untuk majlis penutupan. maybe sebab tempat untuk LDK pon banyak and mostly sebab tempat tak sesuai. Kat padang kan panas. Tapi tak pa, bak kata kak Lia " time ne la nak uji bebudak ne". At last aku yang sakit kepala sampai habis program.


the final touch up. Ni ja yang termampu. Aku mana expert edit mengedit ne.

Sekian. lagi sekali, kalau gambar tak lawa, jangan maki aku sebab aku memang bukan pro bab edit mengedit ne. Kalau aku pro dah lama aku apply jagi PDI.